Pengangkutan awam ada kelebihannya
Posted on December 22, 2009 by pemudasarawak | Edit
Oleh Jessica Jawing
Jimat dan terhindar daripada kesesakan merupakan faktor utama ia menjadi pilihan
KUCHING: Jimat dan terhindar daripada kesesakan lalu lintas merupakan factor utama sesetengah daripada masyarakat memilih pengangkutan awam sebagai pilihan untuk pergi ke destinasi masing-masing.Mereka merasakan kenderaan sendiri memerlukan kos yang agak tinggi berbanding pengangkutan awam kerana kenderaan sendiri memerlukan kos untuk petrol selain daripada kesesakan.
Berbeza dengan pengangkutan awam yang menawarkan tambang yang murah dan mampu untuk semua golongan, malah menawarkan perkhidmatan yang memberi keselesaan kepada mereka.
Seorang pekerja kilang, Lesa Randot, 44, berkata pengangkutan awam terutamanya bas merupakan satu pilihan yang menjimatkan.
“Misalnya, untuk perjalanan dari Bintawa ke pusat bandar raya, saya hanya perlu membayar RM1.20 berbanding kenderaan sendiri yang memerlukan petrol, ditambah dengan kesesakan lalu lintas,” katanya ketika ditemui, semalam.
Selain daripada itu, katanya, perkhidmatan bas kini amat baik dan selesa baginya.
“Lagipun untuk mendapatkan pengangkutan awam kini amat senang dengan bayaran yang dimampu serta menjimatkan jika dibandingkan menaiki kereta sendiri,” katanya.
Sependapat dengan Lesa, Sulaiman Bujang, 67, dari Demak yang berkata beliau memilih menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pusat bandar raya kerana ia amat murah dan selesa.
“Bagi saya naik bas adalah murah berbanding dengan kereta sendiri, misalnya dari tempat saya tinggal di Demak, saya hanya perlu membayar tambang RM2 sahaja.
“Tambahan saya tidak ada pilihan lain memandangkan saya tidak mempunyai sebarang kenderaan, justeru pengangkutan awam, iaitu bas merupakan pilihan utama saya untuk pergi ke manamana termasuk bandar raya Kuching,” kata warga emas itu.
Ajeng Sulan, 48, pekerja swasta pula menyifatkan pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang menjimatkan kos kerana tambangnya yang murah.
Namun, katanya, bagi sesetengah pihak mungkin mereka tidak ada pilihan lain kerana tidak mempunyai kenderaan terutamanya para pelajar kolej atau universiti yang bukan berasal dari Kuching.
“Mereka terpaksa menggunakan pengangkutan awam baik teksi, kereta sewa mahupun bas kerana tidak memiliki kenderaan sendiri.
“Tambahan pula, pengangkutan awam terutamanya bas menawarkan tambang yang murah malah perkhidmatan juga memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya
(3) Bas awam kat sini macam zaman 70-an, tak nampak langsung bas moden macam kat Semenanjung.
FENOMENA PENGANGKUTAN AWAM SARAWAK YANG SEBENARNYA DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING
BERAT MATA MEMANDANG TETAPI, TETAPI BERAT LAGI RAKYAT SARAWAK MENGHADAPINYA
INILAH YANG DIKATAKAN 45TAHUN SARAWAK MAJU DALAM MALAYSIA TEMA PADA TAHUN LEPAS……
RAKYAT SARAWAK FIKIR2 KAN LAH
KUCHING LUMPUH: LAMBAKAN VAN DAN KERETA SAPU
gambar kereta dan van sapu
gambar bas di bandaraya Kuching
KUCHING LUMPUH: LAMBAKAN VAN DAN KERETA SAPU
“Kuching” satu satu nama yang tidak asing kepada penduduk Malaysia khususnya penduduk Sarawak. Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak dan berstatus bandaraya memungkinkanya menjadi tumpuan penduduk dari pelbagai bangsa termasuklah pendatang asing. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuching).
Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.
Senarai kawasan di Bandaraya Kuching:
a) Kuching Utara
• Petra Jaya
• Satok
• Pusat Bandaraya Kuching (Barat)
b) Kuching Selatan
• Pusat Bandaraya Kuching (Timur)
• Padungan
• Pending
• Stampin
Isu yang ingin dibincangkan penulis pada kali ini adalah masalah pengangkutan awam dibandaraya Kuching. Tujuan penulis bukanlah untuk memalukan penduduk Kuching, tetapi sekadar menyampaikan keluhan sewaktu pertama kali sampai ke Kuching dan sembang-sembang dengan beberapa penduduk tetap di sini. Sewaktu penulis bersiar-siar di Bandaraya, selepas seminggu menjalankan latihan praktik di Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak didapati pengangkutan awam disini agak tidak “bagus”(penulis mengharapkan bahasa yang digunakan ini tidak kasar).
Keadaan bas yang digunakan boleh dikatakan berada pada tahun 80-an, dengan ketebalan cat yang digunakan mengecat permukaan karat yang telah berulangkali. Selain itu stesen bas jugak berada pada tahap yang tidak memuaskan. Hanya terdapat satu tempat untuk menunggu bas, walaupun bilangan pengguna pengangkutan awam amat ramai.
Penulis amat terkejut dengan keadaan ini seperti ini. Mana mungkin Kuching yang berstatus bandaraya masih berada pada tahap ini. Mengapa keadaan ini berlaku?
Jawapan bagi kegusaran penulis akhirnya terjawab sewaktu penulis balik dari bersiar-siar sambil membeli belah. Penulis pada ketika itu terpaksa menaiki teksi kerana pengangkutan bas ke tempat sewa penulis sudah ditamatkan seawal pukul lima(penulis terpaksa membayar hampir 4 kali lebih untuk pulang dengan teksi). Di dalam teksi penulis sempat berbual-bual dengan pemandu, menanyakan hal demikian. Jawab pemandu yang penulis bahasakan dengan pakcik adalah “Kebanjiran Kereta dan Van Sapu”.
Fenomena Kereta dan Van Sapu, Kebaikan dan keburukan terhadap kemudahan Awam Kuching akan penulis sambung pada diskusi yang akan datang, Insyaallah.
Posted by Mohd Hilmi bin Ibrahim on Sunday, May 10, 2009
categories: edit post
BAS DI BANDARAYA SEMANANJUNG
January 04, 2006 18:16 PM
PRIORITY…Rapid KL Bus Service expansion priority for highly populated areas in Klang Valley. pix : SHAHRIZAN JEFFRI AZIZ Rapid KL Bus Service Expansion Priority For Highly Populated Areas
KUALA LUMPUR, Jan 4 (Bernama) — Highly-populated areas within the Klang Valley will be given priority for extension of the bus transport service provided by Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL).
Rapid KL’s Head of Corporate Communications Katherine Chiew told Bernama Wednesday that the priority was set as it could not cover the whole area even after the implementation of its new bus network.
“Even after the six months (of Rapid KL’s plan to revamp the massive bus network), we may not be able to cover the whole place because the area is just too big,” she added.
Although the company had been receiving numerous requests from the public for the bus service in their areas, the company could not entertain all requests, she said.
For the new areas where it agreed to serve, she said, Rapid KL would still need to get the approval of the authority concerned first before it could proceed.
Rapid KL had announced last Sunday its plan to revamp its bus network with the launching of its City Shuttle bus service by the middle of this month.
The shuttle service had been planned to ply 15 routes by using major roads within Kuala Lumpur’s Central Business District (CBD) that linked five hubs — KL Sentral, Pasarakyat, Maluri, KLCC and Titiwangsa.
Under phase one of the revamp plan, Rapid KL anticipated that a bus would be available every five minutes at any stop within the CBD and a short distance from any LRT (Light Rail Transit) station.
The next phase would be to integrate trunkline buses and local shuttles serving regional hubs located beyond the CBD to link with the five hubs, she said.
– BERNAMA
Filed under: Umum | Leave a Comment »
SKMM Tambah Pembinaan Menara Komunikasi Di Sarawak
Posted on December 22, 2009 by pemudasarawak | Edit
December 19, 2009 12:27 PM
SIBU, 19 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)akan menambah pembinaan menara komunikasi di Sarawak bagi membolehkan lebih banyak penduduk luar bandar memanfaatkan kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata langkah itu juga akan membolehkan lebih banyak penghuni rumah panjang dan penempatan lain menggunakan kemudahan dalam talian.
Beliau berkata demikian kepada Bernama sekembalinya ke sini Jumaat malam selepas menyerahkan lapan set komputer daripada suruhanjaya itu kepada tiga rumah panjang — Rh. Jana ak Sawing, Rh.Edward Sigie dan Rh. Changgan — di Daerah Julau di Rumah Panjang Jana anak Sawing di Batu Matop, Julau, dekat sini.
Terdahulu, pengarah SKMM Sarawak Zulkarnain Mohd Yasin berkata suruhanjaya berkenaan merancang membina 257 lagi menara komunikasi mulai tahun depan hingga 2013 bagi menyediakan liputan lebih meluas di negeri ini.
“Sebenarnya, kami telah menyediakan peruntukan berjumlah lebih kurang RM500 juta. Sehingga kini, kami telah membina lebih 400 menara di seluruh negeri ini di bawah program penyediaan pusat jalur lebar dan jalur lebar komuniti,” katanya.
Salang berkata penduduk luar bandar perlu bergerak seiring dengan kemajuan ICT di negara ini.
“Golongan ini telah ketinggalan dalam banyak bidang lain. Jadi, mereka tidak sepatutnya ketinggalan juga dalam bidang ICT yang boleh mendedahkan mereka kepada dunia dalam setiap aspek, daripada pendidikan dan hiburan hinggalah kepada komunikasi dan sebagainya,” kata beliau.
Salang juga menasihatkan penghuni rumah panjang supaya berkongsi kemudahan yang terdapat di pusat Internet mereka dengan jiran masing-masing.
Katanya cara ini berkesan dalam meluaskan akses ICT kepada lebih banyak penduduk luar bandar.
– BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan