Selasa, 17 Mac 2009

Selawat dapat bersih kalbu

BACHOK, 16 Mac (Hrkh) � Kedatangan bulan Rabiul Awal diraikan dengan majlis Maulidur Rasul di sana sini. Selawat dan marhaban sering kali didengari. Dan sekarang kebetulan musim cuti persekolahan, sendat pula dengan kenduri kahwin.

Sehubungan itu Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw kerana ia dapat membersihkan hati atau kalbu seseorang.

Katanya ketika sibuk menyambut bulan Maulidul Rasul umat Islam mesti bijak menilai perkara-perkara yang bertepatan dengan Islam atau sebaliknya. �

"Hati mesti dijaga� kerana sekiranya rosak ia akan merosakkan seluruh tubuh badan manusia sekaligus merencatkan pemikiran terhadap Islam,

"Dunia ini diibaratkan seperti berada di bawah serkap, kita tidak akan terlepas dari pukat-Nya dan setiap idea yang keluar mesti disunting terlebih dahulu samada ia bertepatan dengan tuntutan Islam atau sebaliknya," ujar beliau pada satu majlis di sini, baru-baru ini.

Beliau juga mengajak orang ramai menyambut Maulidur Rasul khatimul alBiya' yang diutuskan khas untuk menyelamatkan manusia daripada penyakit-penyakit berbahaya yang sering menyerang manusia seperti syirik dan riya'.

Sementara itu, Masjid Baiturrahman yang siap dibina pada 2006 membabitkan kos sebanyak RM800,000 dapat menampung sehingga 1,000 jemaah.

Imam tua masjid berkenaan, Haji Raja Sulaiman Raja Saleh berkata, masjid itu dibina hasil derma orang ramai sehingga ada yang menyumbang barang-barang kemas.

Menurutnya masjid itu asalnya terletak di Kampung Telok Mesira dan sekitar tahun 1950-an dipindahkan ke tapak sekarang.

Dalam perkembangan lain Dun Panchor baru-baru ini mengagihkan sumbangan wang tunai kepada 108 armalah dan anak yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Adun Panchor, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, Islam amat memberi perhatian utama kepada golongan armalah supaya mereka tidak diabaikan.

Katanya, walau pun peruntukan kerajaan agak terhad, namun sumbangan kepada golongan berkenaan tetap diberi. - mj _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan