Khamis, 5 Mac 2009
Siapa Menteri Pasola dalam versi Perak?
"Macam negeri Pasir Dua Butir daa..." Begitulah bunyi sinis akbar portal internet pro UMNO. Semalam Dato Isa Samad dalam rancangan hujah juga membawa kisah yang sama mempersendakan sidang bawah pokok. "Macam cerita Laksamana Do Re Mi, buat kerajaan bawah pokok." Semua hadirin yang hadir ketawa terbahak-bahak.
Saya yang menonton Hujah TV 9 semalam terasa betapa bodoh pemimpin dan anggota UMNO. Mereka sebenarnya sedang mentertawakan kebodohan mereka sendiri.
Apa cerita sebenar Kerajaan Pasir Dua Butir.
Do Re Mi diperintahkan oleh raja mereka untuk membantu Kerajaan Pasir Dua Butir. Bersama tikar terbang mereka ke negeri tersebut. Rupanya akibat kejahatan menteri Pasola meyebabkan kerajaan itu terpaksa menjadikan sidang bawah pokok untuk meneruskan pemerintahannya.
Saya kata pemimpin UMNO itu dan pengikutnya bodoh kerana:
1. Kenapa kerajaan Pasir Dua Butir terpaksa beroperasi di bawah pokok?
Jawapan: Kerana Kejahatan Menteri Pasola
2. Kenapa DUN Perak terpaksa bersidang di bawah pokok?
Jawapan: Kerana Kejahatan UMNO/BN.
Sememangnya banyak filem P. Ramlee yang mengandungi kritikan sosial yang tajam. P. Ramlee dah gambarkan, sesebuah kerajaan hanya akan beroperasi bawah pokok apabila menjadi mangsa kezaliman. Kisah itu berulang kini apabila Kezaliman, Kejahatan, Kebobrokan, keangkuhan UMNO/BN yang meyebabkan terjadinya sidang bawah pokok.
Kerajaan itu selamat bila Do Re Mi bergabung tenaga untuk menumbangkan kezaliman itu. Hari ini rakyat seharusnya bergabung tenaga mengambil tempat Do Re Mi untuk menumbangkan kezaliman dan keangkuhan UMNO/BN.
Kunjungi saya di www.najwasuhaimi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan