Rabu, 15 April 2009

Najib : Rakyat Tidak Merestuimu

Telah selamat sudah dua PRK di Semenanjung dan satu di Batang Ai Sarawak. Keputusannya BN tewa s 2-1 menjadikan agregat 4-1 secara keseluruhan selepas PRU 12, namun dalam media tidak sudah-sudah diperbesarkan kisah Batang Ai yang jumlah pengundinya hanya sekitar 8000 orang (termasuk hantu) sambil mengecilkan referendum rakyat yang mewakili gambaran besar di Semenanjung terutamanya di kawasan Bandar yang menolak UmnoBN yang kini di bawah kendalian Najib Al-tantuya.

Saya secara tidak langsung telah terlibat di PRK Bukit Selambau sambil meneropong apa yang berlaku di Bukit Gantang dan Batang Ai. Jelas kini betapa masyarakat yang terbuka minda dan berpengetahuan menolak secara terang-terang akan rejim UmnoBN walaupun telah bertukar ketua yang kununnya dicanang media sebagai satu harapan baru kepada rakyat dengan slogan ‘One Malaysia’. Manakala yang masih bersifat tradisi, ‘tertutup’ mindanya sahaja yang terus berpaut pada UmnoBN.

Apa sekalipun yang diketengahkan media tentang Najib dan kepimpinannya nanti, ia bagai mencurah di daun keladi sahaja kesannya terhadap rakyat Malaysia. Pembaca sendiri faham kenapa kan? Betul….., imej dan nama Altantuya tidak boleh dipadamkan daripada Najib, malah kisah kezaliman yang menimpa wanita Mongolia itu akan menghantui Najib sebagaimana Tun Dr Mahathir dilumuri badi darah lebih 16 orang Melayu beragama Islam di Memali dua puluh tahun lalu. Ia menjadi sumpahan abadi.

Mereka boleh sahaja mencanangkan dan menyolek imej Najib ke pasaran media dalam negara kita, namun dua PRK terbaru di Semenanjung telah menghantar isyarat jelas betapa Najib bukanlah satu nama komersil yang boleh membawa UmnoBN sekali gus negara kita ke hadapan. Majoriti rakyat memandang sepi resepi sosial yang cuba dilagang dan dijual dalam media. Ini bertitik tolak dari kisah-kisah lama menganiaya bekas isterinya, drama kejam Altantuya sehinggalah kepada kudeta yang berlaku di negara Perak Pasir Dua Butir.

Memang indah dan tawadhuk bunyi slogan yang dibawa ke tengah khalayak seperti ‘mohon restu rakyat’ serta ‘One Malaysia’ itu. Akan tetapi seperti yang berlaku kepada ikan pancingan di kolam, apabila terlepas sahaja ikan yang dipancing ekoran rabit mulutnya, habislah menyepi ikan-ikan lain dari menghampiri umpan itu. Inilah yang berlaku terhadap kepimpinan UmnoBN. Tempoh lebih lima puluh tahun lalu terutamanya dua puluh lima tahun terakhir ini telah mendedahkan tembelang apa dan siapakah kepimpinan UmnoBN di kaca mata rakyat.

Waima mereka mengheret Negarawan Tun Dr Mahathir, kesannya ibarat menepuk dulang najis sahaja. Siapakah agaknya yang mencadangkan untuk mempergunakan Tun sebagai umpan sehingga terlupa bahawa Tun inilah yang menyebabkan bermulanya era menolak UmnoBN- No To BN!! Apakah perancang dan pemikir dalam Umno terlupa bagaimana tekanan yang menimpanya telah menyebabkan Tun tersasul untuk mengundurkan diri sambil menyerah baton kepimpinan kepada ‘Mr Clean’ Tun Abdullah Badawi. Untuk seketika UmnoBN menang besar dalam PRU tahun 2004. Namun akhirnya rakyat sedar semula betapa selama ini mereka menjadi seperti ikan pancingan di kolam sahaja. Kenyangnya tidak pun seberapa, akhirnya badan ditimpa celaka dan melapetaka.

PRU-12 tahun lalu, sekali lagi UmnoBN dihukum sehingga hilang enam buah negeri. Memang ampuh dan berkesan sekali strategi serta kempen yang dijalankan sehingga jatuh dan tertungging beberapa Menteri Pusat, Ketua Menteri dan Menteri Besar. Nama baru Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Alternatif yang dilihat lebih tinggi nilai bahasa serta berbisa untuk merenggut turun rejim UmnoBN dan memperkasakan suara rakyat.

Kepimpinan baru negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat telah sedaya mungkin mengikut kemampuan kewangan masing-masing telah merawat, memperbaiki serta membanteras penyelewengan yang diwarisi dari kerajaan yang diterajui Melayu Umno. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Selangor dengan Toyol Khirnya, Kedah dengan Mahadzir Khalidnya dan Tajol Rosli di Perak. Memang banyak kebaikan dan perubahan yang dibuat walau menghadapi rintangan dari kerajaan Pusat terutamanya Kedah dan Kelantan. Manakala Selangor dan Perak serta Pulau Pinang agak selesa.

Dari pemerhatian dan maklumat yang diterima, kesilapan besar yang dilakukan kepimpinan Pakatan Rakyat ialah tidak mewar-warkan secara meluas kebaikan yang dibuat. Ini bukan soal ikhlas atau mahu dilihat tawaddhuk. Di zaman IT ini, kerajaan Pakatan Rakyat mesti menyampaikan kepada rakyat apa yang telah dibuat dan apa perancangan seterusnya. Dalam pada itu jangan terlalu berhemah dengan kepimpinan kerajaan UmnoBN yang lalu sehingga menjadikan kita lemah. Hendaklah diserang secara politik akan mereka ini tentang penyelewengan lalu. Kesilapan ini telah menjatuhkan kerajaan Perak dengan hampir sahaja menumbangkan kerajaan Kedah. Kita bersyukur melihat Selangor telah pun memulakan langkah ini sehingga menutup mulut celupar Dr gigi yang berjiwa toyol itu. Kita masih menanti tindakan serupa daripada kepimpinan PR di Kedah.

Pada tahap bawah ahli parti lawan janganlah diusik atau dianiaya kerana mereka juga sama seperti kita, ditipu bontang oleh pemimpin atasan mereka. Kita bela dan sejahterakan mereka seadanya melalui bantuan atau projek- tertentu yang berdaya maju dan logik. Usah lah menggerakkan program gajah putih atau yang merapu-merapu seperti dibuat oleh mantan MB Kedah yang dolu-dolu seperti DS Sanusi Joned. Memang lah beliau ini kununnya hebat dan kaki membaca, akan tetapi beberapa projeknya seperti tanaman padi atas bumbung serta pertandingan lembu cantik memang tidak patut timbul daripada kepala botaknya itu.

Dengan kemenangan YB S. Manikumar di Bukit Selambau, kita amat mengharapkan ia menjadi seorang Wakil Rakyat yang sebenar-benarnya. Yakni wakil rakyat kepada semua kaum tanpa dibatasi perbezaan politik dan agama. Sekiranya ada kekurangan pada perkhidmatan V. Arumugam dahulu yang dikatakan sebagai penyebab jatuhnya undi di kawasan Melayu, maka YB yang baru dan muda ini haruslah memperbaiki serta menutup kesilapan yang mungkin Arumugam lakukan dahulu. Berhemoilah, berhemah serta jangan angkuh dengan para penduduk di kawasannya. Jentera Bahagian parti dan aktivis komponen Pakatan Rakyat tentunya sedia membantu di mana perlu.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Dua Bukit ini memang amat bermakna dan menggerunkan kepimpinan UmnoBn. Ia bagai isyarat jelas yang menghantui Putrajaya. Walaupun dari awal-awal lagi rejim Najib sudah memainkan cerita yang keputusan yang bakal terhasil bukanlah satu referendum rakyat, secara bawah sedar mereka sebenarnya sudah pun tahu yang mereka berada di pehak yang kalah. Lantaran itu kita lihat mereka menggunakan pendekatan psikologi ‘underdog’ dengan slogan ‘mohon restu rakyat’ dan ‘One Malaysia’. Namun ianya telah kecundang di malam pertama kempen apabila khabarnya YB Saifudin Nasution mematahkan dengan hujah betapa rakusnya kepimpinan UmnoBN sehingga melakukan kudita di negeri Perak. Dalam keadaan angkuh sebegitu, mereka tidak pun memohon restu keizinan dari rakyat, malah Najib sendiri adalah dalang di belakangnya.

Sepanjang kempen ini, memang pincang dan tempang sekali pendekatan UmnoBN. Apa jua yang disogok oleh mereka melalui semua pendekatan media massa, sebenarnya sudah pun dijangka awal-awal lagi. Tidak ada benda yang dikatakan bahan kejutan atau factor x yang boleh menggugat kempen Pakatan Rakyat sedangkan apa yang dibawa Pakatan Rakyat tidak pun mampu ditandingi jentera UmnoBN. Setakat nak tunjuk orang keluar parti hatta mengheret Tun Dr Mahathir pun sudah tidak memberi bekas. Malahan undi yang dikaut Pakatan Rakyat telah meningkat. Pendokong BN terutamanya Umnoist telah menjadi bahan ketawa dan sindiran apabila calon yang bertanding dari parti MIC, akan tetapi bendera keris telanjang pula yang dipasang sana-sini. Tak tahu la pula saya jika S. Ganesan itu bermaksud Syed Ganesan? Atau Pak Tuan kata orang Kedah.

Secara tidak langsung pehak PDRM juga turut menyumbang kepada kejatuhan dan kebencian orang ramai terhadap kerajaan Pusat yang dikawal UmnoBN. Mana tidaknya, gangguan serta sikap semberono yang dilakukan oleh Ketua Polis Negeri serta anggota LSF/ FRU mengundang kebencian yang amat sangat. Dalam beberapa kejadian, jelas kekecohan adalah angkara provokasi dari pehak BN oleh balaci kaldai MIC; sebaliknya kempen Pakatan Rakyat pula yang menerima padahnya. Ceramah terpaksa dipendekkan dan dibatal. Walhalnya, pehak PDRM wajib berkecuali dan tugasnya menjaga keselamatan sahaja. Bukannya menjadi pecacai atau barua kepada Umno!

Perangai gampang dan liar oleh anggota polis serta kaldai MIC telah menimbulkan kemarahan pengundi. Ini ditunjukkan oleh kemenangan besar di kawasan sekitar Taman Ria. Depan mata saya sendiri, terpampang keangkuhan dan gelojoh pehak polis dalam cubaan memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Ada seorang apek tua yang merungut dan menggumam melihatkan sikap polis anjing.

Lantaran itu, saya mengucapkan sekalung tahniah serta ungkapan terimakasih di atas ‘kempen psikologi’ yang disumbangkan pehak PDRM yang jelas membantu rakyat mengenali secara dekat bagaimana yang dikatakan polis menjadi anjing suruhan kerajaan pusat yang dikuasai UmnoBN. Betul….ikhlas ni! Tentu ramai kawan-kawan yang terlibat dalam PRK ini bersetuju. Katanya, sikap anjing suruhan ini juga dilakukan di Bukit Gantang!

Ekoran dari kekalahan yang memalukan ini, khabarnya pehak penguasa Umno mahu dijalankan bedah siasat yang akan diberikan tugasannya kepada pehak bebas. Najib kini bergelut untuk menaikkan imej BN serta kepimpinan barunya. Kekalahan di dua Bukit ini memang menakutkan kepimpinan UmnoBN. Jika melihat sejarah lampau, PRK ini jarang sekali dimenangi pehak pembangkang apatah lagi di bawah PM baru. Namun trenda yang dibawa oleh PRK LUNAS dahulu telah menyemarak dan merebak.

Kini terbentuk sudah kabinet Najib yang diwarwarkan sebagai Kabinet Rakyat. Hai…. Dah tak ada modal lagi dah!! Yang nu rakyat, yang ni rakyat. Pendek kata, kiblat kepimpinan Najib semuanya berpaksi dan berkutub kepada rakyat. ‘Mohon Restu Rakyat’, Kabinet Rakyat, One Malaysia dan pelbagai slogan serta halwa telinga lain akan diasak dalam media arus perdana. Khabarnya semua klinik kerajaan yang mempunyai kemudahan televisyen telah dipaksa menandatangani akujanji untuk hanya menyiarkan rancangan TV1 sahaja. Anda faham tujuannya kan?

Di sini lah terserlah bukti kelemahan dan kegagalan perancangan Najib Al-tantuya. Apa tidaknya, jika Najib mahu mengulangi pencapaian gemilang seperti Tun Abdullah Badawi pada tahun 2004, beliau tidak sepatutnya rakus dan gelojoh seperti teruna di malam pertama! Siapakah agaknya bahlol yang mempengaruhi Najib melancarkan gerakan kudita menjatuhkan kerajaan PR Perak? Siapakah lelaki serakah yang menjadi perancang master pelan yang lemah seperti FAM itu? Mungkinkah ia adalah surat khabar lama yang dipanggil Tun Kepala Taik Dr Mahathir?

Sepatutnya jika tema kepimpinan Najib ialah dengan memainkan sentiment ‘underdog’ sebegitu, ia tidak perlu melancarkan kudita di Perak. Cukup dengan melaksanakan program yang memang pro rakyat secara ikhlas. Najib mesti menunjukkan sikap seorang negarawan yang merai perbezaan dan demokrasi. Namun sebaliknya telah terjadi. Setelah heboh dan pelbagai modal format standard dimainkan yang menidakkan rakyat dengan mempamirkan sikap kuku besi, tetiba Najib tampil dengan imej baru yang sungguh lucu dan mengelirukan.

Ringkasnya, jika kepimpinan Najib mengambil pendekatan berpaksikan rakyat dalam slogan sebagai modal utama untuk memohon mandat dan restu rakyat, makanya jelas yang ianya sudah ditolak mentah-mentah. Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada UmnoBN yang mengamalkan politik perkauman yang keterlaluan. Masyarakat yang celik maklumat sudah bersiap sedia menghadapi PRU 13 untuk memberi libasan maut kepada UmnoBN. Sejarah 2004 tidak akan berulang lagi.

Takkan lah mahu dipatuk ular yang sama berkali-kali?
Perkasakan Pakatan Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan