Perdana Menteri Ke-6 Datuk Seri Najib hari ini telah membuat pengumuman yang mengejutkan bersempena dengan hari pertama beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.
1. Menarik balik penggantungan permit Akhbar Harakah dan Suara Keadilan berkuat kuasa serta merta.
2. Membebaskan 13 orang tahanan ISA berkuatkuasa serta merta
3. Bersedia mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Sesetengah pihak beranggapan bahawa apa yang diumumkan oleh Najib sekadar gimik untuk meraih kembali sokongan daripada rakyat dan komponen BN. Imej kerajaan BN yang tercalar teruk perlu dibersihkan segera sebelum rakyat membuat referendum di dalam 3 pilihanraya yang akan berlangsung pada 7 April ini.
Rakyat perlu dihakis daripada mempercayai bahawa BN menggunakan Jentera Kerajaan didalam Pilihanraya, sistem demokrasi didalam negara kita mengalami kepincangan yang teruk, Rasuah menjadi amalan lazim dalam UMNO dan BN, Penyelewengan oleh Kroni tidak salah dan tidak boleh didedahkan dan berbagai lagi kebobrokan yang melanda rakyat marhaen di negara kita.
Saya pasti ramai diantara kita yang tidak sempat melihat siaran langsung dikaca tv sebentar tadi, sudah tentu alasan boikot terpacak difikiran anda. Selepas ini kita bakal melihat begitu banyak transformasi yang akan dilakukan oleh Najib. Langkah pertama bermula dengan rombakan kabinet selepas PRK kali ini.
Terlintas di benak ini apakah mungkin langkah menggantung permit 2 akhbar tersebut merupakan taktik pertama untuk menjayakan gimik beliau pada malam ini. Mereka-reka alasan yang tidak munasabah untuk menggantung permit mereka dan kemudian berlagak bermurah hati setelah mendapat jawatan yang diidamkan pada hari ini. Barang kali inilah 'April Fool' versi Najib.
Najib, UMNO dan Barisan Nasional akhirnya akur dan menerima bahawa ISA ini zalim. maka dengan itu terpacullah daripada bibirnya yang merah itu untuk membebaskan tahanan dan mengkaji semula akta itu. PAS dan Pakatan Rakyat telah lama kehadapan dalam memperjuangkan isu kezaliman ISA. Persoalannya, kenapa baru sekarang Najib membebaskan tahanan ISA? Adakah Abdullah lebih zalim daripada Najib? Tidak lain tidak bukan untuk meraih semula sokongan rakyat yang semakin menghakis keatas Kerajaan BN.
Desas-desus yang mengatakan bahawa rakyat akan bangkit berdemonstrasi untuk memansuhkan ISA telah sampaikan ketelinga team Najib. Oleh itu tindakan tersebut dilihat dapat meredakan kemarahan rakyat diatas kezaliman kerajaan BN lantas Najib mengambil peluang tersebut pada malam ini juga. Rakyat akan terus memerhati dan akan bertindak bila sampai masanya.
Walau apa pun, Tahniah kepada Najib dan Takziah diucapkan kepada rakyat Malaysia kerana mendapat seorang PM yang dilingkari dengan kes pembunuhan gadis Mongolia & rasuah Kapal Selam Scorpene.
Sila Layari :
http://pemudabersamamu.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan