Khamis, 7 Mei 2009

UMNO Semakin Rakus, Buas Dan Ganas !!


Melihatkan perkembangan yang berlaku di sidang DUN Perak pada hari ini amat-amatlah mengecewakan. Ia tidak ubah seperti perlakuan manusia yang tak bertamadun atau lebih tepat lagi perlakuan manusia pra sejarah.


Walaubagaimanapun ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perlakuan puak-puak UMNO ni sebenarnya. Manusia jenis apakah yang tidak mematuhi undang-undang yang mereka cipta sendiri malahan undang-undang Allah pun mereka langgar. Moga-moga puak-puak jahat ini dapat balasan yang setimpalnya dari ALLAH SWT..amin

!Sehingga sekarang beberapa orang pimpinan PAS seperti Mat Sabu, YB. Salehudin Ayub, YB. Husam Musa dan ADUN Selangor telah di tahan oleh pihak polis. Apakah kesalahan mereka sehingga diperlakukan sebegini. Dimanakah keluhuran undang-undang yang diagung-agungkan oleh puak-puak UMNO ini. Atau sekadar retorik semata-mata.

Kekecohan yang berlaku di sidang DUN Perak kerana hari ini adalah kerana kerakusan dan kejahilan puak-puak UMNO yang ingin terus berkuasa secara haram di negeri Perak. Kerajaan haram UMNO telah melantik secara haram Speaker mereka iaitu Ganesan. Dari segi perundangan mana mungkin dalam DUN ada 2 Speaker, inilah kebodohan puak-puak UMNO yang memperlihatkan kejahilan mereka kepada mata dunia.

Kebiadapan puak-puak UMNO telah menjerumuskan negara yang kita cintai ini ke zaman kegelapan 'dark ages'. Sehingga ke saat ini sidang DUN ditangguhkan buat 2 kali kerana berlaku kekecohan. Kekecohan ini berpunca daripada UMNO yang melantik Speaker haram, Ganesan (bekas ADUN Sungkai).

Kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat kita sama-sama berusaha lebih gigih lagi dan berdoa kepada ALLAH SWT bagi menumbangkan kerajaan zalim UMNO ini di PRU ke 13 nanti. Kita campakkan UMNO ini ke muzium buat selama-lamanya bagi tatapan dan teladan kepada anak cucu kita. Moga realisasinya hajat kita ini.

http://addin77.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan