"Bila terbaca berita keputusan kabinet yang mengatakan anak ikut agama asal ibu bapa, Aku bukan setakat kecewa dengan keputusan itu, kemarahan dalam hati aku begitu meluap-meluap. sampai aku nak menulis pun rasa terganggu. Aku bimbang apa yang aku tulis nanti akan mengikut nafsu.
Sampai satu takat, hati aku mula berkata pergi mapus dengan tok-tok mufti, ulama-ulama boleh pergi menyorok dalam semak, raja dan sultan sebagai pelindung Islam sudah boleh buang ke longkang, yang mengaku sebagai pejuang Islam telurnya sudah boleh buang.
Tetapi ini semua akan menjadi nafsu, sudah hilang hikmahnya. Sebagai seorang Islam tak perlu kita menyumpah seranah mengikut hati dan nafsu kerana kita akan ditipu oleh nafsu itu semdiri. Maka akan bertempik gembiralah iblis dan syaitan kerana kita kecundang dengan nafsu sendiri. Sebaiknya kita harus renungkan pada diri sendiri mengapa Allah SWT menghina kita sampai sebegini rupa.
Jawapannya tak perlu tanya pada orang lain, semuanya sudah ada pada sendiri. Apabila kita lalai dengan Islam maka datanglah ingatan daripada Allah SWT sebagai tanda kasih sayangNya. Seharusnya kita kembali kepada akar Islam itu sendiri, dan bertanya kepada diri sendiri mengapa semua ini terjadi.
Tertanya juga di hati ini apakah perasaan seorang seorang ibu atau bapa Islam melihat nak mereka dibesarkan dengan kepercayaan lain. Tak dapat dibayangkan bertapa sakitnya hati seorang ibu bapa ini. Tetapi apa pula perasaan seorang ibu bapa yang menganut kepercayaan lain bila melihat anak mereka dibesarkan sebagai muslim. Adakah hati mereka juga akan sakit?
Kalau hati mereka ini sakit maknanya kita sebagai muslim masih gagal memperlihatkan Islam itu sebagai agama yang cantik. Seharusnya kita kembali kepada akar Islam itu sendiri. Apa itu akar pada Islam, tak lain dan tak bukan rukun Iman itu sendiri. Akidah yang menjadi pegangan semua umat Islam.
Rukun Iman yang pertama itu sendiri mengatakan percaya kepada Allah SWT. Yakinkah kita kepada Allah SWT. Kalau yakin mengapa kita masih meninggalkan suruhanNya dan masih melakukan apa yang dilarangNya. sedangkan kita berkalimah syahadah, aku bersaksikan tiada yang lain selain daripada Allah, dan sesungguhnya Muhamad itu pesuruh Allah. Adakah kita faham pengucapan kita. Adakah kita yakin dengan penyaksian kita.
Benarkah kita yakin kepada Allah SWT. Kalau yakin, mengapa kita masih tak berusaha menjadi seorang yang bertakwa, yang mengamalkan yang makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar. Sebaliknya kita lebih banyak mengikut jalan dekat ke neraka daripada jalan pintas ke syurga. Kita tidak peduli dengan diri kita sendiri yang tidak mengikut Islam secara total. Kalau faham dan yakin mengapa masih menerima yang selain dari Allah sebagi rujukan kita. Mengapa kita masih membenarkan dikalangan yang zalim memimpin kita.
Sebaliknya kita lebih banyak memberi alasan penafian, sebagai contoh apabila sesuatu apabila kes murtad berlaku di satu kampung, lebih banyak daripada kita akan menjawab, "Oh itu bukan berlaku di kampung aku, itu kampung orang lain". Apabila perkara itu terjadi di kampung sendiri, maka terkeluarlah jawapan ini pula. "Itu bukan sahabat atau saudara aku, itu orang lain." Kemudian apabila sudah terkena kepada sahabat atau saudara sendiri, kitah masih sebok memberi alasan penafian dengan berkata, " itu tak terjadi pada adik beradik atau anak aku". Akhirnya Allah SWT membiarkan perkara ini berlaku pada keluarga kita sendiri, masih ada yang memberi jawapan, "oh itu anak bongsu aku, anak yang sulung elok lagi".
Itulah yang sebenarnya sindrom yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Kita sentiasa menafikan ingatan daripada Allah SWT dengan apa jua alasan. Tidak hairanlah kita akan terus dihina oleh musuh-musuh Islam sehinggalah kita sendiri yang memertabatkan Islam.
Kesimpulannya keputusan kabinet yang menyayat hati ini, seharusnya menjadi renungan kita bersama supaya kita menjadi seorang Islam yang lebih baik, supaya Islam tidak diperlekehkan pada masa hadapan. Dan ingatlah ALLAH SWT TIDAK PERNAH MEZALIMI SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI.
sumber asal: http://berita-tipu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan