Ahad, 29 Mac 2009

Rakyat Boleh Dan Mesti bunuh karier Najib…….

" Pemilihan Pemuda Umno yang diselubungi politik wang telah menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno.

“Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah,” kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya.

“Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.”

“Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.

“Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa,”

Bekas Presiden Umno ini menulis, “Sebab yang sebenar saya tidak hadir (perhimpunan agong umno) ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah, mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.

“Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

Katanya, tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

“Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno.

“Pemuda telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara.

“Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia,” katanya.

Demikianlah hebatnya pandangan Mahathir terhadap Pemuda Umno.

Hello Tun Mahathir, sekarang giliran Kerajaan Rakyat hendak bercakap khusus buat Tun yang terkenal dengan mulut celupar dan tindakan yang kurang ajar!!!

Sedapnya Tun berkata, “Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno”

Jelas!! Sah!! Confirmed!!! Pasti !!! Tun Mahathir bekas presiden Umno termasuk dalam golongan Pak Cik nyanyok.

Lupakah kamu Tun? kamulah orang yang telah dengan segala kesialan menipu dan menuduh seorang yang jujur dan ikhlas berjuang untuk RAKYAT sebagai peliwat.

Lupakah kamu Tun? kamulah orangnya yang bermati-matian memperjuangkan agar orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah, terpalit kes pembunuhan kejam, terkait kes penculikkan, terdakwa kes khalwat bersama artis ZZ di Port Dickson, tertuduh dalam kes persetubuhan haram dengan wanita Monggolia yang kemudiannya umum diberitahu wanita itu dibunuh oleh isteri atau agen kepada isteri orang yang kamu sanjung dan kamu angkat untuk dijadikan sebagai perdana menteri menggantikan Abdullah Badawi.

Lupakah kamu Tun? laki kedua kepada betina jalang, Rosmah Mansor, yang diselubungi dengan segala macam kedurjanaan inilah yang kamu sokong dan kamu junjung tinggi sebagai ketua”.

Wahai Tun Mahathir yang pernah saya hormati, kamu sebenarnya tiada bedanya dengan lain-lain pemimpin Umno yang pabila berada di serambi kuasa, mereka lupa, lalai dan alpa. Mereka merakus, kamu juga pernah merakus. Mereka rasuah, kamu adalah bapak kepada segala kesialan rasuah. Mereka pendusta, kamu adalah raja pendusta. Mereka zalim, kamulah yang telah memulakan UMNO menjadi zalim.

Wahai Mahathir, kamu lupa!!! Kesialan dan budaya pentadbiran sundal yang diamalkan oleh UMNO sekarang adalah warisan peninggalan kamu.

Mahathir, kalau UMNO itu sial, maka sialnya dari kamu. Kalau UMNO itu sundal, sundalnya dari kamu. ….. dan ia seakan menjadi lebih sial dan lebih sundal dimasa mendatang bila laki kepada betina jalang menjadi presidennya.

Islam, Melayu dan Malaysia akan bertambah kalut, getir dan bahaya andainya presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Razak dibiarkan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kepada RAKYAT MALAYSIA, Hari ini- 28 hb Mac 2009 genap setahun, Kerajaan Rakyat.com berada di alam cyber. Kerajaan Rakyat.com hanya punyai satu matlamat utama; “Bersama RAKYAT Malaysia memperjuangkan dan menuntut sebuah kerajaan Malaysia yang adil, telus, berwibawa, bersemangat waja tetapi berjiwa rakyat dan berwawasan serta berdaya memancu hasrat RAKYAT menjalani kehidupan yang nyaman, maju dan beriman.”

Kerajaan Rakyat.com menghamparkan penghargaan yang tidak ternilai kepada semua pengunjung dan Penitip Bicara Minda yang telah menyokong dan menceriakan laman Kerajaan Rakyat.com ini. Pada hari ulangtahun pertama ini, Kerajaan Rakyat.com mencatatkan ‘Hit Pengunjung’ sebanyak (1,204,638) Satu juta Dua ratus Empat, Enam Ratus Tiga puluh Lapan hit.

WAHAI RAKYAT MALAYSIA, tolonglah, demi masa depan Islam, negara dan anak cucu kita yang akan datang, biarkan umno sahaja yang jahanam kerana memilih Najib Razak sebagai presidennya, tetapi jangan kita izinkan dia jadi perdana menteri kita.

RAKYAT tidak mampu dan tidak akan bunuh Najib Razak menggunakan C4, tetapi RAKYAT boleh dan mesti bunuh Najib, BUKAN bunuh orangnya, tetapi bunuh agenda politik jahatnya melalui asakkan, desakan, tekanan dan demontrasi berterusan dan besar-besaran.

Salam Takzim. Salam Perjuangan.
KERAJAAN RAKYAT.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan