BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - PAS mengecam sikap pilih kasih Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) yang hanya memantau ceramah Pakatan Rakyat sempena pilihan Raya Kecil Bukit Gantang pada 7 April tetapi tidak berbuat demikian untuk ceramah yang dianjurkan oleh Umno.
Penyelaras Kempen Pilihan Raya, Misbahul Munir Masduki menyatakan rasa kesal kerana SPR sewajarnya memberikan layanan sama rata kepada semua pihak kerana sememangnya mereka badan bebas yang mesti bertindak dan dilihat bebas.
Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak menyifatkan kejadian yang berlaku di Pekan Trong baru-baru ini sebagai sangat memalukan dan menjatuhkan nama baik SPR yang semakin menipis di kalangan masyarakat.
Katanya, PAS memang bersetuju dengan masa yang dipersetujui bersama iaitu majlis ceramah hanya setakat jam 11 malam sahaja pada setiap malam, tetapi biarlah masa yang ditetapkan itu dipatuhi secara bersama.
Misbah menambah, paling dikesalkan bila mana SPR hanya mengarahkan majlis PAS dihentikan sedangkan mereka baharu sahaja meninggalkan majlis BN yang terletak berhadapan dengan markas PAS.
"Kenapa mereka hanya mengarahkan ceramah PAS dihentikan sebaliknya membiarkan sahaja majlis BN diteruskan sedangkan PAS menggunakan premis sendiri manakala BN menggunakan dewan orang ramai," tegas Misbah yang tidak berpuashati dengan layanan SPR itu.
Misbah juga menegaskan SPR sepatutnya mengarahkan BN menghentikan program ceramah mereka kerana menyalahgunakan dewan orang ramai untuk tujuan politik. - mks._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan