Suka atau tidak, pilihanraya kecil di Bukit Gantang adalah referendum menolak “kerajaan haram” Zambry Kadir. Rampasan kuasa yang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak oleh Barisan Nasional tidak direstui oleh rakyat Bukit Gantang.
Signal ini bertambah jelas jika dilihat daripada peningkatan jumlah majoriti yang diperolehi oleh NIzar Jamaluddin. Propaganda Nizar adalah boneka Cina DAP tidak berjaya “mengolah persetujuan” rakyat Bukit Gantang untuk menolak Nizar Jamaluddin.
Jutaan wang ringgit yang dibelanjakan juga tidak mampu untuk membeli jiwa yang bebas. Propaganda yang bertalu-talu dari media arus perdana terutamanya RTM dan TV3 ternyata sudah tidak lagi berkesan.
Najib yang baru diangkat menjadi perdana menteri turut ditolak oleh rakyat Bukit Gantang kerana beliaulah dibelakang rampasan kuasa dinegeri Perak.
Hanya satu jalan sahaja untuk mengembalikan kestabilan politik di negeri Perak. Bubarkan DUN dan serahkan kembali kepada rakyat tentang siapa pilihan mereka untuk memimpin negeri Perak. Sama ada Pakatan atau Barisan, biar rakyat tentukan.
Bukit Gantang telah mohon derhaka apabila Nizar Jamaluddin diangkat menjadi Ahli Parlimen mereka.
Sekarang tiba giliran rakyat negeri Perak untuk menentukan masa depan mereka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan