Hishammuddin Hussein Keris yang licik membunuh Bahasa dan Orang Melayu telah berjaya gunakan isu YURAN SEKOLAH untuk dapat undi jadi Naib Presiden UMNO Baru. Hisham perintah semua sekolah HARAM kutip Yuran Sekolah 2009 sebelum pemilihan UMNO Baru. Setelah menang kini Hisham perintah supaya semua sekolah WAJIB kutip yuran Sekolah. Kerajaan Malaysia sudah hampir muflis akibat penyamun-penyamun seperti Najib, Khir Toyo dan KJ.
Itulah perangai buruk penyamun dan penjenayah kaki maksiat UMNO Baru. Rompak dan tipu rakyat dulu, kini dan selamanya.
Kementerian Pelajaran digesa menarik balik TERUS semua bayaran tambahan yang dikenakan kepada ibu bapa pelajar kerana ternyata membebankan dan mengelirukan biarpun yuran persekolahan asas anak-anak mereka yg bernilai hanya RM4.50 dimansuhkan sejak tahun lalu.
Yuran Tambahan sekolah yg bukan-bukan terlalu tinggi, menyusahkan rakyat. Ramai ibu-bapa sudah diberhentikan kerja akibat ekonomi gawat dan meleset.
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa pelajar yang merungut dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan malah sikap sesetengah sekolah yang mengenakan bayaran secara tidak sekata juga dipersoalkan.
"Kalau benar kerajaaan nak mansuh dan hapuskan yuran sekolah, mansuhkan betul-betul dan kecualikan sebarang bayaran tambahan atau 'hidden charges' yang penuh muslihat dan mengelirukan ibu bapa," katanya ketika menghubungi Harakah.
Dilaporkan walaupun yuran persekolahan berjumlah RM 4.50 - sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menengah dihapuskan namun kata Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata yuran tambahan tetap dikenakan di antara RM38.50 dan RM55.50.
Bayaran yuran tambahan itu, katanya merangkumi bayaran kokurikulum, sukan tahunan sekolah, kertas ujian dalaman, kegiatan pendidikan Islam dan moral serta Skim Perlindungan Diri.
"Walaupun bayaran ini bukan diwajibkan tetapi bagi saya setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, mustahil ada ibu bapa yang tidak mampu langsung untuk menjelaskannya," kata menteri berkenaan.
Mahfuz menyelar kenyataan bolak-balik Hishammuddin yang menyusahkan dan mengaburi ibu bapa dan seolah-olah secara tidak langsung memaksa mereka membayar yuran tambahan tersebut.
"Sekejap kata tidak wajib, lepas tu kata boleh bayar ansur. Apa ni? Jangan
cakap berbelit-belit dan susahkan ibu bapa khususnya yang berpendapatan rendah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan