Naib Presiden Pas,Mohamad Sabu ditahan pihak polis kira kira jam 3 petang tadi selepas makan di sebuah restoran berhampiran pejabat Siasah.
bersama beliau di restoran itu adalah ketua pemuda pas, YBSalahuddin Ayub dan ahli PAS, Ali Maidin,mereka didatangi sekumpulan anggota polis berpakaian biasa yang memaksa beliau menaiki sebuah kereta Toyota.
Mat sabu berusaha melepaskan diri dan menjerit meminta pihak terbabit menunjukkan waran terlebih dahulu tetapi gagal akibat jumlah anggota polis yang lebih ramai.
dua orang rakannya yang bersama beliau yang turut makandi restoran cuba membantu beliau melepaskan diri tetapi telah ditolak oleh anggota polis yang biadap.
Beliau adalah mangsa kedua selepas wong chin huat,anggota bersih yang telah ditahan atas akta hasutan bersabit dengan cadangan pemakaian baju berwarna hitam pada 7 mei menandakan gelapnya demokrasi di malaysia.
besok,dijangka lebih ramai akan ditangkap secara tidak bermaruah berikutan bermulanya sidang dun perak yang dijangka menarik ribuan manusia mengikutinya...
http://keraspedal.blogspot.com/
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan