Oleh Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
(Analisis Harakah)
Sah! rakyat memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi dua kerusi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.
Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.
Sementara calon KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi.
Keputusan dua bukit yang sangat menggetirkan ini membawa satu lagio dimensi nbaru kepada politik tanahair tatkala kononnya Umno mahu melakukan 'reform' selepas metabalkan Dato'Seri Najib Tun Razak selaku Presiden baru mereka.
Walaupun pada awalnya ramai penganalisis politik menjangkakan Najib memberi suntikan baru kepada dunia politik Umno/Bn, malangnya keputusan dua bukit sama sekali menafikan perihal analisa awal itu.
PAS dan KeADILan menang dalam suasana Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya di awal kempen, ditamnbah lagi dengan larangan kempen membicarakan isu Altantuya Shaariibu dan kontroversi keputusan Sultan Perak.
Namun menarik untuk diperkatakan tentang satu teori yang dikemukakan oleh pensyarah UKM, Dr Kamaruzzaman Yusof dalam rancangan Analisis Awani sebentar tadi mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen bagi pihak Umno/BN.
Mudah sahaja, kata Kamaruzzaman kehadiran Tun Mahathirdi Bukit Gantang membawa impak negatif kepada Umno/BN yang pada awalnya memperlihatkan peluang cerah untuk menang.
Situasi sangat berbeza pada pilihan raya umum Mac lalu apabila kehadiuran kritikan dari Tun Mahathir amat memberi kesan kepada pola pengundian.
Namun di Bukit Gantang, kehadiran semula Tun Mahathir nyata tidak membantu Umno/Bn meraih sokongan mengembalikan status Bukit Gantang sebagai kubu kuat BN satu masa lalu.
Tun Mahathir sangat diketahui perihal politiknya mutakhir ini masuk semula ke dalam Umno apabila Najib menjadi Presiden dan Abdullah Ahmad Badawiu berundur dari PM.
Mahathir adalan antara individu paling lantang mengecam kepimpinan Abdullah dengan pelbagai istilah diberikan kepada bekas PM itu antaranya 'penidur'; 'kerajaan tiga beranak'; dan kerajaan yang ada 'penasihat tingkat empat'.
Usaha menjatuhkan Abdullah antaranya didukung kuat Mahathir yang hari ini nyata menampakkan sokongan padu kepada Najib sebaik sahaja anak didiknya itu jadi Presiden Umno dan PM.
Licik sungguh permainan Mahathir dan Najib, hingga Abdullah yang mempunyai penasihat bijak di 'tingkat empat' Putrajaya pun tidak terhidu akan sudahnya begini.
Abdullah jatuh dalam keadaan yang paling menyedihkan, diherdik kawan (Umno) dan dicaci lawan selain pada zamannya juga berlaku krisis ekonomi yang amat dahsyat.
Najib mengambil alih dengan 'senyuman' sinis yang pastinya ada 'udang sebalik batu' dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan semula larangan terbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.
Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pelantikan Najib selaku PM hanyalah lantikan atas dasar kemelut yang berlaku dalam Umno.
Sebaliknya dihati rakyat Najib bukanlah pilihan yang ditunggu kerana imej negatif membayangi pelantikan PM keenam itu yang bakal mentadbir dengan nasihat 'first lady' (Datin Seri Rosmah Mansor) yang mencetus kontroversi.
Najib menjadi PM selepas Umno/BN berhadapan dengan kemelut kecemasan setelah kalah besar dalam pilihan raya umum ke-12; pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.
Justeru kelihatan Najib amat khuatir BN di bawah kepimpinannya sukar mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan �One Malaysia�nya.
Langkah popular Najib hanya dilihat sebagai langkah terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.
Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak.
Najib bukan orang baru didalam politik, beliau telah berada dalam kepimpinan Umno/BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu.
Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika Umno/BN, akta zalim ISA sebenarnya tetap akan terus menjadi snjata utama jika beliau terdesak nanti.
Pembebasan Harakah dan Suara Keadilan ketika kempen pilihan raya kecil masuk fasa akhir hanya helah besar Najib, sedangkan pada awalnya sekatan adalah untuk menafikan hak kempen dua akhbar ini.
Nah hari ini segala strategi memulihkan imej Najib melalui tiga pilihan raya kecil nyata tidak mendatangkan kesan, dan dariu awal lagi ada benarnya penafian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK ini bukan referendum rakyat menolak Najib.
Pastinya Muhyiddin dapat merasakan rakyat akan menolak BN di dua bukit, dan akhirnya terpaksa membujat kenyataan bahawa keputusan PRK bukan referendum rakyat.
Jalan politik Najib pastinya berliku, kekalahan di dua kerusi disemenanjung bakal menjadi buah tangan Pakatan Rakyat untuk lebih kerap menyerang Najib atas kegagalan pertama pilihan raya ketika Umno di bawah jagaannya.
Biarpun ramai yang memilih untuk tidak menyatakan ia referendum rakyat tetapi peristiwa dua bukit pada 7 April 2009 pastinya titik gelap permulaan karier Najib selaku Presiden Umno.
Jika benar Najib berani dalam menghadapi kegetiran politik, pastinya cabaran yang dibuat Mahfuz agar adakan pilihan raya kecil negeri Perak jika Nizar menang prk Bukit Gantang, pastinya disahut kelak.
Namun apakah hayat politik Najib lebih singkat berbanding Abdullah, masa akan menentukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan