Jumaat, 15 Mei 2009
Bir Halal agenda One Malaysia ?
Oleh Ust Nasaruddin Tantawi
Kita dikejutkan dengan ura - ura bakal dibina Kilang Bir halal [ tanpa alkohol ] di negara kita . Mungkin sekilas pandang ianya seperti usaha kreatif dan menjadi alternatif yang baik bagi menangani kebanjiran minuman beralkohol mutaakhir ini .
Namun kita mesti sedar bahawa istilah bir halal ini sangat mengelirukan . Bir adalah popular sebagai minuman beralkohol dan memabukkan . kenapa tidak sahaja menggunakan istilah atau jenama lain tanpa menggunakan istilah yang sama dengan minuman yang memabukkan itu .
Mungkin juga ini adalah pendekatan pihak tertentu yang berniat tidak baik terhadap ummat Islam lantas sengaja menimbulkan keraguan kepada ummat Islam dengan istilah bir halal .
Saya percaya ummat Islam sangat tidak senang dengan istilah ini dan mereka seperti mahu menggambarkan ummat Islam sangat menggemari minuman bir ini sehingga dihasilkan bir yang halal .
Istilah sebegini samalah pedih jika mereka kata Malaysia akan hasilkan arak yang halal , riba yang halal , rasuah yang halal dan sedikit masa lagi tidak mustahil mereka akan hasilkan daging babi yang halal untuk Malaysia .
One Malaysia ni belum ada menu yang jelas ke untuk membezakan antara yang halal dan haram ? Dr Mashitah dan Kol. Jamil Khir sekarang apa khabar ?
p/s : Ustaz Halim Nasir kata : " Jangan kata bir halal , Menteri Besar haram pun mereka boleh buat jadi halal . apa nak jadi UBN nih ."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan