Jumaat, 3 April 2009

Bkt Selambau: No FIGHT!!

Malam tadi, on the way balik ke rumah orang tua, saya lalu kot tengah pekan Bkt Selambau.

Walaupun dlm paper dan media massa serta alam siber, riuh org dok sembang psal p.raya Bkt Selambau ni, tapi x nampak meriah langsung. Khemah/Bilik Gerakan terutamanya Bilik Gerakan BN banyak yang kosong, tak nampak sangat meriahnya macam PRK Permatang Pauh hari tu.

Sajalah tanya sorang kawan org kuat Pemuda PKR yg dlm PRU12 hari tu cukup giat dan aktif, tanya dia skrg ni mcm mana? boleh menang ka?

Dia kata:
"Tak syok lah, tak FIGHT langsung - lagi best rasanya kalau kita dpt turun pi Bkt Gantang, sana lagi best, ada gak FIGHT!"

Apa maksud hang?

"UMNO tak FIGHT langsung, depa pakat boikot -tak syok lwn dgn org x lwn mcm ni"

Oooo, macam tu ka?

Diringkaskan cerita, kwn saya ni yg rumah dia dlm 15 minit ja daripada Pekan Bkt Selambau tu, dia dok habag p.raya kali ni tak best langsung. Org kaki p.raya ni mcm gak dengan kaki bola, kalau lwn bola dgn team yg tak fight, bawa turun pasukan simpanan, kita nak main pun jadi malas, mcm membazir masa saja. Lagi pun sahabat saya ni Juara Tomoi kat kampung dia, org TOMOI dia memang suka FIGHT, kalau tak dak FIGHT dia tak dak kick, bila tak dak kick, serupa dengan dok TOMOI dengan pokok pisang.

Ya, macam dok TOMOI dengan Pokok Pisang - itulah yang saya dapat simpulkan apa yang sahabat saya ni rasa.

Bukan satu rahsia lagi, org2 kat Bkt Selambau dan kampung-kampung sekitar khususnya di kg-kg melayu tradisional kat belah sini, semua org tau pasal kes org-org UMNO tak puas hati dengan pemilihan calun MIC utk p.raya kecik kali ni. Rata-rata org UMNO merasakan, dengan performance MIC yg begitu teruk waktu PRU12 baru ni, patutnya kali ini calon DUN kali ni kena bagi kat UMNO.

Lalu, hasilnya lahirlah ramai calon-calon bebas berbangsa Melayu yg rata-ratanya tak puas hati sebab isu UMNO-MIC ini. Inilah sebenarnya punca wujudnya ramai calon Bebas hingga menempah sejarah peradaban p.raya negara ini.

Saya pun tak berapa perasan sebenarnya, sehinggalah malam tadi, bila saya balik ke rumah org tua yg kira-kira 10 minit dari pekan Bkt Selambau tu; waktu sembang dgn adik ipaq yg selalu turun dengar ceramah di markas besar pas kat tengah pekan tu; dia habag kata hasil sembang bual dia dengan org2 bkt selambau kat kedai-kedai kopi kat situ, rata-rata org Melayu yg dia jumpa, depa kata depa akan pangkah Melayu - tak kira parti apa. BEBAS pun BEBAS lah, janji Melayu.

Makna kata, undi Melayu kali ni memang berpecah, ramai org Melayu atas pagar akan pangkah bebas, maka tinggallah Melayu jati PAS/PKR akan undi Pakatan dan Melayu jati UMNO akan undi MIC. Kalau mcm tu dok ada, rasanya at the end BN yg akan rugi sebab PRU12 hari tu Pakatan menang dua tiga undi saja di UPU Melayu, tapi berganda-ganda undi kat estet dan kawasan bukan Melayu.

Ya, memang ada calun Bebas daripada kalangan bukan Melayu; tapi hasil tinjauan rambang saya kat situ, dok nampak pengundi bukan Melayu rata-rata masih bersama PKR. Misalnya, sahabat saya tadi tu, dia habag kata waktu dia bawa sorang Tok Guru dari Pondok Sik ka mana pi melawat kawasan org Cina pi rayu undi, ada sorang pakcik Cina tu mai habag kat Tok Guru tu, dia kata:

"Tok Guru pi baliklah.... pi dok pondok ngajar; tak payah mailah, jangan risau, kita menang punya. Kami ada, Tok Guru jangan takut, kita mesti menang punya!!"

Kalaulah adanya ramai calun-calun bebas menyebabkan undi Melayu dan India berpecah, lalu undi Cina yang jadi penentu, maka tak salah saya rasa drpd sambutan dan maklumbalas yg diberikan oleh masyarakat Cina tu tadi, maka insyaallah lah seperti kata sahabat saya yg nak jemput saya pi ceramah kat sana esok lusa ni:

"Hang tok sah dok tanyalah, GERENTI kita menang aih - tarak FIGHT langsung!!"

Walaupun begitu, kpd geng-geng Pakatan, jangan dok ghalit sangat, walaupun depa tak FIGHT, tapi kot kalau last minit depa hantaq mai hantu polong, boleh terlingkup jadinya.

Kot mana pun, kepada semua pejuang Pakatan, diucapkan selamat berjuang, insyaallah KEADILAN pasti datang.

moniermatdin@yahoo.com
9.4.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan