Jumaat, 24 April 2009

Mengulas Tok Guru Haji Hadi tidak bertuah

"Saya tertarik dengan tulisan Penarik Beca, Tok Guru Haji Hadi tidak bertuah yang saya rasa perlu kita halusi dan memahami.

Penarik beca menulis "Hanya nak ulas sikit, ketika Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang dikasihi menjadi Presiden PAS, hampir tiap-tiap tahun Tok Guru Abdul Hadi Awang mendapat pencalonan sebagai Presiden PAS. Jumlahnya, bak kata Orang Putih, kira substantial numbers la jugak.

Ada la jugak saya dengar orang dok hasut Tok Guru Abdul Hadi cabar Ustaz Fadzil sebagai Presiden PAS. Tok Guru Abdul Hadi bukan sahaja tak cabar Ustaz Fadzil, malah dia marah orang cakap fasal nak cabar Ustaz Fadzil.

Sehebat-hebat Ust Fadhil pun ada yang tak suka, atau lebih suka kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Begitulah lumrahnya, sebaik-baik Ust Hadi ada yang cuba nak calonkan yang lain tetapi oleh kerana tidak ada colon maka wujudlah pemikiran tak rasional mencolon Mursyidul Am, yang uzur demi sesuatu hajat??

Bukan sahaja uzur, malah banyak kali mesyuarat penting Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak boleh hadir. Akal yang waras saya masih tak boleh berfikir rupanya ada juga pie macam ni dalam PAS.

Saya meneliti perlembagaan PAS, melihat kekuatan Presiden dengan perlantikan Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan. mereka ini adalah perlantikan Presiden dengan nasihat Majlis Harian.

Presiden akan dibantu oleh SU untuk memantapkan pergerakan dan visi. Malang sekiranya SU membelakangi Presiden dan makin malang sekiranya SU, Bendahari dan Ketua Penerangan menjadikan seolah-olah Presiden tidak "wujud"

Jika wujud suasana begini, siapa akan membantu Presiden? Idea dan saranan Presiden begitu mudah diketepikan.

Ahirnya tinggalh sahabat-sahabat lamanya... ya mungkin atas dasar kawan. Bagi orang yang tak suka ini adalah kroni, team atau puak... jika yang membantu Selangor maka puak PAS Selangor, jika yang membantu adalah puak Terengganu, maka wujud puak PAS Terengganu...

Memang Hadi malang, malang kerana mempunyai kuasa untuk melantik tetapi yang dilantik akhirnya tidak memberikan kekuatan untuk beliau memperkasakan idea dan pandangan.

Adalah dicadangkan sekiranya SU, Bendahari dan Ketua Penerangan ingin menjadikan agendanya sebagai agenda parti. Jawatan-jawatan ini dipertandingkan...

Jikalah kita sedar, ke mana kita akan pergi...?

Jikalah para sultan ataupun pemerintah yang bertaktha dan berkuasa pada hari ini, sedar dari mana asal mereka dan ke mana mereka akan pergi selepas ini, nescaya mereka akan menjadi sultan dan pemerintah yang adil. Malangnya, amat sedikit golongan sultan dan pemerintah yang mempamerkan akhlak sebenar pemimpin sejati. Sekurang-kurangnya, dalam keterbatasan kuasa yang masih berbaki, iaitu dalam Jadual 9 Perlembagaan Negara, khususnya menyinggung agama Islam dan adat-istiadat Melayu, para sultan khususnya perlu memastikan ia dijana sebaik-baiknya.


akikatnya, para sultan adalah manusia terpilih. Mereka dipilih Allah SWT untuk lahir daripada rahim atau perut seorang wanita yang kebetulan menjadi isteri sultan, kemudian mereka terpilih untuk hidup dan membesar sehinggalah akhirnya mereka cukup bersedia menyarung jubah di raja ke tubuh mereka.

Dalam sejarah kesultanan dunia, sama ada di rantau ini mahu pun di sebelah barat, timur dan di mana sahaja, kita akan terjumpa dua jenis sultan. Pertama, sultan yang terkenal kerana keadilan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemerintahannya. Kedua, sultan yang terkenal juga, tetapi kerana kezaliman, kedunguan dan kelemahan pemerintahannya. Sebab itulah, setiap orang sultan sewajarnya rajin mentelaah kitab-kitab sejarah lalu, meneliti bukan sekadar silsilah keturunan mereka, tetapi menggali akar kekuatan seorang sultan.

Ramai sultan yang mampu dijadikan role model kepada para sultan hari ini. Jika di alam Melayu ini, bukan sedikit sultan yang terkenal senusantara. Di Melaka, Sultan Mansur Syah, Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan antara sultan yang terkenal dengan kebijaksanaan dan keadilan.

Jika meninjau di Kepulauan Indonesia, kita akan terjumpa Sultan Merah Silu yang memerintah Pasai atau akhirnya menjadi Samudera, sebagai negeri Islam pertama di nusantara. Setelah memeluk Islam, beliau memakai nama Malik as-Saleh. Malik as-Saleh terkenal atas sikap dermawannya dan sentiasa mensyukuri rezeki kurniaan Allah.

Tapi jika nak lebih jelas sikap sultan yang baik, mari kita teropong kepada sejarah kesultanan Uthmaniyyah di Turki. Cuba kita buka lembaran sejarah kehidupan peribadi dan pemerintahan Sultan Murad misalnya atau anakandanya Sultan Muhammad. Mereka amat dikenali, bukan sekadar kehebatan empayar pemerintahan yang begitu luas; tetapi dek kerana keperibadian yang begitu menyerlah.

Sultan Muhammad misalnya, diberikan gelaran al-fateh atas kapasitinya membuka Kota Konstantine dari kerajaan Kristian dokongan Eropah, yang begitu lama dipertahankan mereka. Namun, sebelum baginda berjaya membuka sebuah kota, baginda terlebih dahulu membandingkan dirinya dengan sabda Rasulullah SAW, bahawa Konstatinopel hanya dapat dibuka oleh sebaik-baik tentera dan sebaik-baik raja juga sebaik-baik rakyat. Maka, baginda Muhammad telah menjadikan hadis itu sebagai pemangkin, demi meningkatkan keimanan dan ketakwaan sehinggalah akhirnya baginda berjaya menundukkan Raja Konstantine.

Sultan di Malaysia, bagaimana? Inilah yang menjadi mauduk bicara kita. Sayugianya sultan-sultan di Malaysia menjadikan kehebatan Sultan Muhammad al-fateh sebagai idola mereka. Adalah amat malang, jika mereka membiarkan diri terkurung dalam kemelut keduniaan. Hidup dalam sangkar kemewahan semata tanpa memikirkan masa hadapan rakyat jelata.

Rakyat di negara ini, semakin hari semakin jelak dengan segala macam penipuan yang dihadapkan kepada mereka. Apa yang tipu? Ya, rakyat bencikan slogan ‘Membela rakyat’, ‘Mohon restu rakyat’, ‘demi rakyat’, ‘perpaduan’ dan sebagainya, kerana si tukang promosi itu sendirilah yang mencetuskan kekecohan dan kebengongan. Begitu juga, rakyat tidak sanggup menerima jika seorang sultan menyatakan, mahu menegakkan keadilan bagi semua rakyat; namun pada masa yang sama bertindak sebaliknya.

Maka, oleh sebab itulah rakyat menuntut sultan-sultan menjadi pemerintah yang adil dan saksama. Misalnya dalam kekecohan isu politik di Perak, maka seorang sultan yang berada ‘di atas politik’ mesti menunjukkan sikap tidak berpihak yang jelas. Sikap sedemikian akan menyebabkan rakyat bertambah kasih dan sayangnya kepada baginda sultan. Maka, rakyat akan berdiri kukuh mempertahankan legasi kesultanan walaupun dihadapkan pelbagai tekanan.

Inilah, atas premis keadilan dan kesaksamaan, maka sewajarnya pihak yang berkenaan perlu kembali menilai diri. Adakah kita ini mampu menongkat langit menunjang bumi? Tidak, sampai saatnya kita akan pergi dan tak kembali lagi. Maka, tinggalkanlah nama yang harum, buat ingatan rakyat kepada anak dan cucu kita yang kita tinggalkan.

Jika harimau meninggal meninggalkan nama, kerbau mati meninggalkan tali, manusia mati meninggalkan bakti…wallahua’lam!

http://huzaifahsview.blogspot.com/

saya melayu..saya juga islam,tetapi kenapa saya sokong dap.

"Parti tindakan damoratik, (dap) adalah sebuah parti majoriti cina, dan mereka punyai masalah dengan islam, semua tahu,tapi kenapa saya tetap sokong dap, kerana dap anti islam tu dulu, sekarang dah berubah. tepat dengan cogannya Just Change..berubah.. ya dap kini dah semakin menerima islam..

hari ini ramai pemimpin dap yang sudah tidak bermasalah dengan islam,(walaupun masih ada segelintir),tetapi tidak semua,buktinya..bermula dengan setiausha agung dap YB Lim guan eng yang pernah mengunakan istilah islam iaitu amar maaruf nahi mungkar dalam pidatonya serta dalam dewan undangan negeri.nak dengar pemimpin umno sebut,payah..beliau juga sering perkatakan tentang seorang pemerintah islam iaitu khalifah umar bin abdul aziz,seorang yang beliau ingin teladani..

kemudian,pilihan raya kecil kuala terengganu menguatkan lagi keyakinan saya terhadap dap apabila ramai pemimpin tertingginya turun padang untuk berkempen untuk seorang calon islam dari pas..betul ni..semua tahu..

dan terbaru,seorang pemimpin dap perak,YB nga kor ming telah mengemparkan ramai pihak apabila beliau menggunakan ayat quran sebagai penguat hujahnya di pentas ceramah semasa pilihan raya kecil bukit gantang..kalau mereka bermasalah dengan islam,pasti beliau tidak bertindak demikian..
berdasarkan 3 peristiwa ini,cukup untuk saya menerima dap,melainkan suatu hari nanti mereka berubah.......... "

Sebab-sebab ahli PAS tolak Kerajaan Perpaduan

Sebab-sebab sebenar ahli2 PAS menolak idea ”Muqabalah” dan ”Kerajaan Perpaduan” (Kerajaan Nasional) bukanlah kerana benci kepada Presiden PAS, Haji Hadi.

Ramai ahli dan pemimpin PAS khuatir mereka hanya akan diperalatkan oleh Umno dalam usaha parti itu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah mengingatkan supaya membiarkan Umno yang sedang lemas itu mampuh! Sebab selama ini PAS memang berlawan dengan Umno!

Menyedari ahli-ahli PAS tidak senang dengan idea tersebut, Tn Guru Haji Hadi terpaksa menarik semula idea tersebut dengan memberi alasan '"masih ramai tidak memahami matlamat penubuhan apa yang beliau panggil 'kerajaan perpaduan' itu".Benarkah ramai yang tidak faham?

Saya bersetuju dengan pandangan bahawa kenyataan "Kerajaan Perpaduan" itu dibuat tidak kena pada masanya . Ianya dibuat tatkala rakyat Perak sedang marah kerana kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan oleh Umno/BN dengan cara yang amat hina sekali. Baca lagi di sini

Kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan terlantiknya Nizar sebagai Menteri Besar adalah kerana sikap PAS yang teguh dan menolak untuk bekerjasama dengan Umno.Idea "Kerajaan Perpaduan" dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu cubaan menikam kawan dari belakang.

Ketegasan yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz yang terpaksa membidas Tuan Guru Presiden secara terbuka adalah sebagai satu langkah untuk mengembalikan semula keyakinan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat.



---
http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/04/sebab-sebab-ahli-pas-tolak-kerajaan.html

Mahkamah Langgar 2 Prinsip Perlembagaan

Mengulas tentang keputusan Mahkamah Persekutuan, Prof. Dr. Aziz Bari berkata, mahkamah sendiri sebenarnya telah melakukan sesuatu yang ultra vires atau melampaui bidang kuasa.

Beliau yang merupakan pakar perlembagaan persekutuan berkata, dalam isu ini mahkamah tidak mempunyai kuasa berbuat demikian kerana Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".




Beliau berkata, "Peruntukan itu sebenarnya melaksankan intipati konsep pemisahan kuasa khususnya mahkamah tidak boleh mencampuri urusan dewan perundangan. " Ini juga merupakan perlindungan dan autonomi negeri dalam persekutuan. Jadi Mahkamah Persekutuan telah melanggar 2 prinsip penting perlembagaan kita," tambah beliau. Prof Aziz menjelaskan bahawa perundangan itu telah diakui oleh mahkamah dalam banyak kes sebelum ini. Tetapi kebelakangan ini mahkamah menampakkan kekaburan dalam memahami konsep pemisahan kuasa.

"Contohnya lihatlah sahaja penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menyentuh tentang isu pemisahan kuasa antara eksekutif dengan mahkamah. Nampaknya hakim-hakim perlu buka buku balik dan fahami konsep asas doktrin pengasingan kuasa atau separation of powers ini," ujar beliau. Beliau menerangkan, "Konsep itu penting dalam memahami kedudukan dewan yang dalam soal ini menyentuh kuasa Speaker. " Apa asas mahkamah menghukumkan yang tindakan Speaker itu tidak sah? Peraturan mana?, soal beliau.

Katanya, "kalau kita merujuk kepada Peraturan Dewan atau Standing Orders yang menjadi undang-undangnya di sana jelas kuasa mentafsir terletak di tangan Speaker sebagaimana yang disebut oleh Peraturan 89 dan 90. "Mahkamah kata Speaker tidak ada kuasa; kita ingin bertanya apa pula kuasa mahkamah untuk menyemak kuasa Speaker?" Beliau berkata, "kalau kita lihat Perkara 72 (1) tadi sangat jelas bahawa perlembagaan tidak membenarkan mahkamah masuk campur. "Saya tidak fikir ada isu inherent power di sini kerana kuasa sedemikian perlu digunakan dengan berhati-hati apabila melibatkan perlembagaan,". Beliau menerangkan "ada yang menyatakan mahkamah ada kuasa dibawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

"Peruntukan hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penentuan, bukan melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh perlembagaan," tegas beliau.-Prof. Aziz Bari
http://addin77.blogspot.com

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom HGo to fullsize imageeboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.


Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_

anda pilih,bn atau pr...

situasi politk tanah air hari ini menyaksikan pertembungan antara bn(pemerintah)dan pakatan rakyat pr (pembangkang).kedua dua gagasan ini berusaha untuk menambat hati rakayt demi perjuangan masing masing..


bn,berusaha untuk menanbat hati rakyat untuk terus kekal berkuasa,yakni,selagi mereka berkuasa,mereka boleh terus merompak harta rakyat dengan mudah.

pr pula berusaha untuk merampas pemerintahan dari kekuasaan regim bn demi untuk kepentingan rakyat jelata.banyak yang mereka perjuangkan,dari sekecil kecil masalah rakyat,sehingga sebesar besar masalah..

ringkasnya mengenai bn,3 parti komponen terbesar bn adalah umno,mca dan mic..hari ini matlamat umno adalah untuk perjuangkan kroni melayu mereka,manakala mca berjuang untuk kroni cina mereka,manakala mic juga berjuang untuk kroni india mereka..

pr pula,dianggotai oleh 3 parti pembangkang utama negara iaitu pkr,dap dan pas.pr diketuai oleh anwar ibrahim yang juga penasihat pkr..
pkr adalah parti berbilang bangsa yang perjuangkan keadilan untuk rakyat..mereka adalah harapan baru rakyat..manakala dap adalah parti berbilang kaum yang majoriti dianggotai oleh bangsa cina,perjuangan mereka adalah kesamarataan antara semua rakyat malaysia..manakala,parti yang terbesar adalah pas,juga dianggotai oleh pelbagai bangsa yang beragama islam.ia sebuah parti yang berideologi islam dan memperjuangkan islam....

jika anda perhatikan kedua dua gagaan itu(bn dan pr)dan jika anda seorang yang waras,pastinya anda akan bersama pr..kenapa?perhatikan apa yang ditulis di atas......

sumber:

http://keraspedal.blogspot.com/

Langkah Kabinet Benarkan Anak-Anak Kekal Agama Asal Amat Mengecewakan

Sungguh mengecewakan dengan keputusan kabinet hari ini berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam.


Keputusan kabinet itu amat-amat membimbangkan dan tentu sekali boleh membawa kepada pelbagai masalah sosial kelak. Tanpa bimbingan agama yang mantap daripada ibubapa yang telah bertukar agama ia akan menjadi punca kepada permasalahan sosial yang amat parah dikalangan remaja.
Sekiranya ibubapa bertukar agama, siapakah yang akan mendapat hak penjagaan anak nanti, ini kerana anak itu berbeza agama.
Siapa pula yang akan dipertanggungjawabkan dalam hal membimbing agama. Keputusan kabinet itu merupakan satu tindakan yang tidak berfikir panjang dan meletakkan masalah ini menjadi lebih rumit lagi. Keputusan ini juga telah membelakangkan kemurnian agama Islam.
Ini kerana dari segi agama Islam, apabila mana-mana ibubapa memeluk agama Islam maka status anak mereka yang dibawah umur secara automatik beragama Islam juga.
Agama Islam yang suci ini tidak boleh difikirkan dengan logik akal sahaja, sekiranya difikirkan dengan logik akal maka punahlah ia seperti yang berlaku di negara ini. Secara tak langsung juga keputusan kabinet ini akan meminggirkan lagi orang bukan Islam dengan agama Islam yang syumul.
http://addin77.blogspot.com

Menjelang Muktamar PAS


Sempena dengan kedatangan muktamar PAS ke 55 yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 4, 5 & 6hb Jun ini, perlbagai usaha, kempen dan gerakkerja dilakukan untuk memilih barisan pimpinan yang bakal menerajui PAS bagi tempoh dua tahun berikutnya. Semua kawasan-kawasan (termasuk Dewan2 Pemuda, Ulama dan Muslimat) telah, sedang dan akan menjalankan Mesyuarat Agung mereka masing-masing.


Bahang pemilihan sudah makin terasa. Media perdana telah mula mengambil kesempatan untuk melaporkannya samada secara jujur atau untuk memecahbelahkan. Blogger-blogger juga telah mula memainkan peranan mereka masing-masing. Artikel-artikel mengenai muktamar dan pemilihan pimpinan telah mula membanjiri laman2 web dan blog. Pemimpin-pemimpin pula mulai sibuk menjengah kawasan. Kalau dulu ahli-ahli begitu susah mengejar pemimpin untuk mendapat tarikh ceramah, sekarang lain pula jadinya. Pemimpin-pemimpin itu pula yang mengejar kawasan supaya memanggil mereka untuk berceramah atau merasmikan mesyuarat agung kawasan. Begitulah meriahnya senario politik PAS setiapkali tiba muktamar yang ada pemilihan.

Adalah menjadi harapan agar muktamar PAS ke 55 kali ini betul-betul menjadi wadah ampuh buat ahli-ahli PAS akar umbi menyatakan pandangan masing-masing terutamanya mengenai corak kepimpinan PAS masa depan. Samada kita perlukan perubahan atau tidak, biar perwakilan yang menetukannya. Dan kepada ahli atau perwakilan yang akan memilih nanti, beristikharahlah anda sebanyak mungkin supaya Allah memelihara jamaah kita dari anasir-anasir yang merosakkan.

Saya akan cuba kumpul dan paparkan dilaman blog ini, sebahagian besar artikel-artikel dan pendapat-pendapat yang berkisar mengenai muktamar PAS yang ke 55 untuk rujukan mudah ahli-ahli PAS. Sesiapa yang ingin menyumbang pendapat di dalam blog ini juga amat dialu-alukan.
http://muktamarpas.blogspot.com"

ASM..."Amanah Saham "Satu Malaysia"...?

ASM..."Amanah Saham "Satu Malaysia".?


Sedikit sejarah mengenai ASM..ianya dilancarkan pada 20 April 2000..berikut adalah perfomance ASM pada tahun 2006 hingga 2008..

2006=6.75 Net Distribution per unit (sen)
2007=6.80 Net Distribution per unit (sen)
2008=7.80 Net Distribution per unit (sen)


Source: Extracted from annual reports of Amanah Saham Malaysia which were audited by an independent certified ..http://asnb.com.my/english/asm

Disebabkan oleh prestasi yg memberangsangkan tidaklah begitu menghairankan kenapa kaum cina begitu berminat dan sememangnya menunggu utk merebut saham tersebut..

Namun begitu mengikut laporan Utusan Malaysia..daripada 1.665 bilion unit baru yang ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual ....

persoalan disini mengapa senario sebegini terjadi kepada kaum Bumiputera/Melayu ?..adakah promosi yang dijalankan oleh PNB tidak berkesan menarik perhatian Bumiputera utk melanggan ASM..namun begitu semasa pelancaran terbaru di Johor baru-baru ini boleh dikatakan peratusan pengunjung yg hadir majoritinya Bumiputera/Melayu...adakah Bumiputera/Melayu ini hanya berminat utk menghadiri majlis pelancaranya sahaja kerana terdapat berbagai-bagai aktiviti yg dijalankan oleh pihak penganjur dari berminat utk melanggan saham-saham yang ditawarkan kepada mereka...?

Apa yg bermain difikiran saya..apakah punca-puncanya kaum Bumiputera/Melayu tidak mempunyai "nafsu" utk merebut saham ASM..disini ingin saya lontarkan pendapat peribadi yg berlegar difikiran sebaik sahaja habis membaca akhbar Utusan Malaysia...

1) Inilah pendedahan sebenar salah satu faktor kegagalan DEB utk menjulang kaum Bumiputera/Melayu...mereka ini tidak mempunyai dana utk simpanan hari masa depan disebabkan faktor ekonomi yang menekan mereka utk berdiri sama tinggi dengan kaum cina khususnya..

2) Peranan Media cetak/elektronik utk memberi pendedahan berterusan mengenai pelaburan didlm saham-saham amanah amatlah mendukacitakan..ramai golongan kelas pertengahan dan bawahan kaum Bumiputera/Melayu boleh dikatakan hampir tidak mengetahui langsung apa itu saham-saham amanah...media dinegara ini majoritinya hanya menfokuskan hiburan semata-semata..

3)Pendedahan awal yang berterusan di peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti mengenai saham-saham amanah boleh dikatakan tiada langsung...oleh itu utk memupuk minat terhadap saham-saham amanah dikalangan Bumiputera/Melayu sememangnya "tiada".

Cukuplah setakat 3 sebab kenapa Bumiputera/Melayu tiada langsung "nafsu" memiliki saham-saham amanah yang ada di Malaysia..


Di dalam pemikiran kedua saya adakah ini satu propoganda untuk menarik sokongan rakyat Malaysia terhadap UMNO/BN yg kini diterajui oleh kepimpinan "Satu Malayasia.. khususnya kaum bukan Bumiputera?...ini dapat dilihat dengan pelancaran unit baru ASM dan unit baru ASW 2020 yang akan dilancarkan pada 27 April ini.Unit baru ASW 2020 akan diagihkan secara percuma dengan peruntukan sebanyak 100juta..namun begitu terdapat beberapa pendapat yg meragui perlaksanaan pengagihan unit ASW 2020 secara percuma itu..ini dapat dilihat dari laporan Utusan Malaysia;-Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Idris Kechot memberitahu Utusan Malaysia, PNB akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menetapkan model pengagihan ASW 2020 yang diberikan percuma itu.
‘‘Saya tidak boleh mengulas bagaimana pengagihan akan dibuat, kena tunggu rundingan bersama EPU,’’ kata beliau.
Jelasnya, mengambil kira pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun, setiap golongan miskin itu akan menerima unit amanah bernilai RM5,000 seorang.
Adakah peluang yg ditawarkan ini hanya dinikmati sesetengah golongan sahaja seperti mana telah berlaku kepada Pinjaman Tekun yg mana perlu ditandatangani oleh seseorang yg bergelar Ketua Bahagian parti politik tertentu..?

Ditengah-tengah rakyat cuba melepaskan diri dari belenggu krisis ekonomi global dan dibebani dengan skim pemberhentian pekerja yg mana majoritinya diterima oleh kaum Bumiputera/Melayu sanggupkah mereka mengeluarkan sedikit wang utk jaminan pelaburan di masa hadapan ?..atau menggunakan dahulu wang tersebut utk mengimbangi ekonomi mereka yang semakin menekan dan terus tertekan..?

Ada pendapat yang mengatakan kaum bukan Bumiputera khususnya kaum cina belajar dari krisis matawang Asia yang berlaku pada tahun 1997-1998 dimana menyaksikan mereka mengumpulkan wang/dana utk menghadapi krisis ekonomi yang berkemungkinan akan melanda negara setiap 10 tahun..?...Dengan senario yang berlaku kini telah membenarkan pendapat tersebut dimana unit saham ASM yg diperuntukan oleh kaum cina telah habis dilanggan kini...

Akhir sekali utk menutupkan pemikiran saya ini.......ingin saya melihat satu perubahan yg dapat dilakukan utk menarik minat kaum Bumiputera khususnya utk melanggan unit saham-saham amanah....dan bukan hanya menarik minat utk menghadiri majlis-majlis pelancaranya sahaja...

Pendedahan berterusan untuk memupuk minat yang mendalam dari peringkat awal sekolah menengah sehingga universiti dan juga golongan rakyat kelas menegah dan rendah khususnya Bumiputera/Melayu tentang Unit Saham-Saham Amanah..

Dapat disimpulkan dimana ASM ini juga sepatutnya dikenali sebagai Amanah Saham "Satu Malaysia" yang sememangnya mempunyai agenda yang tersirat................http://apadianie.blogspot.com

Catatan hati sakit - Kabinet putuskan anak ikut agama asal ibu bapa

"Bila terbaca berita keputusan kabinet yang mengatakan anak ikut agama asal ibu bapa, Aku bukan setakat kecewa dengan keputusan itu, kemarahan dalam hati aku begitu meluap-meluap. sampai aku nak menulis pun rasa terganggu. Aku bimbang apa yang aku tulis nanti akan mengikut nafsu.

Sampai satu takat, hati aku mula berkata pergi mapus dengan tok-tok mufti, ulama-ulama boleh pergi menyorok dalam semak, raja dan sultan sebagai pelindung Islam sudah boleh buang ke longkang, yang mengaku sebagai pejuang Islam telurnya sudah boleh buang.

Tetapi ini semua akan menjadi nafsu, sudah hilang hikmahnya. Sebagai seorang Islam tak perlu kita menyumpah seranah mengikut hati dan nafsu kerana kita akan ditipu oleh nafsu itu semdiri. Maka akan bertempik gembiralah iblis dan syaitan kerana kita kecundang dengan nafsu sendiri. Sebaiknya kita harus renungkan pada diri sendiri mengapa Allah SWT menghina kita sampai sebegini rupa.

Jawapannya tak perlu tanya pada orang lain, semuanya sudah ada pada sendiri. Apabila kita lalai dengan Islam maka datanglah ingatan daripada Allah SWT sebagai tanda kasih sayangNya. Seharusnya kita kembali kepada akar Islam itu sendiri, dan bertanya kepada diri sendiri mengapa semua ini terjadi.

Tertanya juga di hati ini apakah perasaan seorang seorang ibu atau bapa Islam melihat nak mereka dibesarkan dengan kepercayaan lain. Tak dapat dibayangkan bertapa sakitnya hati seorang ibu bapa ini. Tetapi apa pula perasaan seorang ibu bapa yang menganut kepercayaan lain bila melihat anak mereka dibesarkan sebagai muslim. Adakah hati mereka juga akan sakit?

Kalau hati mereka ini sakit maknanya kita sebagai muslim masih gagal memperlihatkan Islam itu sebagai agama yang cantik. Seharusnya kita kembali kepada akar Islam itu sendiri. Apa itu akar pada Islam, tak lain dan tak bukan rukun Iman itu sendiri. Akidah yang menjadi pegangan semua umat Islam.

Rukun Iman yang pertama itu sendiri mengatakan percaya kepada Allah SWT. Yakinkah kita kepada Allah SWT. Kalau yakin mengapa kita masih meninggalkan suruhanNya dan masih melakukan apa yang dilarangNya. sedangkan kita berkalimah syahadah, aku bersaksikan tiada yang lain selain daripada Allah, dan sesungguhnya Muhamad itu pesuruh Allah. Adakah kita faham pengucapan kita. Adakah kita yakin dengan penyaksian kita.

Benarkah kita yakin kepada Allah SWT. Kalau yakin, mengapa kita masih tak berusaha menjadi seorang yang bertakwa, yang mengamalkan yang makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar. Sebaliknya kita lebih banyak mengikut jalan dekat ke neraka daripada jalan pintas ke syurga. Kita tidak peduli dengan diri kita sendiri yang tidak mengikut Islam secara total. Kalau faham dan yakin mengapa masih menerima yang selain dari Allah sebagi rujukan kita. Mengapa kita masih membenarkan dikalangan yang zalim memimpin kita.

Sebaliknya kita lebih banyak memberi alasan penafian, sebagai contoh apabila sesuatu apabila kes murtad berlaku di satu kampung, lebih banyak daripada kita akan menjawab, "Oh itu bukan berlaku di kampung aku, itu kampung orang lain". Apabila perkara itu terjadi di kampung sendiri, maka terkeluarlah jawapan ini pula. "Itu bukan sahabat atau saudara aku, itu orang lain." Kemudian apabila sudah terkena kepada sahabat atau saudara sendiri, kitah masih sebok memberi alasan penafian dengan berkata, " itu tak terjadi pada adik beradik atau anak aku". Akhirnya Allah SWT membiarkan perkara ini berlaku pada keluarga kita sendiri, masih ada yang memberi jawapan, "oh itu anak bongsu aku, anak yang sulung elok lagi".

Itulah yang sebenarnya sindrom yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Kita sentiasa menafikan ingatan daripada Allah SWT dengan apa jua alasan. Tidak hairanlah kita akan terus dihina oleh musuh-musuh Islam sehinggalah kita sendiri yang memertabatkan Islam.

Kesimpulannya keputusan kabinet yang menyayat hati ini, seharusnya menjadi renungan kita bersama supaya kita menjadi seorang Islam yang lebih baik, supaya Islam tidak diperlekehkan pada masa hadapan. Dan ingatlah ALLAH SWT TIDAK PERNAH MEZALIMI SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI.

sumber asal: http://berita-tipu.blogspot.com/

Ahad, 19 April 2009

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak 09

Miri, 19/4/09 (DPPNS) - Satu sejarah telah dicatatkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak apabila Muktamar Dewan Pemuda PAS Sarawak kali ini diadakan lebih awal dari negeri yang lain dan pertama kali diadakan di Miri. Perasmi majlis ialah saudara Ahmad Sabki Bin Yusof, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Turut bersama ialah Ustaz Mussoddak, exco Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah. Hadir bersama Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Abg Eddy Alliyyani dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak saudara Ahmad Solehin. Turut hadir bersama ialah wakil dari Parti keADILan Negeri Sarawak cawangan Miri. Majlis diadakan di sebuah hotel di miri. Majlis bermula pada pukul 8 pagi dengan ucapan dari Pengarah Majlis Muktamar diikuti dengan ucapatamar oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Setiausaha Agung Dewan Pemuda PAS Pusat. Majlis perasmian muktamar berakhir pada pukul 10 pagi dan muktamar penuh bersambung pada pukul 10.30 pagi.