Selasa, 14 April 2009

Ini Barulah Proaktif

Posted on Monday, April 13 @ 11:11:39 MYT by Paktam
Oleh Zolkharnain Abidin

Tak sia-sia Najib meletakkan Zahid untuk jaga kementerian yang sebelum ini dijaga oleh Abdullah. Sebelum itu kementerian itu pernah dijaga oleh Najib. Semasa Najib jaga Kementerian itulah dia terpalit isu komisen kapal selam, helikopter dan Altantuya.

Mengapa tak sia-sia? Ya, Zahid proaktif. Dia nak wujudkan 222 platun Tentera Wataniah di seluruh negara. Satu platun 300 anggota. Maknanya, negara akan memiliki sekurang-kurangnya 600,000 askar wataniah menjelang 2014. Wah, memang banyak.


Idea ini dikira bagus. Dimana proaktifnya? Ya, Zahid mungkin mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Thailand apabila tentera merah melakukan cubaan menggulingkan Abishit Vejjajiva. Mesyuarat ASEAN tertangguh angkara mereka.

Maksudnya, kalau berlaku di negara ini sama seperti apa yang berlaku di Thailand, askar wataniah boleh dikerah untuk mempertahankan negara (baca pemimpin BN). Maklumlah, di Malaysia setakat ini telah ada tiga ‘tentera’ rakyat. Pertama, tentera kuning, Bersih. Kedua tentera merah, Hindraf dan ketiga tentera putih, PPSMI.

Ketiga-tiga tentera itu setakat ini belum pernah bersatu. Mereka ke medan secara berasingan. Bayangkan kalau mereka bersatu, kuning, merah dan putih. Wah, hebat tu.

Justeru sebagai menteri yang jaga tentera Zahid perlu buat sesuatu untuk memastikan tentera kuning, merah dan putih di negara ini mampu dikekang kemaraan mereka. Caranya ialah, banyakkan platun askar wataniah.

Tapi belum tentu askar wataniah yang bakal dilatih oleh kementerian Zahid akan mempertahankan pemimpin kerajaan BN. Kerana yang akan masuk askar wataniah bukan semuanya peminat Zahid dan Najib. Ramai juga peminat Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz, Harun Din dan Mohamad Sabu.

Kalau yang menyertai askar wataniah adalah peminat tokoh-tokoh Pakatan Rakyat, putih mata Zahid dibuatnya. Maknanya, sekiranya yang menyertai askar wataniah adalah‘tentera’ rakyat, maka Zahid sebenarnya melatih ‘tentera’ rakyat ini untuk menjatuhkan pemimpin BN. Bagus juga tu!

Sebab itu disarankan supaya ‘tentera’ rakyat ini menyertai wataniah supaya mereka benar-benar terlatih sebagai tentera. Bukan untuk merusuh tetapi untuk memimpin kebangkitan rakyat menurunkan BN dengan lebih berdisiplin dan tersusun.

Itu satu hal. Tapi saya rasa ramai orang sedang menghidu sesuatu. Apa baunya? Ya, haruman kepingan not-not RM. Bukankah kementerian pertahanan dikira lubuk RM. Lubuk itulah yang membusukkan nama Najib.

Harap-harap Zahid tidak terpalit isu komisen seperti Najib. Najib terpalit isu komisen kapal selam. Zahid pula diharap tidak terpalit isu komisen platun askar wataniah.

Saya ulang, harap-harap tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan