Selasa, 3 Mac 2009

Tiada helah sebalik “Unity government”

Menginsafi kemelut politik dan ekonomi yang sedang dihadapi Negara, dan demi membela dan mempertahankan perpaduan rakyat dan keutuhan Negara, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang baru-baru ini telah mencetuskan satu idea yang menarik dan perlukan perhatian serius semua pihak.

Ia bermula dari ucapan beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan SPB Yang Dipertuan Agong di Parlimen dan kemudiannya diikuti dengan wawancara beliau dengan Malaysian Insider dan akhbar Siasah.


Tuan Guru melihat bahawa semua pihak perlu jujur dan ikhlas bersatu bagi membawa negara keluar dari kemelut politik dan ekonomi yang sedang sama-sama kita hadapi dan tanggung ini. Ia bukannya sesuatu yang dibikin-bikin tetapi ia suatu realiti dan rakyat mengharapkan suatu jalan penyelesaian yang baik buat mereka dan Negara.

Beberapa contoh kerajaan perpaduan tanpa pembangkang telah beliau lontarkan antaranya termasuk kerajaan pimpinan BJ Habibie di Indonesia pasca Suharto. Walaupun kerajaan itu tidak kekal lama namun impaknya telah membawa suatu perubahan besar yang telah melonjak Indonesia kehadapan sehingga kini dalam sektor politik dan ekonomi serta perpaduan nasional. Ia tidak kekal tetapi ia telah mencetuskan pendemokrasian baru, kebebasan rakyat dan ketelusan yang terus dikecapi warga Indonesia sehingga kini.

Kerana itu sudah tiba masanya untuk semua pihak di Malaysia berani mengambil pendekatan ini. PAS melontarkan gagasan ini untuk difikir dan dipertimbangkan bersama oleh semua pihak bukan sekadar lontaran antara PAS dan Umno tetapi menyeluruh meliputi semua badan siasah khasnya antara BN dan Pakatan Rakyat.

Kita melihat Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang dari Bn antara yang pertama memberikan keterbukaannya terhadap idea ini dan semalam Naib Presiden Umno Muhyuddin Yassin menuntut agar perincian yang l;ebih teliti dikemukakan oleh PAS dalam hal ini.

Sesungguhnya penerimaan yang positif dari semua pihak Umno, MCA, MIC, Gerakan, PKR, DAP dan lain-lain sangat pen ting diperingkat awal ini. Walaupun Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz menganggap idea ini sebagai suatu helah politik, diharapkan yang lain tidak seperti beliau. Rafidah sendiri rasanya sudah terkeluar dan pasti kecundang dari mainstream Umno menjelang pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Oleh itu bersedialah kita untuk mencipta perubahan. Ianya tampak revolusioner tetapi ia tidak mustahil kalau semua pihak berfikir bagai negarawan dan pemimpin rakyat yang mengimpikan perpaduan demi Negara yang tercinta.

...
htp://n32.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan