Rabu, 18 Mac 2009

Ulang tahun ke-52: Nizar diraikan di bawah 'pokok demokrasi'

IPOH, 18 Mac (Hrkh)- Semalam merupakan hari jadi Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang ke 52, dan pada tarikh yang sama pada tahun lalu (17 Mac 2008) beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang ke 10 sekaligus menandakan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini setahun yang lalu.

Nizar telah diraikan secara mengejut oleh Adun Sitiawan yang juga Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming beserta beberapa adun lagi di bawah 'pokok demokrasi' iaitu di tempat berlangsungnya Sidang DUN yang mencipta sejarah baru-baru ini.

Meskipun hujan majlis ringkas tersebut disambut meriah yang turut dihadiri oleh ramai tetamu termasuk para wartawan.

Dalam majlis itu Nizar telah dihadiahkan dengan sebiji kek yang tertulis 'Hidup Rakyat' serta beberapa hadiah yang lain di samping hadirin mengucapkan selamat kepada beliau.

Nizar yang cukup terharu dengan sambutan yang diberikan kepadanya, merasa amat berbesar hati dan mengucapkan berterima kasih kepada semua yang hadir.

Seluruh pimpinan Pakatan rakyat, penyokong penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat negeri ini mendoaklan agar beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan menegaklkan keadilan, sekaligus 'mentalkinkan' BN di bumi Perak Darul Ridzuan.- azm_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan