" Baginda Sultan Selangor bertitah dalam majlis merasmikan pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz yang isi titah ucapannya cukup berkesan untuk direnungi bersama. Lebih-lebih lagi puak UMNO , bukakan hati dan minda jangan terlalu jumud dengan perasaan wahai UMNO yang dikatakan mewakili orang Melayu. Cuba lihat petikan daripada BERNAMA
PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-Raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan.
Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka sudah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.
"Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?
"Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda ketika merasmikan pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat ini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Bernama
Apa yang ingin ana bahaskan titah ucapan tuanku adalah:
Siapakah yang tuanku maksudkan? Apakah PR atau BN? Sejarah politik negara terlalu banyak buktinya mengenai penderhakaan Bn kepada raja-raja melayu. Masih tidak malukah mereka yang berterusan mengatakan pembela melayu yang hanya menggunakan lambang keris pada partinya.
Raja-raja telah diikat tangan dan kakinya oleh mereka, melalui Perlembagaan serta pindaan imuniti raja. Disogokkan pula kekayaan yang berlipat ganda. Raja-raja amat menyanyangi rakyat nya tetapi puak UMNO hanya sayang pada temboloknya sahaja.Bukti terlalu banyak kita lihat sebagaimana contohnya Sultan Ahmad Shah tidak puas hati mengenai keadaan rakyat baginda semasa berlaku banjir tidak lama dulu. Baginda mahukan kualiti makanan dan tempat tinggal sementara yang lebih baik untuk rakyat.Baginda tidak boleh memecat MB ADNAN kerana baginda tahu undang-undang tubuh negeri.
Tengku Mahkota Johor yang sering mengadakan jelajah keseluruh Johor sering menemui rakyat yang amat daif kehidupan. Seorang rakyat menemui baginda semasa jelajah tersebut dan menyatakan masalahnya untuk mendapatkan sebuah rumah yang telah berpuluh tahun dipohonnya sehingga sekarang belum dimiliki. Diceritakan masalah birokrasi pemimpin kepada baginda. Baginda amat terasa dan menangis apabila mengetahui kepayahan rakyatnya. Mengapa baginda tidak memecat MB Ghani? Cerita ini bukan diadakan tetapi dilaporkan oleh media.
Masihkan kita ingat Almarhum Ayahanda Sultan Selongor murka dengan MB yang terdahulu kerana membawa puterinya dibawa lari dan berkahwin dengan MB tersebut. Kemudiannya MB tersebut yang sekrang menjadi Ketua Penerangan UMNO menafikannya akhirnya menceraikan puteri raja tersebut dan membayar RM16juta (RM16, 000,000.00) sebagai 'pampasan'. Kelakuan ini amat memalukan baginda hingga ke akhir hayat. Ini juga dipaparkan oleh media utama pada masa itu. Tentulah Sultan Selangor sekarang masih terasa bagaimana adindanya diperlakukan sedemikian rupa.
Bagaimana UMNO mempermainkan orang melayu, mengapa mereka melangar Prinsip Perlembagaan Negara. Negeri-negeri melayu yang diperintah oleh parti yang berlainan seperti Kelantan, Terengganu DINAFIKAN PERUNTUKAN tahunannya yang jelas bertentangan dengan prinsip Perlembagaan sendiri. Wakil-wakil rakyat bukan BN yang dipilih oleh rakyat dinafikan peruntukan tersebut yang jika tidak salah hampir RM500,000 setahun. Cubalah tanya kepada MP kita adalah mereka mempunyai peruntukan tersebut. Umum mengetahuinya tidak ada lansung wang tersebut diberikan kepada Ketua Bahagian UMNO.
Bantuan kepada sekolah agama rakyat atau sekolah kebangsaan yang majoritinya orang melayu amat sedikit berbanding dengan sekolah SRJKC. Di Terengganu SRJKC Chung Hwa Wei Sin semasa pilihanraya P036 dengan mudah diberikan imbuhan RM 6.1 juta (RM 6, 100,000.00) . Cuba bandingkan peruntukan sebanyak RM 20 juta kepada SRABK (Sekolah Rendah Agama) seluruh Kelantan dan Terengganu yang diumumkan oleh Hishamuddin. Apakah iannya adil dan berbaloi. Berapa buah sekolah SRABK yang ada di seluruh Terengganu dan Kelantan. Untuk makluman bersama SRABK di Terengganu mulai tahun 2010 (Tahun depan) telah ditiadakan.Inilah angkara dendam politik yang pihak UMNO lakukan.
Baginda sultan Selangor memahami dan amat arif gelagat puak UMNO bukan di Selangor sahaja bahkan seluruh negara. Penjualan aset negara kepada milikkan asing berleluasa sejak UMNO memerintah 50 tahun lamanya. Di Johor misalnya berapa ribu ekar tanah dijual kepada Singapura. itu belum kita kira milikan asing dalam aset-aset penting kerajaan seperti POS Malaysia, Perbekalan ubatan, Pertahanan Negara, malahan ekonami negara sebenarnya telah ditentukan oleh pihak sing yang menguasi negara.
Selagi politik perkauman yang terus dipertahankan, inilah yang terjadi. Jika negara beralih kepada politik Islam maka perkara tidak puas hati, masalah perkauman tidak akan berlaku. betapa indahnya politik Islam itu hanya Allah yang mengetahui. Inilah yang terus diperjuangkan oleh PAS dan PR. TGNA berulangkali menyatakan "JIKA HARI INI UMNO MENGUBAHKAN DASAR PERLEMBAGAANNYA KEPADA ALQURAN DAN SUNNAH, HARI INI JUGA PAS AKAN DIBUBARKAN". Mengapa puak UMNO tidak mengambil peluang ini.
Fahaman politik sekular yang terlalu menebal dalam diri mereka menyukarkan tindakan ini diambil.Jika mereka betul-betul pembela bangsa sudah lama mereka mengambil tindakan tersebut. Disinilah Politik Islam itu diletakkan pada tempatnnya.
Ingatlah Firman Allah " SEKIRANYA KAMU TIDAK KELUAR (BERJIHAD) ALLAH AKAN MENGAZABKAN KAMU DENGAN AZAB YANG PEDIH DAN ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KAMU DENGAN KAUM YANG LEBIH BAIK DARIPADA KAMU".
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan