Isnin, 11 Mei 2009
UMNO Tidur - Orang Denmark Lari Bogel di Mersing
Inilah negara pemerintahan UMNO yang tak pandai jaga negara dan ugama. Dalam sibuk menekan bangsa sendiri, tak sedar orang asing Denmark berlari bogel di pulau sendiri untuk menghina ummat Islam.
Denmark adalah tuan punya kilang arak Carsberg di Selangor dan ini sudah cukup menghina ummat Islam di Malaysia. Sekarang mereka dengan sedar menghina Malaysia dengan menayangkan programme Survivor Robinson Ekspeditionen dengan peserta lelaki dan perempuan lari dalam keadaan bogel tanpa seurat benang di sebuah pulau di Mersing Johor Darul umno.
Programme ini di tayang ke seluruh dunia dan mesej nya simple, kita telah menghina negara awak, sekarang awak mahu buat apa? Jadi kita tanya kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia Hishamudin , apa tindakan saudara. Mungkin Hishamudin kata ini kerja Menteri Pelancongan . Menteri Pelancongan kata ini kerja Imigressen. Imigresen kata ini kerja Najib. Mungkin Najib kata, ini bukan kerja saya kerana saya banyak lagi kerja mahu buat.
sumber: detikdaily.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan