Selasa, 7 April 2009
Nizar sah menang kerusi Bukit Gantang
TAIPING: Calon Pas, Datuk Seri Ir Moha Nizar Jamaluddin memperolhi 21, 860 undi dengan majoriti 2,789 undi.
Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 9:45 malam.
Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong Pas yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api di kawasan tersebut.
Dalam ucapan penerimaan Nizar berkata ini kemenangan kepada rakyat Perak dan Malaysia secara keseluruhan.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan hari ini.
Katanya ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.
_ Mstar
* Seperti dijangka BN menerima aib di Perak. Rakyat Perak mahukan Nizar sebagai Menteri Besar mereka. Sultan perlu bubar DUN serta merta jika ingin lihat Perak stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan