Jumaat, 15 Mei 2009

Seseorang Harus Tampil Jelaskan Isu Senjata Api Dalam DUN Perak

Banyak laporan media internet tentang orang yang membawa masuk senjata api dalam DUN Perak 7may lalu. Jika ini benar, inilah pertama kali dalam sejarah dunia senjata api dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri. Padahal memang telah disediakan satu bilik khas di pejabat setiausaha kerajaan negeri untuk wakil rakyat dan anggota polis menyimpan senjata api masing masing sebelum masuk ke dewan. Ramai orang hairan siapa yang membenarkan senjata tersebut dibawa masuk oleh orang orang yang tidak dikenali.


Seseorang harus tampil menjawab isu ini samada benar atau tidak ianya berlaku. Jika ianya benar, siapa akan bertanggungjawab? Orang yang bertanggungjawab harus menjelaskan perkara ini. Jika mereka adalah anggota polis sekalipun, kenapa perlu membawa senjata api? Apakah terlalu rendah tahap moral wakil wakil rakyat DUN perak hinggakan perlu senjata api sebagai langkah keselamatan?

Situasi ini membuat kami rakyat jelata merasa sangat bimbang dan terlalu mendebarkan memikir arah tuju negara malaysia sekarang. Suasana ketakutan dan luar dari bidang undang undang seolah olah mula dicipta oleh seseorang.
Kami sangat sangat berharap seseorang yang bertanggungjawab tampil memberi penjelasan dalam perkara ini. Supaya rakyat dapat kembali merasa aman dan tenteram.

sumber: detikdaily.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan