Jumaat, 13 Mac 2009
UMNO pembunuh bahasa melayu
" Tidak peka. Pekak. Tidak memahami atau mengambil tahu kesan jangkapanjang perlaksanaan PPSMI. Menteri pelajaran yang ego, bebal dan tidak mesra rakyat cuba memutarbelitkan kemahuan majoriti rakyat yang tidak mahu PPSMI diteruskan. Apa lagi label yang boleh diberikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dalam isu PPSMI semuanya bagaikan mencurah air di daun keladi.
Memang benarlah UMNO adalah pembunuh sebenar bahasa melayu di negara ini. Mereka ini bertindak sesuka hati tanpa mengira kepentingan rakyat terbanyak. Pemimpin UMNO adalah juga dari kalangan orang melayu tetapi mereka juga adalah pemusnah bahasa melayu itu sendiri.
PPSMI telah dimulakan pada tahun 2003 oleh Tun Mahathir jadi sudah 6 tahun program ini telah dilaksanakan. Berdasarkan pemerhatian menteri pelajaran tidak akan memansuhkan PPSMI ini.
Dahulu tulisan jawi telah dikuburkan tanpa nesan oleh UMNO yang juga kononnya mengaku berjuang memartabatkan bahasa melayu. Hilangnya tulisan jawi telah dapat merenggangkan sedikit demi sedikit bangsa melayu dari ajaran islam itu sendiri kerana al-Quran menggunakan tulisan tersebut. Pada masa kini ramai anak-anak muda yang tidak dapat membaca al-Quran.
Sekarang ini apabila bahasa melayu dipinggirkan secara sistematik maka janganlah hairan jika suatu hari nanti bangsa melayu akan hilang jatidiri. Amat malang jika UMNO terus diberi kepercayaan oleh bangsa melayu terus memerintah negara ini kerana merekalah yang akan memusnahkan tamadun bangsa melayu.
UMNO adalah pembunuh sebenar bahasa melayu, yang anehnya mereka adalah orang melayu dari kalangan nasionalis melayu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan