Kecoh lagi sekarang. Dulu selsema burung, sekarang babi pula. Apa pun, semoga Allah melindungi kita semua dari bencana dan wabak ini. Penghujung usia dunia ini sudah semakin banyak perkara-perkara bencana berlaku. Bencana yang boleh dikategorikan sebagai "Mega" ini banyak memberi peringatan kepada kita...SEKEJAP...tapi biasanya lupa balik.
Dulu semasa peristiwa tsunami yang menggemparkan dunia kita insaf dan pasrah dengan kekuasaan Allah...SEKEJAP...tapi lepas tu kita kembali berdosa pada Allah. lepas satu datang tapi perkara yang sama berlaku. Manusia cepat lupa..bukan Melayu jer...
Apa pun kita harus ambik iktibar dan cuba membaiki diri dari semasa ke semasa. Dekatkan diri pada Allah dan Insya Allah kita akan selamat...Saya just nak ucapkan selamat berjaga-jaga kepada sahabt-sahabat semua. Banyakkan berdoa semoga Allah lindungi kita dari wabak ini. Dan akhirnya Allah tempatnya jugak kita memohon perlindungan, Allah yang selalunya kita lupa Dia ada... "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan