Selasa, 7 April 2009

BUKIT SELAMBAU : PKR fail laporan polis Petugas PR Diserang BN

ecewa kerana kempen mereka semakin ditolak pengundi Bukit Selambau, sekumpulan orang dipercayai penyokong Barisan Nasional bertindak ganas menyerang petugas-petugas Pakatan Rakyat.

Serangan ke atas markas Pakatan di Taman Bandar Bahru itu berlaku sejurus sebelum ketibaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim di situ.

Kira-kira 20 orang bersenjatakan kayu bertindak liar merosakkan poster dan bendera di markas ini.

Kejadian tengahari tadi disaksikan oleh orang ramai dan menyusuli beberapa insiden provokasi yang dicetuskan oleh penyokong MIC terhadap pekerja Pakatan, khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Naib Presiden PKR, R Sivarasa memfailkan laporan polis di Balai Polis Sungai Lalang tidak lama kemudian.

“Kami menggesa pihak polis mengambil tindakan keatas penyerang-penyerang terbabit sebelum ia menjadi tidak terkawal,” kata peguam itu.

Kejadian ini adalah insiden ketiga seumpamanya menuju Hari Pengundian 7 April esok. Dua kejadian sebelum ini membabitkan penyokong MIC yang cuba mencetuskan ketegangan di Taman Tuanku Haminah.

Kumpulan berkenaan membidas orang-ramai yang hadir untuk mengikuti ceramah di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat.

-tvantara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan