Posted on Wednesday, April 15 @ 10:00:18 MYT by Paktam
Oleh Ali Bukhari Amir
Masa semakin suntuk. Palestin meraung dan bumi Pattani menjerit. Hari ini di mana-mana pun dunia Islam, sama ada di Rohingya, Melayu Mo ro di Filipina sedang m emekik mengemis bantuan dan pertolongan negara Islam yang merdeka.
Salam kepada Menteri Pertahanan yang baru, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Baru ini , tersiar satu laporan berita bahawa akan diwujudkan Tentera Wataniah yang akan ditempatkan di semua kawasan parlimen.
Tentera Wataniah di semua kawasan parlimen ? Zahid
BAGAN DATOH 12 April ? Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan di sini hari ini.
Katanya kementerian itu juga akan mewujudkan persatuan bekas veteran tentera sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan mereka dalam pasukan pertahanan pada masa lalu.
Beliau berkata kementerian akan mewujudkan dana kebajikan bagi tujuan membantu meringankan beban bekas tentera yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Ahmad Zahid berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menambahkan lagi jumlah pasukan kadet tentera di sekolah supaya pelajar dapat diberi pendedahan awal mengenai pasukan pertahanan selain membina semangat patriotisme di kalangan mereka.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan penubuhan satu batalion Kem Tentera di kawasan seluas 80 hektar berhampiran Ladang Jenderata di Hutan Melintang di sini serta sebuah pangkalan mini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jeti Bagan Datoh.
? BERNAMA
Saya alu-alukan cadangan dan syor semacam ini, tetapi dengan beberapa pertanyaan. Apa benarkah cadangan menempatkan tentera wataniah ini mendapat sokongan 26 rakyat?
Saya dan rakan-rakan ingin bertanya, bagaimanakah proses pembentukan usul ini dibuat? Siapa yang beri cadangan dan jika benar ada orang memberi cadangan, bagaimana pihak yang memberi cadangan itu menyatakan cadangannya kepada Dato' Seri?
Utamakan Pakatan Ketenteraan OIC
Janganlah hendaknya Ahmad Zahid Hamidi lupa bahawa tatkala Israel membedil Palestin sejak Disember tahun lalu, beliau ada membuat kenya taan tentang betapa pentingnya OIC atau Negara Islam membentuk pakatan ketenteraan.
Apakah Zahid Hamidi lupakan hal ini? Tetapi, ketika itu Ahmad Zahid bukannya Menteri Pertahanan. Sekarang, Tuhan menggerakkan hati Najib untuk melantik beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Apakah alasan beliau untuk tidak melaksanakan apa yang dicita-citakan sebelum ini?
Memang betul, Najib ada juga memberi kenya taan dalam bentuk tidak menyokong idea berhubung pakatan ketenteraan antara negara-negara Islam itu.
Tapi, Najib tiada jiwa Islam. Dan beliau adalah kapitalis yang tulen. Beliau menolak idea itu mungkin kerana tak nampa k di mana pakatan ketenteraan antara negara OIC itu boleh mencetak keuntungan wang dalam bentuk komisen seperti komisen kapal selam.
Barangkali kalau pakatan ketenteraan itu boleh mendatangkan komisen kepadanya, Najib mungkin bersetuju. Kapal selam boleh diniagakan. Adakah tentera itu dapat diniagakan dengan murahnya seperti Azilah Hadri dan Sirul Azhar? Itu menjadi persoalan juga.
Mungkin, setelah kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas itu menerima hukuman, maka harga untuk melakukan 'tugas-tugas khas' selepas ini meningkat juga. Najib tak bersalah dalam hal ini. Beliau memang kapitalis tulen dan sifar jiwa Islamnya. Islamnya sekadar menyempurnakan rukun Islam yang lima dan Islam tidak wujud dalam bentuk pemerintahan. Tapi, Ahmad Zahid tentu berbeza dengan Najib dalam hal ini.
Apakah yang Ahmad Zahid perlu lakukan jika Najib menentang idea pakatan ketenteraan ini? Hal ini mungkin tak perlu dibincangkan lagi kerana masih terlalu awal untuk diramal lakonan sandiwara Najib ketika pada awal-awal pemerintahannya.
Mungkin Najib akan bersetuju dengan pakatan ketenteraan ini demi memulihkan imejnya yang banyak tercalar gara-gara kesilapannya sendiri. Langkah Najib untuk pulihkan imej dengan cara menarik balik penggantungan permit Harakah, Suara Keadilan termasuklah dengan cara membebaskan 13 tahanan ISA sebelum ini tidak berhasil.
Rakyat tetap menolak Najib dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Najib terpaksa mencari sandiwara dan bermain wayang lain pula. Harap-harap dia akan setuju dengan pakatan ketenteraan OIC guna memulihkan imejnya kali kedua walaupun kunci kepada kebersihan imej beliau sebenarnya terletak kepada isu Altantuya.
Perlu sokongan
Ahmad Zahid perlukan sokongan rakyat dan sokongan tentera jika Najib tidak bersetuju. Kalau nak diharapkan anggota kabinet menyokong usul Ahmad Zahid itu, memang tak boleh jalan kerana lidah kabinet itu dipakukan dan suaranya dipahatkan oleh Najib.
Ahli-ahli parlimen hampir keseluruhan dan kebanyakannya takutkan Najib. Kalau tidak, tentulah mereka melompat parti pada suatu masa dahulu. Jadi, kesimpulannya, beliau tak boleh harapkan kabinet dan ahli parlimen. Semuanya penakut kepada Najib.
Kalau kita panjangkan lagi perihal takut kepada Najib ini memang tak sudah. Orang yang tidak takutkan Najib sememangnya tidak waras.
Altantuya yang terbunuh tanpa pembelaan serta adun 'diculik' sehingga tumbang kerajaan halal Perak digantikan kerajaan haram itu apa cerita? Tak kan ahli parlimen dan menteri kabinet sanggup dibunuh atau diculik? Seperti yang disebut tadi, hanya yang tidak waras sahaja yang sanggup ambil risiko itu.
Jadi, Ahmad Zahid perlukan sokongan dan perlukan kebijaksanaan bertindak. Itu pun jika dia takutkan Allah dan sedia menyanggah Najib yang mungkin membantah usul itu.
Sokongan kedua mestilah datang dari negara-negara Islam sendiri. Contohnya OIC setuju dengan pelaksanaan idea pakatan ketenteraan OIC itu. Dalam keadaan ini, Najib mungkin segan nak menolak kerana idea ini telah disokong oleh negara-negara Islam luar.
Takkan Najib mahu memalukan namanya sendiri yang telah terpalit dengan isu Altantuya itu dalam kalangan pemimpin negara OIC? Malulah dia walaupun yang sepatutnya beliau patut malu kepada Tuhan melebihi segalanya.
"Nanti..apa pula kata para pemimpin negara OIC yang lain," mungkin itulah yang dibisikkan Najib dalam ruang hatinya. Dalam fikirannya, sudah lupus prinsip ke-10 Islam Hadhari yang mahu kukuhkan ketenteraan.
Kalaulah Islam Hadhari itu jamad; suatu yang boleh dipegang dan disentuh, mungkinlah ia akan disimpan dalam mana-mana Jabatan Antikuiti, arkib dan Muzium Negara. Tetapi, Islam Hadhari itu hadir dalam bentuk pemikiran dan mudah dilupakan oran g.
Mana ada lagi iklan-iklan di televisyen berhubung Islam Hadhari ini? Masih merah tanah kubur yang menyaksikan pemergian Abdullah dalam sengsara pentadbirannya dan masih belum tamat gemaan bacaan talkin yang mengiringi 'kewafatan' Abdullah di Sg Penchala, idea Islam Hadhari itu ditikam bunuh oleh Najib secara perlahan-lahan.
Mustahil Ahmad Zahid menden gungkan Islam Hadhari lagi walaupun dulunya, beliaulah yang terkedepan dalam mempertahan setiap inci wilayah daerah Islam Hadhari itu.
Tapi kalau Ahmad Zahid mahu teruskan juga, tiada salahnya. Beliau boleh tunjuk bahawa usul pakatan ketenteraaan itulah bukti kesedaran untuk merealisasikan hasrat PM dahulu yang ada kaitan dengan Islam Hadhari.
Sukan sesama tentera Islam sedunia
Tubuhkan sukan tentera antarabangsa ala Olimpik dengan tujuan memupuk persaudaraan terlebih dahulu. Persaudaraan itu yang terlebih awla. Apabila sudah ada saling berkenalan maka mudahlah diwujudkan persefahaman dan menjalin hubungan perjanjian ketenteraan sesudah itu. Inilah yang mungkin perlu dilakukan oleh Ahmad Zahid.
Sukan-sukan tentera mungkin tidak sama dengan sukan masyarakat awam. Mungkin ada sukan menyelam seperti mengawal kapal selam, sukan menembak serta membaling bom seperti meletupkan bom peledak C4 dan lain-lain lagi yang mungkin boleh difikirkan.
Sukan-sukan ini jangan pula lahir dalam bentuk keganasan seperti latihan komando yang heboh pada suatu masa dahulu. Sama ada beliau mahu buka semula kes itu atau tidak, hal itu terpulang ke atas kebijaksanaan Ahmad Zahid sendiri.
Bercakap tentang uk hwah ikatan persaudaraan dan sukan yang boleh membentuk ikatan persahabatan pun tiada gunanya jika amalan ketenteraan kita terpesong.
Mufti dan fatwa telah memberikan peraturan bahawa amalan meletakkan kalungan bunga di tugu pahlawan dan membacakan puisi di depan tugu tersebut adalah suatu amalan yang tidak dibenarkan. Menurut fatwa, ia adalah amalan syirik. Wallahu alam..
Adakah Ahmad Zahid berani dan dapat mengubah 'sembahan' ini? Banyak betul perkara yang perlu diubah oleh beliau. Tapi, bukan itukah yang mesti dilaksanakan oleh seorang menteri? Menteri Pertahanan adalah oran g nombor satu negara kalau negara diserang dan diisytiharkan darurat selepas diperangi musuh.
Demikian beratnya tugasan dan amanah ini. Adakah Ahmad Zahid menyedarinya? - azm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan