Calun BN PRK Bukit Selambau Datuk S.Ganeson tergolek dan kalah dalam PRK Bukit Selambau dengan hanya mendapat undi sebanyak 10,229 dan calun PKR Manikumar mendapat 12,632 dengan majoriri sebanyak 2,403.
Kekalahan inilah yang di nanti-nantikan oleh UMNO Bahagian Merbok untuk menguatkan lagi hujah mereka supaya calun hendaklah dari UMNO Bahagian Merbok. Tekanan-tekanan dan lobi kuat yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok sebelum pemilihan ini kepada pucuk pimpinan atasan ternyata benar. Inilah hujah untuk kepentingan mereka sahaja.
Kalau umum mengikuti perjalanan PRK Bukit Selambau ini ternyata semua daerah mengundi yang BN kalah adalah di kawasan-kawasan pekan dan taman di mana kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di sini hanya pandai bermain wayang dan hanya mementingkan wang tetapi tidak menjalankan kerja-kerja secara ikhlas dan jujur. Mereka hanya bersemangat dengan penyokong luar dari kawasan yang datang membantu mereka.
BN hanya menguasai daerah-daerah mengundi di kampung-kampung dan gagal memenangi hati rakyat di hampir kesemua daerah-daerah mengundi di taman-taman. Komposisi pengundi yang terdiri dari ”middle and upper class voters” dan pengundi-pengundi muda professional seperti Tasek Apong, Jalan Badlishah, Laguna Merbok, Ambangan Height, Taman RiaUtara, Taman Bandar Baru,Sungai Lalang, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan dan Taman Peruda kesemuanya BN kalah.
Jika dilakukan bedah siasat dengan ikhlas dan jujur hakikat yang sebenarnya ialah kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di taman-taman ini bermasaalah dan berpecah-belah sesama sendiri akibat dari pemilihan UMNO yang lepas. Mereka tidak berkaliber untuk memimpin ahli-ahli mereka yang lebih muda, professional dan berkelayakan yang lebih bijak dari mereka. Ahli-ahli yang tulin dan ikhlas untuk perjuangan telah diketepikan dan langsung membawa diri kerana terlalu banyak politiking.
Dalam ertikata yang mudah mereka boleh dijual beli semasa pemilihan bahagian yang lepas. Kepentingan sendiri mengatasi kepentingan ahli. Tidak berlaku interaksi sesama ahli dan langsung tidak ada aktiviti kemasyarakatan di sini, jika adapun hanyalah aktiviti-aktiviti syiok sendiri untuk kepentingan ketua bahagian semasa musim pertandingan.
Kesimpulanya memang tepat apa yang diucapkan oleh negarawan ulung Ybhg Tun Dr Mahathir dan PM YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa jangan diletakan parti menguasai Kerajaan tetapi yang utama ialah rakyat harus menguasai kerajaan.
Jika Najib hanya melayan UMNO maka akan berulanglah kejatuhan BN dan UMNO dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti.
----------
http://mummyrokiah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan