Khamis, 16 April 2009

Hakim SM Komathy gugurkan tuduhan keatas aktivis dan peguam

KUALA LUMPUR,16 APRIL (SK) - HAKIM Mahkamah Sesyen, SM Komathy hari ini mengugurkan pertuduhan keatas 7 peguam dan aktivis daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Disember 2007.

Dari petuduhan yang dibacakan, Komathy berkata penguguran tuduhan berkenaan adalah kerana pihak pendakwa tidak terdapat bukti dari kes prima facie.

Mengulas mengenai pembebasan ini, peguam yang didakwa, AmerHamzah Arshad menyambut baik keputusan yang dilakukan oleh hakim

Jelasnya keputusan yang dibuat adalah wajar dan adil serta menunjukan kebijaksanaan hakim yang menerima kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

“Keputusan yang dibuat oleh hakim adalah wajar dan adil dan menunjukan penerimaan mahkamah untuk mengiktiraf kebebasan bersuara dan hak asasi manusia,” katanya kepada Suara Keadilan di Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan