Isnin, 2 Mac 2009

Sudah Masanya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Didedahkan Kepada Umum

" Rampasan kuasa kudeta di Perak kira-kira sebulan yang lalu masih belum menampakkan tanda-tanda gelora itu akan berhenti. Kemarahan rakyat semakin memuncak ketahap orang-orang Umno sendiri tidak dapat menerima perbuatan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak hormatkan undang-undang.

Kalau undang-undangpun mereka tidak hormat, inikan pula mufti dan sultan tetapi yang paling malang suara majoriti rakyat itu semacam tidak dipedulikan tanda pemimpin-pemimpin dari dahulu dan sekarang tidak boleh dipercayai, masa depan ramalannya semakin gelap buat rakyat.

Kalau undang-undangpun mereka tidak hormat, inikan pula mufti dan sultan tetapi yang paling malang suara majoriti rakyat itu semacam tidak dipedulikan tanda pemimpin-pemimpin dari dahulu dan sekarang tidak boleh dipercayai, masa depan ramalannya semakin gelap buat rakyat.


Rakyat kini mula sedar, Umnolah punca segala kerosakan.


Selasa ini adalah hari yang ditunggu oleh semua rakyat, panggilan sidang Dun Perak oleh Speakernya V Sivakumar cukup memeranjatkan semua kerana sidang Dun yang dijadualkan sebelum ini adalah pada April kira-kira satu bulan dari sekarang.


UmnoBN sekali lagi meracun fikiran rakyat dengan mengatakan mana boleh adakan sidang Dun tanpa perkenan Sultan. Tetapi mereka sebenarnya tidak sedar kuasa memanggil sidang Dun hanya terletak ditangan Speaker yang menangguhkan sidang tidah bertarikh pada November yang lalu.


Perlu diingat kuasa Sultan untuk perkenan sidang Dun adalah setelah Dun dibubarkan dan satu sidang Dun baru hendak dibuat barulah Sultan diminta perkenan untuk merasmikan sidang Dun.


Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, jelas kepada Speaker untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.


Cukuplah Umno dengan sekian banyak pembohongan dan pencabulan undang-undang, jangan kamu cuba mengajar rakyat sedangkan kamu sendiri yang kurang ajar dan tidak hormatkan undang-undang.


Kini tibalah masanya Undang-undang tubuh kerajaan Perak didedahkan kepada umum supaya rakyat tahu siapa yang sebenarnya berbohong dan pengkhianat kepada Sultan. Kalau hukum Allah sebelum inipun mereka main-mainkan apakan pula Sultan....

Layari : http://pasjohorbahru.com/"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan