Ahad, 22 Mac 2009

Umno Terengganu Menuju Kehancuran

"Setiausaha Perhubungan Terengganu kaki Rasuah"

Ketika majlis memperkenalkan calon-calon Majlis Tertinggi yang akan bertanding dalam pemilihan agung UMNO di Kuala Terengganu baru-baru ini, beberapa insiden lucu, aib dan memilukan berlaku.

Semuanya gara-gara pengacara majlis, Dr Jepun in bracket @ Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang mengemudi majlis pertemuan penting dan bersejarah itu.


Pertemuan itu menjadi penting kerana, walaupun dibuat di Terengganu tetapi ramai yang hadir bukan perwakilan bahagian-bahagian dalam Terengganu. Tetapi majlisnya menjadi meriah kerana masing-masing calon membawa penyokongnya sendiri dan ada antaranya yang dikatakan membawa penyokong dengan beberapa buah bas.

Beberapa kali Dr Jepun in bracket menyerlahkan sambil menonjolkan ‘perangai’ dan ‘tabie’ dirinya sendiri kepada umum sekali gus seolah-olah melambangkan begitulah tabie sebahagian orang-orang UMNO keseluruhannya.

Perlakuan Dr Jepun in bracket ini ternyata melucukan, mengaibkan dan memilukan sekali.

Lucunya – semasa memperkenalkan para perwakilan bahagian Besut kepada calon-calon, perwakilan diminta oleh Dr Jepun in bracket ini mengangkat tangan. Almaklum kerana para perwakilan duduknya merata, maka perwakilan yang mengangkat tangan dilihat di setiap sudut dewan. Dek kerana Dr Jepun in bracket ini sudah terbukti maha bencinya kepada Ketua Bahagian Besut (Idris Jusoh), terlontarlah kata “hoo… hok hujung tu menawok belaka tu” (haah… yang angkat tangan di hujung sana tu, bohong semuanya (bukan perwakilan).

Aibnya – ketika giliran memperkenalkan perwakilan bahagian Kemaman yang mana Menteri Besar Terengganu adalah Ketua Bahagiannya, Dr Jepun in bracket tanpa rasa hormat sedikit pun dengan bangga dan kononnya beliaulah orang hebat yang boleh bertepuk bertampar dengan Menteri Besar, telah mengarahkan Mat Said yang berada di pentas supaya berdiri dengan menggunakan bahasa yang kasar dan amat tidak sopan – “MB, bangun ah, orang nok kenal”.

Memilukan – suasana menjadi amat pilu ketika calon-calon diperkenalkan kepada perwakilan seorang demi seorang. Perwakilan / hadirin diminta memberikan tepukan kepada calon-calon yang diperkenalkan. Dan antara calon AMT yang hadir termasuklah Dato’ Noh Omar, Menteri yang bertanggungjawab kepada MARA dan syarikat-syarikat anak di bawahnya. Memilukan sekali, dah secara kebetulan Noh Omar mendapat tepukan yang agak gemuruh berbanding calon-calon lain, maka dengan muka selamba dan penuh kemaluannya, Dr Jepun in bracket secara terbuka di hadapan hadirin mempromosi diri kepada 'bosnya' itu agar disambung perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Almaklum sajalah, jadi Pengerusi panjang sikit langkahnya. Belanja kahwin anak pun boleh buat belanja rekaan dan buat tuntutan supaya YPM membayarnya. Belanja lain? Alahai, kalau belanja kahwin anak pun boleh tuntut dengan YPM, belanja lain apa sangatnya, lagilah boleh direka taqlikkan.

-Tulisan ini dipetik dari tulisan Cik gu Mubin Ismail melalui blog beliau jarang anak melayu. Samada SPRM memanggil Mubin Ismail atau Mubin sendiri ke tingkat 10 Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu untuk membuat lapuran segera , perkara ini mesti di siasat segera. Kalau Mobin bohong, biar beliau diakwa kerana membuat lapuran palsu.
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan