Isnin, 30 Mac 2009
UMNO/BN Parti Penipu
Dalam ucapannya, Hishammuddin mengutarakan pepatah yang berbunyi, "Siakap, senohong, gelama, ikan duri; cakap bohong lama-lama jual negeri".
Bunyinya memang sedap untuk menghentam dan melanyak orang lain. Perbuatan itu memang menjadi trade mark UMNO. Mereka gemar menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Pelengkap kepada kegemaran itu adalah melabel musuh dengan gelaran yang jelek. Anwar digelar petualang.
Tidak cukup dengan itu, musuh biasanya diberi kata dua walaupun tidak hadir dalam majlis itu. Kata dua itu berbunyi, "Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk". Benarkah retorik itu atau sekadar pemanis kata yang muncul dari mulut dan lidah yang tak bertulang?
Pemimpin UMNO memang sukar berubah kerana pemikiran mereka sudah berkarat. Situasi demikian berlaku kerana mereka enggan menerima pandangan orang lain. Itulah orde lama yang tersumbat dalam kepala hotak pemimpin UMNO seperti yang dilontarkan oleh Pak Lah dalam ucapan perasmian terakhirnya sebagai Presiden UMNO.
Ketika mengucapkan kutukan itu, Hisahmmuddin terlupa untuk melakukan muhasabah diri. Puak-puak yang bersekongkol dengannyalah yang paling banyak membohongi rakyat. Banyak bukti yang menunjukkan UMNO/BN membohongi rakyat demi menyembunyikan kebenaran sama ada oleh mereka sendiri mahupun pegawai-pegawai kerajaan.
Ketua Pengarah Pelajaran bertegas bahawa graf pencapaian calon dalam peperiksaan SPM tidak pernah diturunkan. Namun, sungutan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik menunjukkan hal yang sebaliknya berlaku. Jelaslah di sini bahawa pihak kerajaan dengan sengaja menggunakan kenyataan itu untuk menghalalkan PPSMI. Taktik lama itu sudah usang sebenarnya. Carilah taktik yang lebih canggih untuk menipu rakyat!!! Tetapi kena ingat, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".
Najib sanggup bersumpah di Permatang Pauh bahawa dia tidak mengenali Altantuya. Akhbar Liberation di Perancis mendakwa Najib, Abdul Razak Baginda, dan Altantuya dilihat bersiar-siar dengan kereta mewah dan makan minum di restoran ternama di Paris. Persoalan yang menyerang benak rakyat ialah siapa yang bercakap benar dalam hal ini? Jika akhbar itu memfitnah, mengapa Najib tidak menyamannya untuk membersihkan maruah yang tercemar? Selagi perkara ini tidak diselesaikan, sukar bagi rakyat Malaysia memandang Najib sebagai seorang yang bersih/tidak bersalah. Mungkinkah Najib tidak mengambil kisah tentang hal itu dan cuba mengklasifikasinya sebagai khabar angin? Apa yang akan terjadi jika perkara ini berlarutan sepanjang era pemerintahannya? Rakyat kebingungan kerana mempunyai pemimpin seumpama ini. Mengapa biarkan semua orang diselubungi misteriiiiiiiiii?
Najib kata tiada lagi projek mi segera dalam PRK yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Kenyataan ini dengan sendirinya menyerlahkan kebenaran tuduhan pembangkang bahawa UMNO/BN mengula-gulai pengundi setiap kali ada PRU atau PRK sebelum yang mutakhir ini. Mengapa UMNO/BN menipu semua orang dalam hal ini? Mereka memang muka tebal.
Namun demikian, betulkah kenyataan itu? Anda nilailah sendiri bila jentolak, scraper, dan lain-lain rancak membaiki jalan di Bukit Selambau. Khabarnya, penduduk Batang Air sedang menerima durian runtuh sekarang ini. Tipu lagi. Memang sah UMNO/BN tidak boleh hidup kalau tidak menipu. Mana perubahan yang dilaung-laungkan itu? Perubahan taik kucing!!!
UMNO/BN tipu rakyat Sabah dan Sarawak. Dalam belanjawan dan pakej rangsangan ada peruntukan tetapi tidak ada projek yang dijalankan. Hal ini didedahkan oleh MP Sabah di parlimen. Tipu lagi. Kalau MP Sabah cerdik, nilailah cakap Najib dalam Perhimpunan Agung Perasuah 2009 baru-baru ini. Beribu-ribu projek telah diberikan kepada kontraktor Kelas F yang menyokong kerajaan. Kontraktor Kelas F di Sabah dan Sarawak tak sokong BNkah? Kena auta macam tu pun masih sokong BN. Anda semua sememangnya lebih pentingkan kuasa daripada membela rakyat. Lain di hati, lain di mulut.
Pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air! Jangan sekali-kali percaya kepada penipu. Anda juga yang akan menderita. Berhentilah menyokong UMNO/BN. Kekalkan kemenangan untuk rakyat.
UNDILAH PAS !!! UNDILAH PKR !!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan