Khamis, 13 Ogos 2009

Perokok Antara Penyebab Kebakaran


Sikap perokok yang sesuka hati membuang puntung rokok di kawasan tanah lapang antara punca kebakaran

KUCHING: Sikap perokok yang sesuka hati membuang puntung rokok yang masih menyala di kawasan tanah lapang menerima teguran daripada Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datuk Talib Zulpilip yang menyatakan ia antara punca kebakaran.

“Dalam keadaan persekitaran yang kering sekarang, saya melihat masih ramai perokok yang sesuka hati membuang puntung rokok di merata-rata tempat khususnya di kawasan kering.

“Ini akan menyebabkan berlakunya kebakaran di sesuatu ka-wasan dan saya pasti kebanyakan kebakaran yang berlaku kini ada-lah berpunca daripada tindakan sedemikian,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Ternakan Ayam Pedaging Komersial di sini semalam.

Kesan daripada tindakan itu katanya telah menyebabkan keadaan jerebu yang semakin serius di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pekebun-pekebun kecil agar menghentikan segera aktiviti pembakaran di kawa-san masing-masing.

“Kita harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan persekitaran tanpa mementingkan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyusahkan kerajaan yang bertungkus-lumus mengawal keadaan ber- jerebu kini, tetapi juga menye-babkan tahap kesihatan orang ramai terjejas.

“Orang ramai tidak boleh menuding jari kepada kerajaan dan pihak berkuasa lain terhadap fenomena jerebu ini yang semakin serius, tetapi harus menya-lahkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan pembakaran berlaku.

“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menyusahkan orang lain, tetapi juga menyebabkan ba-nyak kerugian kepada kerajaan amnya,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap orang ramai agar memberikan kerjasama dalam menangani masalah jerebu kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan