indakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat Al-Quran dari Surah Al-A'raf tidak mempunyai apa-apa kesalahan, demikian ditegaskan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Siapa pun nak gunakan ayat Quran patutnya dia guna lama dah. Itu kesan gelombang kebangkitan Islam," kata Nik Aziz.
Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kemungkinan Nga tersalah tafsir dan sebagainya kerana tidak menjadi keslahan orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran.
Banyak pihak menyifatkan laporan polis yang dilakukan oleh beberapa badan bukan kerajaan terhadap Nga adalah gimik politik kerana mereka terpukul dengan ayat yang dibacakan oleh Nga tersebut yang mengenai diri mereka.
Laporan polis dibuat oleh Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan wakil-wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Rakyat Insan Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Rahimmuddin berkata, tindakan Nga menggunakan Al-Quran dalam ceramahnya ternyata menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini.
Seorang pemimpin PAS berpendapat bahawa sebenarnya orang-orang UMNO merasa terkejut orang bukan Islam boleh mengetahui ayat Al-Quran kerana orang UMNO sendiri sebenarnya yang telah lama meninggalkan ajaran Al-Quran.
"Sebenarnya bukan menimbulkan kemarahan umat Islam, tetapi kematrahan umat UMNO," tegasnya.
"Ayat Al-Quran adalah milik Allah dan sesiapa juga samada yang Islam atau bukan Islam boleh membacanya," tambahnya.
"Mereka ini (ahli UMNO) bertindak sebagai pembela ayat Quran kononya, walhal mereka lebih buta Al-Quran dari sesetengah kaum bukan-Islam," tegasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan