Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula kelihatan memasuki Istana Negara jam 11.30 pagi ini dipercayai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berhubung peralihan kuasa.
Beliau kelihatan menyusul kira-kira setengah jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mohon perkenan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri itu.
Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu di luar istana.
Pada riak wajah beliau menampakkan kegusaran yang tinggi, bukan kerana amanah yang bakal dipikul tetapi skandal yang menghujani semenjak beliau dikaitkan dengan pembunuhan kejam.
Fikirkan sebelum tiba hari esok!!!
http://puteraazhari.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan