Khamis, 2 Julai 2009

Govt to upgrade amenities at Bakun Efforts to improve living conditions in Sungai Asap

KUALA LUMPUR: The Rural and Regional Development Ministry has pledged to speed up works to upgrade public amenities at the Bakun resettlement scheme in Sungai Asap, Sarawak.

Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the infrastructure, which included roads, water and electricity supplies as well as rural clinics, would be upgraded soon to cater to the increasing number of people in the area.

“I was told that there are about 10,000 people from 15 villages currently living in the scheme,” he told a news conference after meeting members of the Asap Koyan Development Community (AKDC), which is responsible for the welfare and development of the Sungai Asap community.

The meeting took place in parliament yesterday.

Mohd Shafie also said the federal government should increase the development allocation for Sabah and Sarawak.

“Officers from the ministry will go down to the field to look into the development needs of the peoples of the two states so that any project implemented by the government would have a positive impact on their lives,” he said.

Meanwhile, AKDC executive director Henry Luhat told reporters that he appreciated the ministry’s efforts to improve the living conditions in the resettlement scheme.

“We are extending our cooperation to the ministry in the efforts to assist the

affected villagers,” he said. — Bernama

Tahap pendidikan tidak memungkinkan jadi amah

Oleh Mohd Norhadie Sahari


Walaupun diberi potongan KWSP, Perkeso dan Cola, ia belum dapat menarik minat rakyat tempatan

MIRI: Cadangan penetapan gaji yang minimun di samping pemotongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) belum tentu dapat menarik minat rakyat tempatan untuk menceburi pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Pengarah Eksekutif Sulong Supplies And Services Sdn Bhd, Mohd Sabri Lampam memberitahu rakyat di negara ini mempunyai pendidikan sekurang-kurangnya tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malahan mereka boleh mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan mereka.

“Tidak dinafikan bahawa generasi sekarang lebih berpendidikan dan mereka akan memilih kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Sabri menjelaskan, tawaran gaji yang lumayan serta tidak terikat dengan majikan antara salah satu sebab rakyat tempatan lebih gemar bekerja di luar daripada menjadi pembantu rumah.

“Ada di kalangan mereka mencari suasana kerja yang selesa dan tidak terikat dengan majikan. Malahan, mereka juga sanggup bekerja di pasar raya atau stesen minyak walhal gaji yang ditawarkan tidak jauh berbeza,” katanya.

Sabri yang turut mengaji pembantu rumah warga Indonesia memberitahu, kurangnya minat serta inginkan suasana kerja yang bebas antara punca rakyat tempatan menyisihkan pekerjaan sebagai pembantu rumah.

“Pembantu rumah warga asing contohnya mempunyai komitmen yang tinggi untuk bekerja di negara ini malahan bersedia menerima apa jua gaji yang ditawarkan. Ia membuktikan bahawa kerjaya terbabit menjadi satu keperluan untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya.

Sabri menjelaskan, warga asing yang datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah telah diberi latihan dan kemahiran berbanding pengambilan pembantu rumah tempatan secara langsung.

“Kebanyakan mereka yang datang ini sudah mempunyai kemahiran untuk menjadi pembantu rumah. Ia turut menjimatkan masa majikan daripada melatih mereka bermula dari peringkat asas,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata pakej menarik seperti penetapan minimun, KWSP, Perkeso dan Cola sedang dipertimbangkan bagi mengurangkan pergantungan terhadap pembantu rumah warga asing.

Katanya, ketiadaan faktor itu merupakan antara sebab kebanyakkan rakyat tempatan kurang berminat menjadikan pekerjaan pembantu rumah sebagai satu kerjaya mereka.

Setiausaha Jiran Wanita Pujut Selatan, Raimah Johari sebaliknya bersetuju supaya pembantu rumah tempatan diberi pakej menarik seperti penetapan gaji minimun agar rakyat tempatan berminat menceburi kerjaya tersebut.

“Menerusi caruman KWSP, Perkeso dan Cola serta penetapan gaji yang minimum, maka rakyat tempatan akan mula merebut peluang menceburi pekerjaan sebagai pembantu rumah sekali gus mengurangkan peratusan pengangguran di Malaysia,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, usaha berkenaan sangat bersesuaian dengan keadaan semasa malahan ia dapat mengurangkan perggantungan majikan terhadap pembantu rumah warga asing.

Cap jari rekod kehadiran

DBKU jadi agensi pertama di negeri ini menggunakan kaedah Sistem Kehadiran ‘BioDScan Fingerprint’ keluaran SAINS yang dilancar semalam

K U C H I N G : D e w a n Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merupakan agensipertama di negeri ini menggunakan produk Sistem Kehadiran ‘BioDScan Fingerprint’ keluaran Sarawak Information Systems (SAINS).

Datuk Bandar DBKU Mohamed Atei Abang Medaan berkata, sistem itu diguna pakai untuk menggantikan perakam waktu sedia ada di ibu pejabat DBKU.

“Sistem ini berfungsi memantau kehadiran kakitangan dan berkemampuan menyediakan laporan serta rekod bagipengawasan masa kerja kakitangan.

“Ia boleh mencatat masa yang pantas dan tepat bagi kehadiran kakitangan dan data akan disimpan secara automatik ke dalam sistem sumber manusia DBKU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sistem Kehadiran Cap Jari di Auditorium DBKU di sini,semalam.

Hadir sama ialah Pemangku Pengarah DBKU Khaidir Abang dan Timbalan Pengarah DBKU Jumaini Haili.

Beliau berkata, sistem itu juga berupaya mengenal pasti dan mengesan sama ada cap jari sama atau tidak.

“Dalam tempoh beberapa saat sahaja ia akan menolak pengesahan yang tidak betul,” katanya.

Mengenai jumlah aduan yang diterima DBKU, beliau berkata, sebanyak 2,331 aduan telah diterima pada tahun lepas dan 2,329 atau 99 peratus berjaya diselesaikan.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak 1,511 aduan diterima dengan 1,459 atau 95 peratus berjaya diselesaikan.

“Kita telah mengadakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan segala aduan seperti lawatan bersama media, datuk bandar turun padang dan sebagainya.

“Namun ada juga beberapa isu yang kita tidak dapat selesaikan mengikut kehendak pengadu… ini kerana isu-isu itu bukan hanya melibatkan bidang kuasa kita tetapi pihak

lain juga,” katanya.

Sebagai contoh, katanya DBKU banyak menerima aduan mengenai kesesakan di Jalan Sultan Tengah.

“Kita sedia maklum bahawa jalan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan banyak kawasan.

“Apa yang mampu kita buat adalah dengan menghantar trafik warden bagi mengawal lalu lintas di kawasan ini,” katanya.

H1N1 terus meningkat

Satu lagi kes dikesan semalam menjadikan enam kes direkodkan berlaku di Sarawak, kata George Chan

KUCHING: Sarawak terus mencatat peningkatan kes Influenza A (H1N1) dengan satu lagi kes dikesan semalam menjadikan enam kes direkodkan berlaku di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata kes keenam melibatkan wanita warga Argentina berusia 35 tahun yang dikesan positif penyakit berkenaan pada 28 Jun lepas.

Menurut Dr Chan, wanita berkenaan yang bekerja di sini tiba di Kuching pada 23 Jun 2009 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan pesawat MH2504 dan tempat duduk 41H dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada kira-kira jam 10.15 pagi.

Pesakit keenam itu bertolak dari Argentina ke KLIA pada 21 Jun 2009 menggunakan pesawat MH202, tempat duduk 45A.

“Wanita itu hanya menunjukkan simptom-simptom penyakit ini pada 27 Jun 2009 dan terus mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan ke wad pengasingan dan disahkan positif pada 28 Jun 2009,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Setakat ini, katanya 10 orang yang ada berhubung dengan wanita berkenaan sejak 26 Jun 2009 sehingga dia dimasukkan ke wad pengasingan (27 Jun 2009) telah dihubungi dan kini dikuarantin di rumah.

“Namun sebagai langkah berjaga-jaga kita turut cuba mengesan kontak pesakit keenam pada 25 Jun 2009.

“Biasanya yang terdedah kepada virus itu hanya akan menunjukkan simptom-simptom dijangkiti sekurang-kurangnya seminggu kemudian dan menyebarkan virus kepada orang lain 24 jam sebelum dia mengalami simptom,” jelasnya.

Dr Chan yang juga, Timbalan Ketua Menteri berkata keenam-enam kes dicatatkan setakat ini adalah kes import.

Beliau menambah sehingga semalam empat pesakit masih dirawat di wad pengasingan iaitu dua di HUS dan masing-masing satu di Hospital Sibu dan Hospital Bintulu dengan lima lagi masih menunggu keputusan ujian klinikal.

Tiga daripadanya di wad pengasingan HUS manakala masing-masing satu di Hospital Sibu dan Bintulu.

“Kita akan sedaya upaya membendung penularan wabak ini tetapi ia bukan kerja mudah dan ada kemungkinan besar penyebaran tempatan boleh berlaku jika kontak pesakit gagal dikesan… tetapi kita akan memastikan semua kontak dapat dihubungi,” ujarnya.

Dr Chan pada masa sama mahu rakyat di negeri ini lebih bertanggungjawab terutama yang baru pulang dari negara terjejas wabak itu.

Mereka katanya, perlu lebih berhati-hati dan jangan pergi ke khalayak ramai sebaliknya mengkuarantin diri sendiri.

Beliau turut menasihati golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua, pesakit AIDS dan penyakit lain seperti kanser agar mengelak diri daripada berada di khalayak ramai atau berada di pekarangan hospital.

“Walaupun tidak banyak kematian di seluruh dunia dicatatkan setakat ini, virus itu masih boleh membunuh kerana ia mampu menyerang dengan lebih cepat terhadap golongan yang sistem imunisasinya lemah,” jelas Dr Chan.

Ditanya mengenai penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dari 10 hingga 12 Julai ini, Dr Chan berkata secara peribadi beliau berpendapat penganjuran festival itu perlu ditangguh bagi mengelak penyakit itu daripada menjangkiti lebih ramai orang.

“Bagi saya untuk mengelak penyakit ini daripada menjangkiti lebih ramai orang adalah lebih baik menangguhkan penganjuran RWMF.

“Nampaknya festival ini akan diteruskan dan oleh sebab itu saya telah mengarahkan pegawai kesihatan mengadakan rundingan dengan pihak penganjur bagi mengatur usaha mengagihkan topeng muka kepada semua orang yang datang ke RWMF,” tambahnya.

Dr Chan juga menasihati orang ramai yang mengunjungi RWMF agar segera meninggalkan kawasan berkenaan jika mengalami tanda-tanda dijangkiti virus itu.

Setakat ini kira-kira 30,000 keping topeng muka diedar kepada orang ramai sepanjang wabak berbahaya itu menular ke negeri ini.
Kerajaan Pas Kedah Masih Stabil
Oleh Mohd Sayuti Omar

TINDAKAN DAP Kedah mengumumkan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat semalam tidak menjejaskan kerajaan Pakatan dibawah pimpinan Azizan Abdul Razak. DAP hanya ada seorang saja Adun dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.Kerajaan Pakatan (Pas - PKR) masih lagi menguasai DUN Kedah dengan kelebihan enam kerusi. Kedudukan terbaru dalam DUN Kedah kini, Pas 16, BN 14, PKR 5 dan DAP 1. Kesemua jumlah Adun Kedah ialah 36 orang.

Dari segi kedudukan mengikut bangsa pula, 31 Adun Melayu, empat Cina dan satu India.

Bagaimana pun tindakan DAP itu sedikit sebanyak mengoyangkan kerajaan Kedah. Sudah tentu perkembangan terbaru itu menyebabkan Azizan Razak tidak berapa lena tidur. Sekiranya Adun DAP menurut keputusan DAP untuk tidak bersama PKR sebaliknya berpihak kepada UBN, kedudukan BN di Dun kini bertambah menjadi 15 kerusi.

Dengan kedudukan itu UBN masih tidak dapat berbuat apa-apa kerana Pakatan masih menguasi Dewan Undangan Negeri Kedah.

Bagaimana pun dengan perkembangan yang berlaku hari ini Pakatan Rakyat khsusnya Azizan harus berbuat sesuatu untuk memastikan kerajaan beliau yang berusia setahun lebih itu stabil. Tidak mustahil kalau keadaan yang dicetuskan DAP itu tidak dibendung ia akan membawa kepada pergolakan lebih parah sehingga memungkinkan kerajaan itu juga akan bertukar tangan seperti mana berlaku di Perak.


Sesungguhnya untuk mengembalikan ketenangan di Kedah dengan apa yang berlaku hari ini memerlukan kebijaksanaan Menteri Besar itu. [wm.kl. 8:45 am 01/07/09]
http://msomelayu.blogspot.com/

Pemuda Luar Diminta Turut Kempen
Posted on 01/07/2009 by ahmadfadhli



Manek Urai – Golongan muda penyokong PAS di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai diharap dapat turut memberikan sokongan dan kerjasaman kepada jentera parti bagi menghadapi pilihan raya keci DUN itu pada 14 Julai ini.

Yang diPertua PAS Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul rahman berkatam walaupun tidak mengundi pada pilihan raya kecil itu nanti, golongan berkenaan masih boleh memainkan peranan penting membantu jentera parti dan rakan-rakan mereka di Manek Urai.

“Walaupun sebagai orang luar dan tidak boleh mengundi, tetapi saya harap pemuda dari DUN lain dapat turut serta membantu jentera dan kempen parti terutama dalam usaha menarik sokongan pengundi muda,” katanya.

Abdul Latiff yang juda Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Bakat Baru DUN Manek Urai anjuran Pemuda PAS Lepan Kabu, dekat sini semalam.

Hadir sama Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zain dan Ketua Pemuda PAS Cawangan Lepan Kabu, Mohd Nasir Ibrahim.

Turut hadir pada perasmian kejohanan yang disertai 16 pasukan itu Penghulu Mukim Pahi, Ahmad Mohd Ariffin dan penganjur, Abang Kob atau nama sebenarnya, Ahmad Salleh.

Pada ucapan sama, Abdul Latiff yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, seperti juga kejohanan Sepak Takraw yang memerlukan kerjasama semua ahli pasukan, kejayaan memerintah sebuah negeri juga memerlukan semangat yang sama.

Menurutnya, hanya dengan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk golongan muda sebagai golongan pewaris kepimpinan, pemerintahan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama sekarang akan lebih kukuh dan mantap.

Sumber : Sinar Harian edisi Kelantan, 1 Julai 2009

Kenyataan Rasmi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat : Menafikan Laporan Kerjasama dengan UMNO

Posted on 01/07/2009 by ahmadfadhli
1. Saya menafikan laporan yang dibuat secara salah dari kenyataan dan maksud Dewan Pemuda PAS Pusat sewaktu menyerahkan surat rasmi meminta Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan ” Wacana Ilmiah secara Terbuka atas isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam ” . sebagai menubuhkan sekteriat untuk bekerjasama dengan UMNO .

2. Terdapat laporan dan salah faham berkait dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana Ilmiah secara terbuka .

3. Wacana Ilmiah ini satu mekanisme untuk berhujjah seperti debat [ mujadalah ] dan muzakarah . Apa yang penting ialah Pemuda PAS Pusat mahu menyediakan medan dan ruang untuk berhujjah dan tentunya hujjah kita ialah untuk mencari kebenaran berpaksi kepada al Quran dan Sunnah .

4. Wacana Ilmiah lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujjah secara terbuka untuk mencari kebenaran . Semua mesti tunduk kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh lari dan mengelak diri dari kebenaran dan tentunya yang benar itu ialah apabila ia selaras dengan al quran dan sunnah .

5. Apabila Pemuda UMNO membuat report polis terhadap kenyataan atau dakwaan Al Mursyidul Am yang mengatakan UMNO sesat ertinya UMNO tidak setuju mereka dilabelkan sebagai sesat . Maka Pemuda PAS Pusat menganjurkan wacana Ilmiah sebagai satu medan dan mekanisme untuk berhujjah bagi mencari kebenaran .

6. Laporan yang mengatakan Dewan Pemuda PAS Pusat akan mmenubuhkan seketeriat bagi mengadakan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO adalah laporan yang salah dan tidak benar .


Sekian


Nasrudin bin Hj. Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .


dipetik dari : http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/07/menafikan-laporan-kerjasama-dengan-umno.html

Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Pemuda Luar Diminta Turut Kempen
Posted on 01/07/2009 by ahmadfadhli

Rabu, 1 Julai 2009

Pertembungan Abang Uji (PAS) dan Tuan Aziz(UMNO)

Pertembungan Abang Uji (PAS) dan Tuan Aziz(UMNO)





1)Abang Uji adalah peniaga ikan. Namun pergaulannya yang luas dan mudah mesra, menjadi salah satu faktor PAS memilihnya sebagai calon. Berumur 50 tahun dan pernah menjadi penyelia DUN Guchil.

2) Tuan Aziz pula adalah ketua Pemuda UMNO Kuala Krai dan pernah menjadi pegawai Kesedar dan berusia 39 tahun.

3) Secara umumnya, pertembungan di Manek Urai pasti sengit. Najib membayangkan betapa keadaan agak sukar, namun masih ada harapan untuk menang.

4) Melihat wajah calon sahaja sudah terbayang kemesraan calon PAS yang bertanding. Calon UMNO juga dilihat ada ketrampilan, namun pengundi yang akan menentukan calon pilihan mereka menjelang hari pengundian pada 14 Julai nanti.

5) Diselubungi isu Kerajaan Perpaduan dan ajakan Tuan Guru Nik Aziz kepada Najib di bawah tajuk "Kenapa menolak Islam"?, saya yakin pengundi di Manek Urai bijak dalam membuat pilihan. Semoga kemenangan berpihak kepada pihak yang mengutamakan rakyat dan Islam. Amin.



29 Jun 2009, 6 Rajab 1430 Hijrah,

9.30 pagi, Malaysia Timur


Apabila Najib menolak berdebat dengan Nik Aziz







1) Selepas merasmikan kempen bulan sembahyang di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz mengajak Najib untuk berdebat di bawah suatu tajuk-mengapa menolak Islam?.

2) Ini kerana, propaganda media arus perdana menyatakan Tuan Guru Nik Aziz menyamakan UMNO seumpama komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. Bagi orang yang cerdik dan bijaksana pasti dapat menangkap maksud Tuan Guru. Ia hanya kiasan dan perumpamaan. Komunis kerana ia adalah isme ciptaan manusia sama seperti nasionalisme yang didokong UMNO.

2) Ajaran sesat Ayah Pin menyatakan beliau adalah wakil Kerajaan Langit dan utusan Tuhan untuk semua agama. UMNO mungkin tidak sampai tahap itu, tetapi pendokong tegar kepada faham sekularisme dalam pentadbiran. Orang agama hanya di masjid, biarkan golongan profesional yang mentadbir. Selain itu, kalau benar ingin mendaulatkan Islam, mengapa banyak benar alasan apabila diminta melaksanakan hukum Allah?

3) Justeru, tidak hairan mengapa Najib dan Mahathir menganggap ia membuang masa dan kononnya tidak berfaedah. Kini, di US dan Indonesia, dalam nak memilih calon Presiden diadakan debat secara langsung. Bukankah berdebat dengan hujjah yang kukuh di antara saranan Islam?

4) Apabila Najib menolak untuk berdebat dengan Nik Aziz, kita telah menjangka-mungkin kerana malu berhadapan dengan Tuan Guru dan tiada hujjah yang dapat dipertahankan mengapa UMNO menolak Islam!



30 Jun 2009, 7 Rajab 1430 Hijrah,

6.50 pagi, Malaysia Timur

Posted by iskandar zulkarnain at 6:41
AYUH BANGUNLAH WAHAI USTAZ



Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..Alhamdulillah. Seinfiniti pujian dirafaq sembah kepada Tuan punya dunia dan segala isinya. Selawat dan Salam didedikasikan buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..Alhamdulillah, Walhamdulillah, Summa Alhamdulillah..Bersyukur pada Allah Taala, hari ni berakhirlah pertempuran saya buat semester ini bagi menggapai segulung Ijazah dunia. Yang mana jika rezeki saya bersama ijazah itu, ia merupakan pintu dakwah yang saya harus gunakan dengan sebaiknya. Pendidik adalah pendakwah. Pendidik, pengajar, guru, Ustaz, Tok Guru, Sensei, cikgu atau apa sahaja yang semaksud dengannya adalah pendakwah. Yang bakal menjalankan serta meneruskan mata rantai-mata rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh para Rasul.

Astaghfirullah…Moga Allah ampunkan saya, maafkan saya, jaga hati saya. Perkara yang hendak dibicarakan ini barangkali terkena pada orang agama seperti saya. Saya juga pohon Allah hindarkan sikap riak dan ujub dari membenih pada diri sendiri. Perihal orang agama adalah perkara pokok yang hendak diperbincangkan.LANGKAH MULASaya mula menjadi fasilitator untuk program2 motivasi mahupun khemah ibadah ketika saya berada di tingkatan 2, Maktab Mahmud, saya masih ingat tempat pertama saya ditaklifkan untuk bertugas, Masjid Sungai Nonang, Mukim Tebengau. Dan perkara tersebut saya terus lakukan hinggalah sekarang. Dan saya bukan lagi fasilitator sepenuh masa dalam setiap program seperti dulu. Saya cuba ubah. W’alam samada cabaran ataupun saranan. Abg Zulazwan (Amir Badan Dakwah Maahad) pernah berkata pada saya“Nta sampai bila nak jadi fasi.. Takkan sampai tua berumur pun masih nak jadi fasi? Orang dah tak panggil abang fasi dah, depa panggil pak cik fasi nanti”

Ternyata, nadanya bergurau dan saya langsung tidak berfikir mengenainya. Saya tingkatan enam ketika itu. Ketika itu dalam otak hanya nak hadir program. Tak kisah di mana. Pernah ke Langkawi dengan duit poket sendiri demi menguruskan program untuk adik-adik Maahad Mahmud Cawangan Langkawi. Baling, Sik, Padang Terap. Hampir satu Kedah saya dan rakan setarbiah dah jelajah. Saya masih tak berfikir tentang satu hal.Bilamana dah sampai ke Sarawak. Negeri ini kurang subur dengan program sedemikian. Dua tahun pertama saya merana. Tidak ada program. Tidak ada tarbiah yang saya mahukan. Hanya ada usrah kecilan. Bermula tahun 2007 saya mula bergerak sendiri. Hasil beberapa perkenalan. Ust S menjemput saya berceramah di sekolah zaujahnya. Sekolah asrama penih. Ceramah Maulidurrasul. Saya membuat persediaan. Slaid dicipta. Stail Sir Azman dan kreatifnya cikgu sukarno menjadi ikutan. Bila dah sampai di sekolah tersebut. Allah. Hadirinnya +/- 800 orang murid. Campur non muslim dan muslim.“Nak cerita hal Nabi macam mana ni??” Getus saya.“Nta buat slaid untuk muslim saja ke? Sekolah ini muridnya campur”, jawab Ust S.Beberapa penambahbaikkan dan pemurnian di buat dan Alhamdulilah.. Semuanya berjalan lancar. Dan selepas itulah saya mula bergerak di bumi Sarawak ni.
Setiap kali program. Timbul persoalan yang sama. Persoalan yang sama.SAYA KECEWAPeserta yang dah dimuhasabahkan, yang dah dipulihkan, yang dah disedarkan. Ke mana mereka selepas ini? Mereka kurang ilmu agama. Mereka tak pandai solat. Mandi wajib tak betul dan bermacam-macam lagi. Saya tidak pandai Fiqh. Ya, saya seorang ustaz. Ustaz Maktab macam saya orang panggil ustaz pedagogi. Barangkali saya saja yang belajar Maktab yang tak pandai agama sangat kot.Saya hanya mampu berceramah Isu Remaja, Isu Palestine, Isu semasa. Bahas ilmiah, bahas agama, saya tak pandai. Cuma, takkanlah masyarakat yang disedarkan,Budak sekolah yang di sedarkan, hanya nak tahu ilmu tu. Mereka perlu di ajar lagi. Saya juga perlu belajar. Saya banyak yang lemah. Baca Quran masih berterabur. Bila saya fikirkan perkara ni. Masyarakat perlukan ustaz “muktabar” untuk rawat mereka.Namun bila lihat sebahagian besar ustaz dan ustazah yang ada.. Saya ulang SEBAHAGIAN BESAR.. SAYA KECEWA. Bukan calang-calang, balik Jordan, Balik Mesir, keluar UIA, UKM dan macam-macam lagi. Saya kecewa. Saya kecewa.

Saya kagum pada sebahagian KECIL ustaz-ustaz yang berusaha berdiri di medan dakwah yang berduri ini. Namun kecewa pada yang lain. Yang balik Mesir hanya main Futsal pada hujung minggu, Yang balik Jordan sibuk dengan urusan dunia, yang balik itu yang balik ini tak jaga aurat dan pergaulan. Ya, saya tidak hina mahasiswa mesir mahupun yang lain. Antum orang hebat. Saya bukan hebat. Namun inilah reality ustaz-ustaz yang ada. Bahkan kalau ada perempuan lalu. Ust dulu yang mencebik bibir.

JANGAN BERSELIMUTUstaz dan para agamawan harus tunjuk akhlak. Akhlak yang baik. Mula dari sekecil benda. Kita pegang kelas. Kita ada kuasa dalam kelas. Asingkan murid-murid lelaki dan perempuan. Walaupun mereka masih tahun 1. Bila bersukan, mintalah anak didik kita menutup aurat. Walaupun dia tahun 2. Murid-murid suka bersalaman. Hormatnya mereka pada guru. Tegah murid perempuan dari bersalam dengan ustaz. Walaupun dia tahun 4. Suruh dia senyum dan ucap salam saja. Bila ada murid perempuan tahun 6 yang kita mengajar. Kumpul mereka. Ajar tentang haid dan cara bersuci serta mandi hadas. Masyarakat kita otak songsang. Budaya didahulukan, Hiburan diutamakan. Ustaz. Janganlah berselimut!!Jarang ustaz-ustaz sentuh perkara ini di sekolah. Bila murid-murid perempuan nak main bola sepak . Dasar sukan kebangsaan tak halang murid perempuan main bola sepan. Apa tugas ustaz?? Persetankan dasar itu. Sudah tidak adakah permainan lain yang boleh di main?? Bila dah jadi ustaz sekolah menengah. Ada murid dalam kelas terang-terang bercouple. Halanglah dia. Terang pada dia. Apa yang haram dan yang halal. Kalau dia tak mampu kawal. Ustaz berbincanglah. Jumpa kedua orang tua pelajar tersebut. bagi menikah. Janganlah ustaz pula yang support dalam kelas. Ustaz janganlah galakkan murid bercouple. Ustaz.. Janganlah berselimut.

SAYA PULAKalau saya mampu. Saya nak buat banyak benda. Saya nak ajar masyarakat. Saya nak ada consultant. Saya nak ada tempat program saya sendiri macam Rimba Taqwa. Saya nak ajar feqah, tauhid dan apa sahaja. Saya nak guna kitab besar. Namun saya tak mampu. Saya tetap terus belajar hingga hari ini. Nak tambah ilmu. Namun ustaz yang balik jauh-jauh masih berselimut. Dah ada bini cantik. Dah jadi penjawat awam. Terus bergomol di rumah. Ustaz, Masyarakat perlukan ustaz. Kami yang tak ada ilmu ni tak ada apa yang boleh beri pada masyarakat. Kami cuma ada semangat. Ayuh Ustaz. Janganlah berselimut.TEGURAN INITerimalah teguran ini ustaz. Saya seorang manusia kecil. Tak layak dipanggil pendakwah. Terbukalah ustaz. Janganlah kerana seorang anak muda tegur ustaz. Ustaz tenyeh dia hingga tersembam tak dapat bangun lagi. Ustaz punahkan idea dia, semangat dia, kepimpinan dia. Sayang, dia orang muda. Idea dia segar, harapannya tinggi, semangatnya waja. Namun dah kecut. Dah mati. Semangatnya padam. Jiwanya mati. Segalanya dah terkubur. Siapa yang lakukan. Ustaz yang balik jauh . Ustaz yang masih berselimut. Bangunlah.PENJAWAT AWAM.Janganlah para ustaz gunakan alasan penjawat awam sebagai halangan untuk berdakwah. Saya bukan suruh ustaz berpolitik.

USTAZ MUDATernyata ramai ustaz muda pada hari ini. Maksud saya insan-insan yang masih belajar ilmu agama. Usahalah supaya kita beragama. Janganlah ilmu kita sahaja yang agama. Turunlah ke medan ini. Biarkan masa muda kita. Kenapa kita nak isi dengan keseronokkan? Sedangkan keseronokkan abadi sudah ada. Biarlah kita nampak tua dari usia kita. Ayuh ustaz muda. Jika tidak barangkali kita juga akan diselimutkan. Jadilah kita ustaz yang sedang berselimut.TALQISMungkin apa yang saya tulis ini di ulit emosi. Saya minta maaf. Jika tak bersetuju boleh tinggalkan komen di bawah. Saya cuma bercakap soal reality. Saya juga berdoa. Hindarkanlah diri saya juga. Janganlah hari ini saya bersemangat. Esok lusa sayalah orang yang berselimut. Moga Allah bantu. Saya dedikasikan coretan ini buat ustaz-ustaz yang dah jadi pensyarah, dah jadi ulama, dah jadi YB, masih di mesir, Jordan, UIAM, UKM, IPGM dan sewaktu dengannya. Bukan ustaz saja yang berdakwah. Tapi artikel ini buat para ustaz. Ana sayangkan antum. Orang yang akalnya dipinjamkan Allah ilmu agama. Ayuh. Bangunlah. Janganlah berselimut lagi…

Dipetik daripada ustaznazmi.blogspot.com





CABARAN SEORANG USTAZ (BAHAGIAN 2)



Sebelum pulang saya pergi ke pejabat am sekolah. Seorang kerani sekolah bertanya kepada saya : “ kenak ustaz hukum pelajar perempuan. Kalau saya ambil bahagian, saya pun akan pakai seluar pendek”. Dia penuh yakin, tidak nampak di raut wajahnya bersalah dengan perkataannya tadi. Saya tersenyum apabila saya melihat beliau. Terlintas di dalam hati, badan begitu pun(bahasa lembut) ada hati nak pakai seluar pendek. Kalau badan cantik bolehlah tahan sikit.

Saya menjawab : ”tak boleh pakai seluar pendek, berdosa”. Dia menjawab : ”biasalah ustaz, bersukan, mesti ada semangat kesukanan. Saya bertegas :”tak boleh walaupun bersukan, ratu pecut Sukan Asia pun menutup aurat. Boleh menang. Ni hanya sukan peringkat sekolah dah bagi alasan tak selesa, tak boleh menang kalau menutup aurat. Semangat kesukanan konon. Ratu pecut Sukan Asia 2006 tu tak ada semangat kesukanan ke?

Kakak tadi masih cuba menjawab :”biasalah ustaz, budak-budak lagi”. Kali ini peluang keemasan kepada saya untuk mematahkan hujah beliau. ” Budak-budaklah kita kena tegur, nasihat. Kalau dah besar, susah. Nak lentur buluh mesti semasa rebung, bila dah jadi buluh memang tak dapat dilentur lagi. Saya berhujah dalam suasana muhibbah. Senyum-senyum saja supaya beliau tidak kecil hati. Saya mesti berhikmah dengan beliau dan saya juga menghormati beliau sebagai seorang kakak yang lebih tua daripada saya. Itulah keindahan Islam bukan hanya terletak kepada kebenaran dan kekuatan hujah tetapi pendakwah juga mesti menunjukkan akhlak yang mulia.

Beliau terdiam. Saya harap beliau insaf dan sedar tentang kewajipan menutup aurat dan tugas ustaz untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar.

Keesokannya, seorang ibu bapa yang kononnya bijak tetapi hakikatnya tidak bijak(bahasa sopan) telah menelefon pihak pentadbir. Ibu bapa tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan saya ke atas anak mereka. Bagi mereka saya telah melanggar hak asasi manusia, kebebasan manusia berpakaian. Saya sudah menjangkakan dari awal lagi setelah melihat reaksi pelajar pada hari tersebut. Mereka memang akan mengadu kepada ibu bapa mereka. Mereka memang tidak mengakui kesilapan mereka.

Saya telah dipersalahkan. Saya pasrah tapi bukan mengaku kalah. Syariat Islam mesti didaulatkan. Pantang pendakwah mengaku kalah hanya dengan sedikit cabaran yang mendatang. Saya menjadikan sirah perjuangan rasul-rasul sebagai semangat dan motivasi kepada saya. Hadith Rasulullah SAW menjadikan saya semakin berani. Hadith tersebut bermaksud : ” berkatalah benar walaupun pahit

Saya harus berani tetapi berani bodoh.Saya harus bijak mengatasi masalah ini. Saya harus bertenang dan tidak cepat panik. Saya yakin Allah sentiasa bersama-sama saya. Sekali lagi ayat Al-Quran menjadi penenang jiwa saya. Ayat tersebut bermaksud : jangan kamu takut dan sedih kerana sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita.

Kalau sebelum ini saya berhadapan dengan pelajar tetapi cabaran lebih getir akan menanti saya. Kali ini saya akan berhadapan dengan pentadbir dan ibu bapa yang memang tidak memahami Islam(bahasa lembut). Justeru ayat Al-Quran dan Hadis yang akan saya gunakan sebagai sandaran ketika berhujah akan ditolak mentah-mentah oleh mereka .

Kali ini juga saya berhadapan dengan golongan yang kononnya ”berpendidikan”. Justeru saya perlu berhujah secara ilmiah bukan secara emosi. Saya perlu buktikan tindakan saya adalah berdasarkan rasional bukan emosional.

Alhamdulillah Allah mengilhamkan kepada saya. Saya teringat kepada Prof Dr Aziz Bari, Pensyarah UIAM. Beliau adalah pakar Perlembagaan Malaysia. Tulisan beliau di dalam Majalah I terbitan Karangkraf ketika membincangkan dan mengulas mengenai Perlembagaan Malaysia menjadi sandaran hujah saya pada kali ini.

Artikel 160 secara jelas mendefinisikan MELAYU sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Ini disini terdapat 2 isi penting yang boleh diketengahkan.

Orang MELAYU mesti beragama Islam. Sifat dan kewajipan ke atas setiap orang Islam adalah menutup aurat. Justeru memakai seluar pendek ketika bersukan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia kerana tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.

Kedua, orang Melayu mesti mengamalkan adat Melayu. Memakai seluar pendek bukan adat Melayu. Ia adalah tindakan menyalahi adab kesopanan sebagai gadis Melayu. Justeru sekali lagi memakai seluar pendek bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Artikel 3 pula mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi. Justeru Islam perlu dihormati dan diamalkan. Jikalau memakai seluar pendek dibenarkan nescaya kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak mempunyai apa-apa maksud lagi.

Artikel 11 (4) pula menyebut kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam. Salah satu dakyah agama lain adalah memakai pakaian seksi dan mendedahkan aurat. Justeru dakyah ini perlu dibendung dan dibanteras. Justeru saya mengambil tindakan kepada pelajar perempuan yang memakai seluar pendek adalah tidak salah dan memang bertetapan dengan Artikel 11 (4) kerana menyekat dakyat agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam .

Selain itu, tindakan saya adalah selaras dengan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Mendedahkan aurat adalah bertentangan dengan konsep Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Rukun Negara wajar dihayati oleh semua warganegara lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang sentiasa melafazkannya setiap minggu iaitu pada Perhimpunan Mingguan Sekolah.

Saya tidak tahu samada mereka berpuas hati dengan hujah-hujah saya tadi. Namun apa-apa pun saya berserah dan bertawakal kepada Allah. Saya sedar tugas saya hanyalah memberi peringatan dan nasihat namun hati-hati mereka adalah milik Allah. Justeru saya berdoa supaya Allah membuka hati mereka dan mengurniakan hidayah kepada mereka .

Saya juga sedar saya perlu menjadi al-hudur al-muassir(kehadiran yang memberi kesan) seperti yang dijelaskan oleh Prof Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili ataupun menjadi umat nukleus seperti yang diungkapkan oleh Prof HAMKA ketika mentafsirkan ayat ummatan wasata. Kehadiran saya di sekolah perlu memberi kesan kepada pelajr dan warga sekolah. Saya tidak harus menjadi seperti melukut di tepi gantung, ada tidak menyebabkan bertambah dan tiadanya tidak menyebabkan berkurang.

Saya berpegang kepada falsafah jikalau takut kepada ombak jangan berumah di tepi pantai, jikalau takut kepada cabaran janganlah memilih ustaz sebagai profesion. Tetapi bukanlah bermaksud kita membiarkan berlaku cabaran sahaja tetapi hendaklah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh menghadapi cabaran tersebut. Jikalau dicampakkan ke laut menjadi pulau dan jikalau dicampakkan ke daratan menjadi bukit. Itulah hakikat kewujudan saya di sekolah. Saya harus mempunyai jiwa besar walaupun berbadan kecil.

CABARAN SEORANG USTAZ (BAHAGIAN 1)
Alhamdulillah sukan tahunan sekolah dapat diadakan dengan jayanya. Namun saya sangat sedih apabila dimaklumkan ramai pelajar perempuan muslim membuka tudung dan berseluar pendek semasa hari sukan sekolah yang diadakan di stadium pada 30 April yang lepas. Semua ustaz dan ustazah tidak berada di stadium pada hari tersebut. Saya berkursus di KL, Ustaz Norhisyam menjadi guru pengiring untuk Pertandingan Kawad Kaki Kadet Bomba dan Ustazah Azlina pula bercuti.Hari Selasa lepas selepas perhimpunan saya memanggil semua pelajar perempuan Muslim berkumpul di surau. Satu sesi khas perlu saya jalankan supaya dapat memberi pengajaran kepada semua. Tindakan saya ini berdasarkan perbincangan dengan PK Hem. Beliau banyak membantu saya berkaitan hal agama di sekolah. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik beliau.Saya mulakan sesi pagi itu dengan memetik ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah yang berkaitan dengan aurat. Namun saya melihat reaksi mereka, mereka masih menganggap perbuatan memakai seluar penlek adalah tidak salah. Itu adalah hak mereka. Saya tidak boleh mencampuri persoalan peribadi mereka. Justeru saya perlu berhujah menggunakan logik akal pula.Saya tidak cepat melatah dan menghukum pelajar-pelajar tersebut. Saya cuba memahami mereka. Saya berdialog dengan mereka. Saya ingin tahu apakah sebab mereka memakai seluar pendek. Ini adalah uslub dakwah yang telah diajar dan amalkan oleh Rasulullah SAW.Saya bertanya kepada mereka :” Kenak kitak pakai seluar pendek? Salah sik pakai seluar pendek semasa berlari? Seorang pelajar menjawab: ” Kamek sik selesa pakai panjang. Ganggu kamek berlari”. Hampir semua pelajar memberi alasan yang sama. Saya cuba bertenang. Masya-Allah pelajar-pelajar saya masih jahil dan tidak memahami syariat. Mereka melakukan dosa disebabkan kejahilan.Saya cuba memberi penjelasan.” Kitak tahu sape yang ciptakan bumi dan matahari?. Mereka menjawab :” Mestilah Allah”. Berapa jarak antara bumi dan matahari?. Mestilah jauh tapi kami tak ingat berapa jauhnya. Saya bertanya lagi :” Boleh sik kalau Allah dekatkan bumi dengan matahari. Apa akan jadi kepada bumi dan penghuni bumi? Mereka menjawab : “ Sik boleh. Bumi akan menjadi panas. Penghuni bumi akan kepanasan. Mungkin mereka akan mati”. Mendengar jawapan mereka saya cuba mengaitkan contoh tadi dengan isu aurat.” Allah adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. Allah tahu apakah pakaian yang sesuai dengan perempuan. Apa akan jadi jikalau perempuan mendedahkan aurat dan berpakaian seksi. Syariat dan Sunnatullah adalah untuk kebaikan manusia”.Saya cuba memberi contoh yang kedua. “ Kamu tahu manusia yang menciptakan kereta. Kereta hanya boleh bergerak apabila diisi dengan minyak. Boleh sik kereta bergerak jikalau diisi dengan air? Mereka menjawab : Sik boleh, kereta akan rosak jikalau diisi dengan air. Saya menambah : ” Manusia tahu tentang kereta kerana manusia yang menciptakan kereta. Begitulah Allah yang menciptakan manusia. Allah tahu apa yang baik untuk manusia dan apa yang tidak baik untuk mereka. Berpakaian seksi tidak baik kepada perempuan.Mereka cuba menjawab. Mereka masih tidak berpuas hati dengan perbandingan yang saya berikan. ” Kami tahu tentang persoalan aurat. Memang bersalah berpakaian seksi. Tapi masalahnya adalah dalam keadaan bersukan, berlari. Macamana kami nak berlari jikalau kami bertudung dan berseluar panjang?Seorang pelajar menjawab :” Ustaz nak kami pakai jubah ke ketika kami berlari? Mereka penuh yakin berdebat dengan saya. Mereka yakin dengan tindakan mereka. Mereka tidak bersalah. Saya yang bersalah pada anggapan mereka. Masya-Allah mereka sanggup mempersendakan syariat Islam.”Kamu tahu Islam sesuai diamalkan pada setiap masa dan tempat? Saya bertanya kepada mereka. Mereka diam. Saya membacakan ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya dan kemampuannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.Saya melihat raut wajah mereka. Mereka masih tidak berpuas dengan hujah-hujah saya. Mungkin iman mereka lemah, ayat Al-Quran tersebut tidak memberi kesan kepada jiwa-jiwa mereka.Saya cuba memberi contoh semasa. Kamu kenal Ruqayya, pelari pecut dari negara Bahrain? Mereka menjawab : Kamek sik kenal. Ini peluang kepada saya untuk meruntuhkan ego mereka. Walaupun mereka perempuan tetapi ego mereka begitu tinggi. Saya lantas menjawab : Memang kamu tak tahu. Kamu malas membaca. Buku pelajaran pun tak baca, inikan pula surat khabar ataupun majalah.Ruqayya adalah ratu pecut sukan Asia yang telah diadakan di Doha pada tahun 2006. Beliau memenangi pingat emas an Asia Dohaak baca, inikan pula surat khabar wa mereka. aik untuk mereka. eka. walaupun beliau memakai seluar panjang dan bertudung. Mereka masih tidak berpuas hati. Ok, ustaz akan tunjukkan gambar Ruqayya kepada kamu. Saya berjanji kepada mereka.Sekarang kamu mengaku kamu semua bersalah?Mereka keberatan menjawab, hanya sebilangan kecil yang menjawab : ” Kami bersalah”. “ Setiap kesalahan mesti ada hukuman. Betul tak? Saya bertanya kepada mereka. “ Ustaz nak rotan kamu. Berapa kali kamu nak? Sebahagian mereka menjawab : “ Sekali cukuplah ustaz.Saya tahu merotan pelajar perempuan adalah satu kesalahan berdasarkan pekeliling tahun 1959. Saya masih ingat kerana adalah saya adalah pengerusi majlis ketika sesi perkembangan staf pada masa itu. Namun saya cuba kuatkan semangat kerana merotan adalah salah satu bentuk pendidikan berdasarkan Islam, tidak salah merotan perempuan. Saya pun telah menyatakan sikap saya terhadap pekeliling tersebut semasa sesi perkembangan staf.Justeru sebelum merotan pelajar sebagai langkah selamat,saya membacakan ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah berkaitan hukuman merotan. Saya berharap pelajar akan faham. Saya juga menegaskan tentang syarat-syarat merotan yang telah digariskan oleh Islam. Saya juga menyebut kepada pelajar-pelajar : “ ustaz merotan kamu kerana ustaz sayangkan kamu. Ustaz tak nak kamu terpesong jauh. Bukan ustaz bencikan kamu”. Saya pasrah kepada Allah kerana tindakan saya tidak bercanggah dengan syariat walaupun bercanggah dengan pekeliling yang sudah ketinggalan zaman itu. Lagipun saya sudah pesan sebelum sukan supaya mereka menutup aurat tetapi mereka masih berdegil. Justeru merotan memang patut dikenakan kerana mereka sengaja mencabar syariat Allah. Dalam kelas pun sudah berkali-kali saya bercakap soal aurat.Selepas merotan di tapak tangan, saya meminta mereka bertaubat. “ Ustaz minta kamu berjanji tidak akan pakai seluar pendek. Mereka menjawab : Apa hak ustaz paksa kami? Mana boleh paksa-paksa. Nanti kami nak berubah, kami berubahlah. Masya-Allah pelajar saya begitu biadab. Tidak sedar dengan siapa mereka bercakap. Saya cuba bersabar dan mengawal perasaan marah. Hukuman rotan masih tidak mampu merubah sikap mereka. Saya sedikit terkilan dan sedih. Namun sepotong ayat al-Quran telah memberi kekuatan kepada saya. Ayat Al-Quran tersebut bermaksud : kamu wahai Muhammad tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai namun Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya”.”Kamu tahu bertaubat adalah wajib. Wajib disegerakan. Tak boleh bertangguh-tangguh. Apabila kamu menjadi penganut Islam, kamu wajib patuh kepada syariat Islam. Contoh kamu sebagai pelajar SMTKu, kamu wajib mematuhi peraturan sekolah ini. Kami sebagai cikgu boleh paksa kamu. Tetapi jikalau kamu bukan pelajar sekolah ini memang kami tiada hak memaksa kamu. Begitulah juga jikalau kamu bukan Islam, memang ustaz tidak boleh paksa kamu. Tetapi sekarang kamu adalah muslim, umat Islam”Mereka masih tidak menunjukkan sifat bahawa mereka sudah bertaubat. Jadi untuk menutup sesi khas pada pagi itu saya mengajak semua pelajar berdoa. Saya memanjatkan doa kepada Allah. Saya berdoa dalam Bahasa Melayu supaya mereka faham isi doa saya. Ada sebilangan mereka menangis kerana menghayati doa yang saya panjatkan kepada Allah. Namun masih terdapat pelajar yang masih tinggi ego mereka.Selepas berdoa, saya meminta semua pelajar bersalaman dengan guru-guru perempuan muslim dan bersurai selepas itu. Namun terdapat pelajar yang masih lagi sombong dan ego. Mereka terus masuk ke dalam kelas tanpa bersalaman dengan guru-guru.Inilah realiti dan cabaran mengajar di sekolah yang keputusan Pendidikan Islam SPM 2008, kedua tercorot antara sekolah-sekolah teknik seluruh Malaysia. Mereka tergolong dalam kategori “tidak tahu bahawa tidak tahu”(bahasa lembut, bahasa kasar bodoh sombong). Mereka tidak sedar mereka jahil justeru mereka sanggup berdebat dengan saya.Nantikan cabaran yang menanti saya selepas ini pada bahagian kedua.

Selasa, 30 Jun 2009



Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi. Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.
Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.
Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan. Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Possibly related posts: (automatically generated)
ADUN Manik Urai (PAS) Meninggal Dunia
Tuan Aziz Calon BN DUN Manek Urai
3 Penjuru di Bukit Gantang
Fauzi Abdullah, calon yang mudah didampingi rakyat
Published in:
Politikon June 27, 2009 at 2:24 pm Leave a Comment