Ahad, 8 Mac 2009

Sedikit cerita - Gambaran bantahan PPSMI 7 Mac 2009


" Beberapa sudut pandangan dan penilaian dari perspektif saya, terasa rugi untuk tidak di kongsi bersama.

Rasa puas selepas segalanya selesai, bangga dengan bantuan pimpinan-pimpinan walaupun bantahan ini adalah untuk membantu pejuang-pejuang bahasa yang sudah hilang keramat suara mereka.


Ini ada beberapa gambar dari rombongan kami dari Sogo(terima kasih epada pihak Sogo yang tidak menghalau kami), walaupun disaat pertama muncul pimpinan seperti YB Salahuddin dan YB mahfoz. Polis-polis mula menyerang dan cuba menyelinap untuk menangkap pemimpin kami ini.

PIMPINAN DALAM BAHAYA!!, PIMPINAN DALAM BAHAYA!!.


Namun pengalaman dan kepakaran Tentera Amal cepat-cepat menghadang pimpinan yang disayangi ini.

Asal mulanya pihak polis mengagak batalion Sogo ini akan melalui jalan belakang Sogo iaitu Jalan Raja Laut. Tetapi Tentera Amal dengan cepat-cepat menyelinapkan pimpinan ini dan arah perjalanan batalion sudah ditukar menyusur Jalan Tengku Abdul Rahman menuju Masjid Negara.


Perjalanan Dari Sogo,menuju ke Masjid Negara melalui Jalan TAR dan Dataran Merdeka.

Yb Salahuddin, Yb Mahfoz dan Yb Syed Azman berjalan di hadapan batalion Sogo.

Ustaz Kamaruzzaman Memastikan keselamatan rombongan batalion Sogo.

Setelah sampai ke masjid negara, nampaknya batalion besar Masjid Negara sudahpun bergerak, Unit Amal membawa bersama pimpinan di atas memintas untuk ke depan rombongan besar.

Kisah seterusnya saya tidak dapat khabarkan di sini tetapi saya ingin letakkan beberapa memori gambaran sedih dan sayu yang dapat terakam sepanjang serangan zalim pihak FRU terhadap kami ini.

Biarlah ada orang yang menyindir "Puak Paler Ijau hanya pandai memaki Polis" Bagi saya mereka tak memahami atau tidak cubapun untuk memahami perasaan rakyat marhaen yang tidak bermaya itu.

Sempat menangkap wajah perit Pak Samad yang masih mampu tersenyum walau mukanya telah merah dihakis Gas berbahaya FRU.

Dibawah adalah mangsa serangan Zalim FRU yang menambak membabi buta, antaranya seorang tua dan wanita yang lemah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan