Isnin, 27 April 2009

Siapa Lagi Mahu Jambatan Bengkok?

Setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, kini timbullah semula gesaan supaya jambatan bengkokyang dibatalkan cadangan pembinaannya pada tahun 2006 yang lalu dibina semula.
Mengulas Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, jambatan bengkok menghubungkan Malaysia-Singapura wajar diteruskan. Tambak Johor yang ada sekarang ini asalnya dibina pada tahun 1924 dan pernah terputus semasa perang dunia kedua yang lalu. Siapa yang pernah melalui tambak Johor ini pastinya akan berpandangan yang sama projek jambatan bengkok ini wajar diteruskan.


Titah Tuanku Sultan Johor semasa merasmikan Sidang Dun 2006 yang lalu berbunyi begini : Tu causeway tu(Tambak Johor) bukakan(robohkan), baru negeri johor ini maju.
Bagaikan bersahut Tun Dr Mahathir juga menyuarakan perkara yang serupa cadangan projek pembinaan jambatan bengkok wajar diteruskan.
Umum pastinya maklum dengan situasi semasa tahun 2006 yang lalu, cantas mencantas berlaku diantara Tun Abdullah dengan Tun Mahathir tentang siapa yang mendapat manfaat besar dalam projek mega ini. Tun Abdullah waktu itu mengambil tindakan membatalkan projek tersebut setelah melihatkan Tun Mahathir dan kroninya mendapat manfaat besar dalam projek ini sehinggakan kerajaan tiga beranak waktu itu dengan nasihat budak-budak tingkat 4 membatalkan projek tersebut dengan beralasan kerajaan tidak ada wang.

Gambar lama - Jambatan Tambak Johor

Maka timbullah selepas itu projek-projek koridor wilayah yang dijangkakan kini akan menjadi sejarah yang tidak kemana melainkan Wilayah Iskandar yang dua kali bertukar nama dari Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER) kemudiannya menjadi Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan yang yang terakhir Wilayah Iskandar yang baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Johor dengan pusat pentadbiran baru negeri Johor yang dipindahkan ke Nusa Jaya pada 16 April 2009.
Tun Dr Mahathir ketika mengulas gesaan UMNO Johor Bahru berkata, kerajaan sepatutnya tidak menghentikan langsung pembinaan jambatan itu. Bohong, kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina,รข€ katanya.
Kini rakyat dan dunia termasuk Singapura akan menyaksikan silap mata, adakah projek pembinaan jambatan bengkok ini akan diteruskan atau tidak. Dengan terlantiknya Dato Seri Najib Tun Razak sabagai Perdana Menteri Malaysia yang baru pastinya nasihat Rosmah akan diambil kira dan mungkin mangambil kira juga pandangan Tun Mahathir yang sudah tua takut-takut tak sempat tengok projek jambatan bengkok.
Nasihat rakyat, teruskanlah pembinaan jambatan bengkok dan tolonglah berlaku adil kepada semua, janganlah projek ini menjadi lubuk mengkayakan kroni dan kerajaan suami isteri, takut-takut keputusan ini dibincangkan dalam kelambu sahaja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan