Rabu, 25 Mac 2009

Seorang lagi orang Pak Lah dicantas


Hari ini Jawatankuasa Pengurusan Umno memutuskan agar Norza Zakaria yang sekarang ini menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah agar dilarang daripada bertanding dalam pemilihan Umno tidak lama lagi.

Selepas Ali Rustam, Norza yang diketahui umum sebagai sekutu rapat Khairy Jamaluddin pula tidak dibenarkan bertanding. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

Pembersihan terhadap orang-orang Pak Lah daripada Umno dijalankan secara agressif.


Hujung minggu yang lalu, rumah Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said didatangi oleh pegawai-pegawai SPRM.


Belumpun sempat Abdullah menyerahkan kuasanya secara sah kepada Najib, orang-orang kuatnya sudah dipancung satu-persatu.


Bagaimanakah perasaan Abdullah pada ketika ini?


Atau mungkinkah dia tak sedar tentang berlakunya pembersihan orang-orangnya daripada Umno kerana terlalu nyenyak tertidur?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan