" Datuk Seri Najib Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun. Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Najib mengikut jejak allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada jam 10.10 pagi.
Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.
Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Cuma penulis percaya, ada diantara ahli, perwakilan, majlis tinggi dan ahli parlimen Umno yang tidak sebulu dengan Najib. Mereka ini tidak perlu memberi kreadit kepada Najib selepas ini, demi melihat Negara dipimpin oleh mereka yang betul-betul bersih. Ayuh bersihkan pemimpin negara dari sebarang skandal. Lakukan undi tidak percaya kepada perdana menteri baru seperti mana yang berlaku kepada pemimpin dunia sebelum ini.
Untuk maklumat dan artikel terkini sila layari laman blog di;
http://puteraazhari.blogspot.com/
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan