Rabu, 15 April 2009

Zaid: Mahathir seperti Suharto dan Mugabe

Kempen Dr Mahathir pada 7 April yang lalu di pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sekadar melepaskan gian dan menunjuk-nunjuk sahaja.

Itu yang disifatkan oleh pemerhati politik. Kata mereka, tiada apa kelebihan Mahathir ketika itu malah telah menimbulkan kemarahan orang ramai.


Zaid Ibrahim memberitahu, rakyat sudah tidak mahukan Dr Mahathir. Zaid juga berpendapat UMNO terlalu lemah mendepani mantan Perdana Menteri itu.

Tambah Zaid, ketika berkempen di Sungai Petani, pendengar ceramah Dr Mahathir sangat ramai tetapi tidak memberikan apa-apa kesan malah menambahkan undi calon Pakatan Rakyat.

"Inilah masalah dengan orang seperti Mahathir. Dia perasan bahawa orang sukakannya. Adakalanya orang yang mengelilinginya memberitahu bahawa dia masih diperlukan. Sejarah yang sama berlaku kepada Suharto dan Mugabe" kata Zaid lagi.

Kata Zaid, bukan UMNO yang mahukan Mahathir tetapi tidak ada sesiapa yang berani menghalangnya. Mereka bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Pak Lah.

Hebat Mahathir ! Itu sebabnya Najib dikapitnya di bawah ketiaknya. Di hari pertama lagi, Mahathir dan seluruh keluarganya telah berhimpun di kediaman Najib.

Jika sikap ini berterusan tunggulah masanya Rosmah memberontak. Ada orang membisik, "tak tengokkah tv kelmarin. Semasa Najib tengah memotong kek, Rosmah cuma tunjukkan punggungnya kepada Shahrizat".

Difahamkan, Shahrizat dan Rosmah tidak semesra dulu. Malah, Shahrizat terkejut apabila dilantik semula sebagai menteri kerana dia sudah pasti Rosmah akan memainkan jarum untuk menyahkannya.

Bukan setakat itu sahaja, diatas nasihat Mahathir, Khairy Jamaludin telah dikeluarkan dari senarai kabinet Malaysia. Ini merupakan masalah dalaman UMNO yang pastinya akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

Najib bakal melakar sejarahnya sendiri. Ia sedang berhadapan bukan sahaja dengan orang di luar partinya, malah ia telah meniupkan api dalam sekam UMNO.

http://alkerohi.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan