Rabu, 1 April 2009

Jom Boikot Akhbar BN


Seruan yang dianjurkan oleh TG Nik Aziz mesti segera dilaksanakan oleh pejuang-pejuang ISLAM dan KEADILAN sekalian. Mana tidaknya, BN dengan pelbagai alasan bodoh menggantung 2 akhbar milik PR selama 3 bulan dengan begitu mudah sekali. Oleh itu, kita selaku individu yang setia kepada perjuangan ISLAM untuk menuntut dan menegakkan kebenaran wajar mengambil tindakan balas dengan memulaukan pula akhbar milik mereka (BN).



Sebenarnya, dengan tidak membaca akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan NST kita takkan menjadi bodoh dan tidak berinformasi. Banyak lagi akhbar lain yang lebih baik dan bermaklumat. Sejak merdeka akhbar- akhbar milik kroni UMNO dan BN ni telah banyak menyesatkan kita, khususnya orang ISLAM.

Kalau kita perhatikan di laman belakang akhbar ini, pasti kita akan dapat melihat keputusan nombor ekor, sport toto, magnum dan sebagainya. Bukankah semua ni JUDI! Adakah JUDI ni halal? Ya, HALAL bagi yang berlesen! HARAM kalau tak dapat lesen..

Macam mana lah UMNO kata dia nak kat ISLAM? Memang jenis muka tak malu! Tak takut kepada balasan Allah.

Akhbar2 ini juga menjadi medium untuk artis- artis dalam dan luar negara mempromosikan album, filem, perkembangan hiburan dan sebagainya. Kadangkala, apa yang dipaparkan tidak sesuai langsung dengan budaya 'Orang Timur', apatah lagi dengan hukum Islam. Tapi, mereka akan kata, kita jangan mudah terpengarauh dengan benda- benda yang tak baik. Ambil yang baik-baik sudahlah. Inilah jenis perangai orang BODOH yang nak memperBODOHKAN kita.

Akhbar-akhbar ini juga dengan bebasnya, menyiarkan berita2 palsu tentang ahli2 politik PR. Sudah banyak kes saman yang berjaya dimenangi oleh pemimpin pembangkang akibat laporan fitnah dan palsu oleh mereka. Tetapi masih juga tak serik. Memang diorang ni jenis bangsa babil dan dungu. Tak mahu ambil pengajaran atas apa yang berlaku.

Aku sendiri dah lama tak beli akhbar2 ni yang sangat meloyakan dan menjijikkan. Sebabnya, aku dah ada BROADBAND ni. Layanlah aku nak beli, menghabiskan duit aku je. Banyak rugilah kalau habiskan antara RM1.50 hingga RM 3.00 sehari semata-mata untuk Akhbar2 ini. Lebih baik aku simpan dan sumbangkan kepada petugas2 PR pada Pilihanraya kecil nanti.

Akhirnya, marilah kita semua bersama2 memboikot akhbar2 milik UMNO dan BN dengan bersungguh sungguh dan konsisten.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan