Kini sudah terang dan jelas UMNO merestui amalam rasuah dalam kalangan ahli-ahlinya. Pengesahan mengenai perkara itu telah dimaktubkan dalam perhimpunan agung baru-baru ini. Tiada mana-mana pemimpin yang memenangi jawatan masing-masing mengkritik atau bersungut tentang perbuatan terkutuk itu.
Bagitu juga halnya dengan parti-parti komponen BN yang lain. Semuanya membisu seribu bahasa. Itulah penanda jelas tentang sifat tidak bersih dalam kalangan pemimpin UMNO khususnya dan pemimpin BN amnya atau sekurang-kurangnya terpalit kerana merelakan diri bersekongkol dengan barisan perasuah. Kata orang tua-tua, "seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit".
Zahid Hamidi memang tidak suka UMNO dihentak ke dinding. Dengan kes ini dia terpaksa terima hakikat bahawa barah rasuah yang sedang menular pada waktu ini telah dengan sendirinya menghentak UMNO ke dinding dengan kuat sehingga tidak bermaya. Tiada jalan keluar lagi kepada parti keparat itu. Rakyat terbanyak sedikit pun tidak bersimpati dengan nasib malang yang menimpa batang tubuh UMNO itu. Mereka tidak mungkin menyokong UMNO jika begini keadaannya.
Wang menjadi wadah perjuangan UMNO/BN. Tanpa wang, UMNO tidak akan ke mana-mana. Begitu kuatnya cengkaman wang terhadap kepimpinan dapat dilihat melalui tindakan Najib bercadang menyediakan RM 200 bilion untuk belanjawan 2010 walaupun belum disahkan sebagai PM. Hanya duit yang berlegar di benaknya. Ini adalah satu fahaman yang berbahaya. Wang bukan segala-galanya dalam kehidupan manusia.
Apabila manusia dikuasai materialisme, fokus utama akan diberikan kepada mengumpul harta kekayaan. Inilah punca yang menyebabkan pemimpin terdorong untuk mengamalkan rasuah. Kesannya ialah kepentingan diri mengatasi pembelaan terhadap rakyat.
Perasuah yang tegar tidak mungkin bekerja untuk membanteras kemiskinan tegar. Sebab itulah golongan miskin tegar besar jumlahnya di Sabah, Terengganu, dan Perak. Itu jugalah sebabnya DEB gagal mencapai matlamatnya dan jumlah terbesar rakyat yang berpendapatan di bawah RM1,000.00 terdiri daripada orang Melayu.
Harus diingat bahawa kemiskinan tidak terhad kepada orang Melayu sahaja. Orang India lebih jauh tidak bernasib baik jika dibandingkan dengan orang Melayu. Dalam kalangan orang Cina pun masih wujud kemiskinan. Pendek kata, kemiskinan bukan sahaja milik Melayu dan Bumiputera malahan juga kaum-kaum lain di negara ini.
Golongan muda yang terpelajar dan peka tentang hal ini menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap UMNO/BN. Sama seperti pengundi dewasa, mereka juga tidak boleh terima pemimpin yang senang-lenang membiarkan rakyat jelata hidup "kais pagi kakan pagi, kais petang makan petang". Penganiayaan ini tidak boleh dibiarkan berlaku secara berterusan dalam tempoh yang lama. Ketidakadilan perlu dihentikan.
Pengundi-pengundi muda di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air! Andalah ejen perubahan yang sebenarnya. Hentikan penganiayaan UMNO/BN. Kekalkan kemenangan untuk rakyat. Sokonglah Pakatan Rakyat.
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan