Ahad, 8 Mac 2009

'Tahniah' buat BN dan Polis Raja di malaysia

KOMEN KETUA POLIS NEGARA

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pada awalnya kumpulan tersebut yang diketuai Datuk Hassan Ahamd, A. Samad dan Dr. Shaharil MD Zain telah bersetuju bahawa mereka tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan ataupun demonstrasi.

"Mereka telah bersetuju akan menghantar wakil ke Istana Negara selepas sembahyang Zohor tetapi apabila parti-parti politik seperti PAS dan PKR terlibat bersama, ia berubah menjadi perarakan haram.

"Kami tiada pilihan dan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan yang mengingkari amaran polis," katanya.

Komen aku pula...

ini lah bangangnya seorang ketua polis. aku nak tegaskan, perhimpunan mansuh PPSMI adalah sebuah perhimpunan aman. kalau polis tak membuat halangan apatah lagi menembak gas pemedih mata dan menyembur air, saya rasa perhimpunan tu akan jadi lebih aman. kalau polis-polis yg tak de keja ni tak jolok orang-orang dalam perhimpunan ni, tak la diorang jadi ganas. mcm ular laa, cuba jolok ular yg tgh relek2, siap-siap kena patuk la ko.

memang aku mengucapkan 'tahniah' la kepada BN dan polis ni. dengan kebangangan korang imej malaysia jadi semakin buruk. lagi-lagi la imej polis raja di malaysia ni. nak katakan aku dulu-dulu di sekolah ikut kadet polis ni. memang bangga la dapat jadi budak kadet polis ni. ada sekali aku wakil kadet polis negeri pergi perhimpunan kadet polis semalaysia. pergh... memang bangga la. tapi bila tengok bagaimana polis sekarang....cis, rasa macam kerugian yang amat besar masa kat sekolah dulu. malu aku nak ngaku yang aku ni pernah ikut kadet polis. malu besar aku.

kalau PR memerintah malaysia nanti, Insyallah, saya harap bubarkan ja polis-polis ni, lepas tu ganti dengan unit amal. baru diorang tau. kalau nak jadi polis, mesti jadi ahli pas dan unit amal. itu baru betul.

ingatlah wahai polis-polis semua, duit gaji yang korang dapat tiap-tiap hujung bulan tu adalah duit rakyat untuk membayar perkhidmatan korang. awas la korang, kalau rakyat tak redha dengan polis ni, ertinya makan duit haram la korang. tapi nasib baik la rakyat malysia ni orang-orang baik-baik. tapi kalau yang baik pun tapi dah bersabar tahap cipan dah, boleh meletup juga tu.

ingatlah polis raja di malaysia......



Allahuakbar!!!!!!!!!!!

pemuda sarawak.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan