Jumaat, 20 Mac 2009
"TV3 dan RTM" saluran untuk membodohkan rakyat
Saban hari dan saban ketika Penganalisis politik di Malaysia mengulas dengan panjang lebar betapa hari ini media arus perdana perlu berubah. Suara-suara dan saranan- saranan oleh ahli akademik juga kedengaran di sana-sini mengenai banyak isu. Malangnya, perubahan itu tidak disahut dengan bersungguh-sungguh oleh dua media arus perdana ini. Kenapa begitu agaknya?
Untuk menjawab persoalan itu, saya cuba membuat andaian berikut: Mereka (TV3 dan RTM) fikir bahawa populariti mereka masih tinggi berdasarkan rating yang diterima. Tahukah kita bahawa secara logik sudah tentu siaran2 mereka akan lebih popular sebabnya, mereka tiada pilihan saluran TV yang lain. Kecuali, bagi mereka yang melanggan ASTRO. Saya rasalah, kalaulah semua rumah kediaman memasang ASTRO, pastinya TV3 dan RTM ni duduk di bawah sekali.
Signifikannya di sini ialah semakin banyak maklumat diperolehi oleh rakyat, semakin bijak mereka membuat penilaian. Semakin sedikit maklumat yang diterima, semakin kurang bijak rakyat membuat penilaian. Maka, inilah agenda besar yang cuba dilakukan oleh mereka ni. Sebenarnya, tanggapan mereka sangat- sangat silap. Hari ni, rakyat tidak mudah diperkotak-katikkan. Rakyat sudah bijak membuat keputusan. Rakyat bukannya bodoh!
Walaupun masih ramai lagi yang belum memasang ASTRO, tetapi sudah ramai yang mempunyai internet! Maknanya, jika mereka ingin mendapatkan informasi terkini dan cepat, maka laman web dan blog politik menjadi pilihan mereka. Ada orang kata, ini lagi bahaya kepada kerajaan. Sebab maklumat yang dipaparkan belum tentu sahih. Sekali lagi, mereka fikir rakyat BODOH. Mereka silap!
Rakyat hari ini adalah rakyat yang berfikir. Rakyat yang bijaksana. Bukan mudah untuk digula-gulakan.Rakyat hari ini adalah generasi yang akan melakukan perubahan kepada lanskap politik tanahair sedikit masa lagi.Percayalah! seandainya momentum rakyat yang semakin celik maklumat dan berinformatif berterusan, kerajaan BN boleh bersedia untuk menjadi pembangkang pula suatu hari nanti.InsyaAllah.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan