Isnin, 6 April 2009

Melayu Bijak memilih Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah. Rakan-rakan aku berjaya menyiapkan siasatan lengkap pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Aku bentangkan sebahagian rumusan hasil siasatan itu sebagai bahan fikir untuk kita merancang dan melaksanakan tugas mendekati pengundi. Kalau sempat, manfaatkan untuk kemenangan Bukit Gantang. Seterusnya boleh juga dikaji untuk rancangan gerak kerja kita di seluruh negara, khususnya kawasan pengundi Melayu.


Jumlah pengundi = 1000 , pecahan bangsa:

* 997 Melayu
* 002 Cina
* 001 India


PRU12 (Mac 2008) = BN menang , butiran keputusan:

* 494 undi BN
* 266 undi PAS
* 003 undi Bebas
* 228 majoriti
* 783 keluar mengundi
* 763 undi dikira


Keahlian parti (pengundi berdaftar yang hadir mengundi):

* 103 Ahli PAS
* 342 Ahli UMNO


Pengundi berdaftar yang ada kaitan dengan ahli PAS/UMNO tetapi tak daftar ahli parti:

* 052 Isteri/anak/menantu ahli PAS
* 088 Isteri/anak/menantu ahli UMNO


UMNO-BN menang di peti undi ini. 494 undi BN berbanding 266 undi PAS. 65% undi milik BN berbanding 35% PAS. 3 undi calon bebas tu tak payah kira laa. Mengikut hukum pilihanraya BN dikira menang besar kat sini.

Undi UMNO:

* 342 ahli UMNO
* 088 isteri/anak/menantu kepada ahli UMNO
* Jumlah : 430


Siasatan mendapati semua 430 pengundi dari keluarga UMNO ini memang mengundi calon BN. Oleh kerana jumlah undi BN ialah 494, maknanya UMNO dapat tambahan 64 undi daripada pengundi atas pagar atau penyokong senyap yang bukan ahli mana-mana parti.

Undi PAS:

* 103 Ahli PAS
* 052 isteri/anak/menantu kepada ahli PAS
* Jumlah : 155


Oleh kerana jumlah undi PAS ialah 266, bermakna PAS dapat tambahan 111 undi daripada pengundi atas pagar atau penyokong senyap yang bukan ahli mana-mana parti.


64 pengundi atas pagar sokong BN. 111 menyokong PAS. Jumlah pengundi atas pagar ialah 175 atau 23% daripada jumlah undi yang dikira.

* 430 pengundi BN dari 108 keluarga
* 155 pengundi PAS dari 41 keluarga
* 175 pengundi atas pagar dari 44 keluarga
* Jumlah = 324 keluarga.


Keluarga UMNO:

* 02 ketua keluarga (02%) - ijazah dalam negara
* 11 ketua keluarga (10%) - STPM/Diploma
* 08 ketua keluarga (07%) - SPM
* 19 ketua keluarga (18%) - SRP/LCE
* 62 ketua keluarga (57%) - sekolah rendah dan sekolah atap
* 06 ketua keluarga (06%) - tidak pernah bersekolah


Keluarga PAS:

* 16 ketua keluarga (40%) - ijazah dalam dan luar negara
* 13 ketua keluarga (31%) - STPM/Diploma
* 09 ketua keluarga (22%) - SPM
* 02 ketua keluarga (05%) - SRP/LCE
* 01 ketua keluarga (02%) - sekolah atap.


Keluarga atas pagar:

* 05 ketua keluarga (11%) - ijazah
* 15 ketua keluarga (34%) - STPM/Diploma
* 17 ketua keluarga (39%) - SPM
* 07 ketua keluarga (16%) - SRP/LCE


Masyaallah! Petunjuk yang jelas!

* 81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun.
* Hanya 19% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM ke atas.
* Hanya 2% ketua keluarga pengundi UMNO mendapat pendidikan di universiti.


* 93% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM dan lebih tinggi.
* Hanya 7% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM.
* 40% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya mendapat pendidikan di universiti.


Kita mudahkan lagi:

* Universiti : UMNO 2% - PAS 40%
* STPM/Diploma : UMNO 10% - PAS 31%
* SPM : UMNO 7% - PAS 22%
* SRP/LCE : UMNO 18% - PAS 5%
* Sekolah rendah / sekolah atap : UMNO 57% - PAS 2%
* Tak pernah bersekolah : UMNO 6% - PAS tiada


Kesimpulannya, kita berhadapan dengan masalah kualiti daya intelek pengundi Melayu. Orang Melayu yang sukar memahami isu di persekitaran kita ialah golongan yang rendah tahap pendidikan. Majoriti Melayu berpendidikan sederhana dan tinggi telah pun menyertai pendirian politik Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pendekatan yang sesuai dengan rendah upaya fikir majoriti Melayu UMNO itu mesti dikaji. Di samping itu, PAS dan PKR perlu memangkin pembudayaan intelek dalam masyarakat kampung Melayu. Kalau pengundi Melayu rajin membaca dan berilmu, mereka pasti meninggalkan UMNO kecuali segelintir yang selesa mengambil kesempatan daripada kebodohan bangsa sendiri.

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/melayu-bijak-pr-melayu-b-umno_03.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan