Ahad, 15 Mac 2009

PPSMI: Jawapan kepada Padiyappa

" Memang saya akui bahawa saya merupakan salah seorang penyokong dan ahli UMNO yang boleh dikatakan setia. Namun tak beerti kesetiaan saya bermakna saya menyokong keseluruhan tindak tanduk dan perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional secara membabi buta.

OK! kau memang patut menyokong kerajaan UMNO sebab kau adalah ahli UMNO takkan nak menderhaka pula kan.

Namun berhubung isu PPSMI ini, sokongan saya bukanlah berdasarkan politik, namun sememangnya sokongan yang saya berikan adalah datang dari hati dan cita-cita saya sendiri yang ingin melihat satu perubahan dalam pendidikan kerana sudah pastinya ia melibatkan masa depan anak-anak bangsa yang bakal menjadi pewaris pada negara.
Untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap sesuatu program paksaan kerajaan UMNO memang perlukan wadah politik, cubalah kau bantah sorang-sorang sapa nak ambil perhatian. Masa depan anak-anak bangsa konon? inilah alasan putarbelit paling biasa digunakan oleh pak-pak menteri untuk menegakkan benang yang basah.

Sahabat saya mempertikaikan perlaksanaan PPSMI ini sebagai satu beban yang terpaksa ditempuh oleh pelajar dan anak-anak dalam usaha menuntut ilmu. Saya pernah melalui satu pengalaman berdasarkan apa yang saya perhatikan ketika saya sedang menunggu kepulangan anak saudara saya pulang dari sekolah. Seorang pelajar Melayu yang saya rasakan dalam lingkungan darjah 4 atau 5 telah disapa oleh seorang Mat Salleh yang mungkin bertanyakan sesuatu. Saya berasa kagum dengan pelajar tersebut kerana dia mampu membalas sapaan itu malah masih sempat berbual dengan fasih dalam BI. Sedangkan pada hemat saya pelajar itu mungkin hanyalah budak kampung biasa yang belajar di sekolah luar bandar.
Oho dah kagum, macam tu dah kagum. mana kamu tahu adakah dia belajar BI dengan guru tuisyen. Adakah kamu pasti anak saudara kamu menjadi begitu fasih dalam BI kerana belajar melalui Math dan Sains?

Saya mula berfikir betapa bertuahnya budak itu kerana mampu dan berani untuk berbual dengan bangsa asing dalam bahasa asing dan bukannya Bahasa Melayu. Dalam masa yang sama saya berasa sedikit terkelan kerana terkenangkan zaman saya di bangku sekolah dahulu. Kerana kurangnya pendedahan yang diberikan di sekolah berhubung perkara yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris maka secara tak langsung saya menjadi lemah dalam BI hinggakan keputusan peperiksaan dalam subjek BI amat mengecewakan.
Itu sebab kamu tak faham apa yang cikgu BI ajar kamu. Jangan salahkan orang lain pula.

Dan kesannya mula saya rasai bilamana saya mula melangkah kaki ke Universiti memandangkan penggunaan BI di IPTA amat perlu baik di dalam kelas mahupun untuk membuat ulangkaji. Apatah lagi kos Engineering yang saya ambil amat sukar memperolehi baha rujukan yang lengkap dalam Bahasa Melayu. Pelajar yang dapat menguasai BI sejak dari awal akan memperoleh kelebihan berbanding golongan pelajar seperti saya.
Kenapa kamu tak ambil tuisyen BI untuk memahami BI. Sudah masuk U kena lah berusaha lebih takkan nak di suap lagi, belajarlah BI dimana-mana kelas so janganlah menyalahkan orang lain sahaja.

Jadi bermula dari pengalaman saya inilah maka saya mula menanam azam untuk tidak mengabaikan BI terutama kepada anak-anak saya. Bagi saya seorang pelajar yang mampu menguasai lebih dari satu bahasa adalah pelajar yang cemerlang dan bakal cerah masa depannya. Sejak kerajaan memperkenalkan PPSMI ini, saya berpendapat bahawa inilah ruang dan peluang terbaik kepada pelajar untuk mula menguasai BI dengan baik sebagai bekalan masa depan.
Lagi sekali kamu tidak mahu mendengar dan memahami hujah-hujah pejuang2 anti-PPSMI. Majukah rakyat Filipina yang menggunakan BI? Mundurkah Jepun, Rusia, Perancis, Korea dll kerana menggunakan bahasa ibunda mereka masing-masing? Jawab dengan jujur k.

Sebenarnya bukan susah untuk para pelajar apatah lagi jika didedahkan dari peringkat rendah untuk menguasai dan memahami BI. Yang penting semua pihak perlu memainkan peranan dengan baik. Tak kisahlah jika ibu bapa tidak pandai BI, apa yang penting adalah galakan, sokongan dan semangat perlu sentiasa disemai kepada anak-anak dalam usaha menuntut ilmu. Anak-anak akan berasa terbeban dan tidak bersemangat jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan kesungguhan apatah lagi jika terus-terusan membantah perlaksanaannya.
Betullah apa yang kamu katakan itu kalau belajar BI sahaja tapi janganlah merosakkan subjek Math dan Sains pula. Mantapkan pengajaran dan pembelajaran BI dahulu.

Anak-anak sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk belajar perkara yang baru kerana pada peringkat umur mereka, mereka mudah untuk belajar dan faham sesuatu perkara. Apatah lagi jika kena pada gaya dan cara pembelajaran yang disampaikan oleh para pendidik. Guru perlu memainkan peranan dengan baik untuk menarik minat para pelajar untuk belajar memahami dan menggunakan BI di kelas.
Betullah apa yg kamu katakan itu kalau belajar BI sahaj tapi janganlah merosakkan subjek Math dan Sains.

Kerajaan sendiri sudah dan sedang melakukan pelbagai usaha untuk menyediakan tenaga guru yang benar-benar bersedia untuk melaksanakan PPSMI ini. Ini ditambah dengan pelbagi inisiatif yang diberikan kerajaan kepada guru termasuk peningkatan gred gaji, pertambahan dan mempelbagaikan elaun kepada para guru dan menganjurkan lebih banyak kursus yang berkaitan demi untuk memberi persiapan yang rapi kepada para guru bagi menhadapai PPSMI ini. Tambahan pula, para guru yang terlibat dengan PPSMI ini menerima tambahan elaun. Jadi tidak sepatutnya timbul soal terbeban atau soal beban tugas berlebihan atau soal usaha yang tidak berbaloi dengan pendapatan yang diperolehi.
Ini lawak antarabangsa, cikgu Math dan Sains pun terkial-kial nak cakap BI ni pula nak bagi pelajar fasih BI hehe. Kononnya untuk memahirkan pelajar berbahasa Inggeris subjek Math dan Sains pulak yg lingkop! jadi tiga-tiga subjek hancuss.

Soal pelajar terbeban tidak timbul dalam usaha menguasai Matemati dan Sains dalam BI jika kaedah perlaksanaan kena pada cara dan tempatnya. Soal merendahkan martabat dan kedudukan Bahasa Melayu juga tidak timbul seperti yang telah saya huraikan dalam artikel sebelum ini. Kita perlu melihat manfaat dan faedah yang bakal anak kita perolehi pada masa akan datang hasil dari kejayaan PPSMI ini. Biarlah kita dan anak-anak kita berkorban sekarang demi masa depan yang cerah dalam era yang penuh dengan persaingan. Jangan lah kita mudah terpengaruh dengan mainan politik pihak berkepentingan keran ia jelas satu tindakan yang sia-sia dan boleh memundurkan masa depan anak-anak kita dan negara.
Mana kau tau pelajar tak terbeban, kau cakap senanglah pergi buat bancian sendiri pastu jangan tukar lak angka-angka tu macam pak-pak menteri. Manfaat apanya kalau tiga-tiga subjek tu lingkop. atas kertas bolehlah kem. pend. menipu tapi hakikinya semua hancur. Mainan politik? kalau tak ada politik pembangkang ini apa akan jadi kepada rakyat Malaysia? semua projek kerajaan UMNO yang jelas merosakkan masa depan pelajar itu kena telan ke. kalau tak ada politik pembangkang jadilah UMNO macam Firaun. Fikirlah kamu dengan hati yang tulus, banyak lagi buat kajian, jangan jadi taksub dekat UMNO kalau mereka nak masuk lubang biawak pun kamu nak ikut ke?
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan