Isnin, 1 Jun 2009

Malaysia...Bumi Orang Hilang

Malaysia bumi bagi orang "hilang" ! Itulah gelaran sesuai untuk Malaysia kini. Balasubramaniam, 3 ADUN Perak, Arumugam mantan ADUN Kedah dan terkini Raja Petra. Masing-masing punya alasan tersendiri untuk "hilangkan diri" atau "dihilangkan".


Ada yang hilang selepas dapat habuan jutaan RM. Ada yang hilang takutkan risiko nyawa diri dan keluarga. Dan ada yang hilangkan diri kerana tidak yakin tahap keselamatan semasa berada di tanahair sendiri.


Kini terbaru mungkin mantan Ketua Siasatan Jenayah KL Datuk Mat Zin Ibarahim juga bakal tersenarai orang yang akan "hilang " atau "dihilangkan". Beliau di antara saksi penting untuk memberi keterangan di mahkamah tentang kes pemalsuan bukti oleh IGP Musa dan AG Gani berkenaan mata lebam DS Anwar.


Sebagai amaran awal, kredibiliti Datuk Mat Zin dimusnahkan dengan notis bangkrap yang diterimanya pada 26 Mei lalu. Perbicaraan tentang kes fitnah liwat DS Anwar akan berlangsung pada awal Julai. Dijangkakan pihak peguam DS Anwar akan mengungkitkan kes pemalsuan bukti mata lebam dalam perbicaraan itu dan sudah tentu Datuk Mat Zin akan dipanggil untuk keterangan sebagai saksi.

Ini amat membimbangkan pihak pendakwa. Ini pasti akan membongkarkan kisah sebenar di sebalik peristiwa mata lebam 1998 itu.

Walaupun SPRM memutuskan AG Gani dan IGP Musa "bersih" dari pemalsuan bukti kes mata lebam, dan ini seolah-olah Datuk Mat Zin menjadi mangsa kambing hitam(scapegoat).


Datuk Mat Zin juga membayangkan risiko yang bakal menimpa beliau dan keluarganya jika pendedahan-pendedahan berprofil tinggi yang bakal diberikan dalam mahkamah nanti.


"Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini (Gani dan Musa)mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya".


Datuk Mat Zin adalah pegawai polis yang terlibat dalam siasatan kes mata lebam DS Anwar 1998. Beliau bersara dari PDRM pada awal 2001. Beliau membuat rayuan kepada SPRM agar namanya dibersihkan dari kes mata lebam selepas SPRM mendapati AG Gani dan IGP Musa tidak terlibat dengan pemalsuan bukti kes mata lebam DS Anwar.


Apakah Datuk Mat Zin bakal menjejak langkah seperti Arumugam dan Raja Petra ? Atau menjadi nasib Altantuhya ?


Kepada mantan anggota PDRM ini kita ucapkan selamat berjuang untuk nyatakan kebenaran dan berani kerana benar !

sumber: tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan