Para penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tGo to fullsize imageegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju berwarna hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak esok.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.
"Polis tidak akan teragakagak untuk mengambil tindakan termasuk menahan mereka yang berhimpun atau menghalang anggota dewan bagi menggagalkan persidangan tersebut.
"Kami akan memastikan tiada sesiapa pun boleh membuat kacau dengan menggagalkan sesuatu yang telah diluluskan oleh undang-undang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di sini hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tindak tanduk individu tertentu yang menyebarkan hasutan itu melalui Internet dan SMS bagi tujuan mencetuskan kekecohan dan menghasut mereka supaya membenci kerajaan.
Semalam, seorang aktivis Bersih ditahan kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur hasutan dalam laman blognya.
"Tugas kami adalah untuk menjaga keamanan, justeru kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan sesuatu masalah yang boleh menggugat keamanan.
"Perbuatan aktivis terbabit jelas menunjukkan dia sengaja menghasut orang ramai untuk terlibat dalam perhimpunan haram dan menghalang sidang dijalankan," katanya.
Musa berkata cadangan untuk melarang motosikal masuk ke kawasan pusat bandar pada masa tertentu sebagai langkah mencegah peningkatan kadar jenayah masih dikaji.
Katanya polis telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail berhubung cadangan berkenaan.
"Keputusannya akan kami dedahkan kelak...tunggu sahaja keputusannya nanti," katanya.
sumber: detikdaily.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan