Rabu, 15 April 2009
APABILA USTAZAH MEMAKAI SERAGAM POLIS
Ambuyat writes "Menutup aurat adalah satu tuntutan agama yang wajib dilaksanakan sepanjang masa tatkala dilihat oleh golongan "Ajnabi" atau yang bukan "Mahram". Bila dikatakan bahawa aurat wanita itu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, maknanya memakai sarung kaki atau stoken menjadi wajib bila pakaiannya (kain/jubah) tidak mampu menutupi kakinya.
Maknanya wanita muslimah mukminah wajib memakai pakaian berikut:
1- Baju, sama ada baju jubah yang labuh atau baju kurung yang tidak ketat yang tidak menampakkan susuk atau bentuk badan terutama dada dan juga punggung. Baju yang ketat dan jarang adalah haram dipakai kerana ia boleh menampakkan apa yang digelar oleh Al-Quran sebagai perhiasan wanita.
2- Memakai tudung kepala atau telekong atau mini telekong yang menutupi sekelian rambutnya dan labuh boleh menutupi sekitar dadanya.
3- Memakai sarung kaki atau stokin sekiranya kakinya masih boleh dilihat. Stokin mestilah yang boleh menutup kakinya sepenuhnya kerana dengan memakai stokin yang jarang masih tidak memadai.
KO-KURIKULUM DI SEKOLAH-SEKOLAH
Unit beruniform seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap dan lain-lain telah diwajibkan disemua sekolah yang akan dinilai sebanyak 10% dan dijadikan prasyarat untuk melayakkan seseorang itu layak menyambung ke mana-mana Universiti (dalam negara?).
Musykil
Adakah kewajipan tersebut jika dilanggar akan menyebabkan seseorang murid itu tidak akan diterima masuk ke mana-mana Universiti? Atau masih ada Universiti yang boleh menerima atas kehendak Universiti itu sendiri? Kalau satu-satu sekolah itu tidak mengikut arahan tersebut bagaimana pulak. Bolehkah satu-satu sekolah itu memohon pengecualian dari arahan ini? Apa akan jadi kepada sekolah atau murid yang tidak mengindahkan arahan ini.
MASALAH YANG TIMBUL
Apabila sekolah Agama sama ada Kerajaan Negeri atau Persekutuan dilibatkan dengan program Ko-kurikulum serupa ini ia nampak sangat janggal. Guru-guru dan murid perempuan yang selama ini taat menutup aurat mereka seperti yang disyariatkan, tiba-tiba terpaksa mangabaikan aurat mereka apabila mereka terpaksa memakai uniform Kadet Polis dan yang lain seumpamanya.
Apabila ustazah juga terpaksa membelakangkan batas-batas aurat dengan memakai uniform tertentu pada satu hari dalam seminggu seperti setiap hari rabu, mana perginya ajaran syariat Islam sebenar yang diwajibkan memakainya setiap masa sebelum ini? Seolah-olah Jabatan Pelajaran Malaysia di bawah Islam Hadhari ini membenarkan/mewajibkan para guru dan murid beragama Islam melanggar batas-batas aurat yang dikehendaki syarak satu hari dalam seminggu.
ULASAN DAN CADANGAN
Kalau kita nak fikirkan tidaklah jauh mana bezanya ketrampilan antara murid yang terlibat ko-kurikulum bahagian Unit beruniform ini dengan yang tidak terlibat. Kalaupun memang ada taklah sehebat mana manfaatnya (berbanding dengan dosa) bagi yang mengikutinya dan demikian sebaliknya. Bahkan apa yang kita dengar ialah rungutan dari guru-guru dan juga murid yang terpaksa juga melaksanakan benda ni walaupun hanya umpama "Melepaskan batok di tangga" ala kadar dan sambil lewa sahaja.
Kalaupun memang dah tak boleh nak elak kena buat juga maka ingin saya mencadangkan agar apalah kiranya:
1- Sekolah Agama Islam Negeri dikecualikan dari perkara ini.. atau kalau tak boleh juga...
2- Berilah kelonggaran agar guru-guru dan murid-burid beragama Islam khasnya di Sekolah Agama Negeri menyesuaikan potongan baju yang ada kepada yang dianggap harus kepada kaum wanita muslimah seperti menukarnya kepada bentuk JUBAH atau mana-mana yang menepati tuntutan syarat (kena cari pakaian alternatif contoh seperti pakaian Polis Wanita Iran).
Sekian sedikat luahan rasa seorang guru muslim yang rasa ngilu matanya melihat ustazah kini pakai uniform polis..... sungguh sedih dan menyebabkan air mata ini menitis apabila anak-akan kita diajar untuk menutup aurat dengan sempurna tiba-tiba satu hari dalam seminggu mereka memperagakan pakaian yang gagal memenuhi tuntutan Agama kita yang maha suci.
Kalau tidak kita memikirkan tentang keagamaan anak-anak kita siapa lagi??? Saya hanya melaksanakan tanggung jawab saya apabila meresakan perkara ini perlu diambil perhatian serius. Dosa mereka adalah kerana ketempangan dasar dan kepincangan kita dalam mendidik mereka. Akhir sekali saya sudah menyampaikan yang hak, terpulanglah kepada yang berwajib untuk bertindak. Apa yang penting saya tak mahu didakwa di akhirat nanti.
Sekian terima(lah) kasih.
Ambuyat/Azhari(s)
1:39pm 1 April 2009
Artikel Berkaitan:
Seloka KITA dan AURAT (1)"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan